omniture

Vanguard 1P TrinaTracker beri kuasa loji 520MW di Brazil

TrinaTracker
2024-04-03 16:23 64

SANTA LUZIA, Brazil, 3 April 2024 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, unit perniagaan Trina Solar, dengan bangganya mengumumkan sumbangannya kepada 520MW Santa Luzia Complex, salah satu loji solar terbesar di Brazil. Loji ini, yang ketika ini sedang menjalani pentauliahan, dilengkapi sepenuhnya dengan penjejak Vanguard 1P yang menggabungkan Algoritma Penjejakan Pintar SuperTrack.

TrinaTracker mula membekalkan kepada projek ini, meliputi lebih daripada 1,700 hektar dan mengandungi sembilan komponen, pada tahun lalu. Sebaik sahaja disambungkan ke grid ia akan memberi kuasa kepada kira-kira 123,000 isi rumah tempatan, mengurangkan emisi CO2 sebanyak 380,000 tan. Projek ini mencipta hampir 1,000 peluang pekerjaan tempatan semasa kerja-kerja pembinaan dan dengan penyempurnaan faedah-faedah ekonomi, alam sekitar dan sosial yang akan disampaikan, mendorong pembangunan mampan di wilayah ini.

The 520MW Santa Luzia Complex in Brazil. (Photo: TrinaTracker)
The 520MW Santa Luzia Complex in Brazil. (Photo: TrinaTracker)

Santa Luzia Complex, terletak di rupa bumi yang amat mencabar dengan bentuk muka bumi separa gersang dan tidak sekata, menggunakan penjejak Vanguard 1P untuk hasil tenaga, keandalan dan keberkesanan kos yang luar biasa. Membawakan teknologi berpaten dalam struktur dan sistem pemacu, penjejak ini memastikan operasi yang selamat dalam keadaan cuaca yang buruk. Pada masa kini, TrinaTracker mendapat pesanan melebihi 1GW untuk Vanguard 1P daripada pelanggan di Brazil.

Selain itu, SuperTrack mengintegrasikan Algoritma Pematahbalikan Pintar dengan teknologi Model Mini-Teduhan berpaten, membolehkan pengoptimuman parameter masa nyata berdasarkan kepada data topografi 3D. Ini meningkatkan hasil tenaga sekurang-kurangnya sebanyak 3% berbanding sistem tradisional, lalu memaksimumkan potensi penjanaan kuasa. Loji ini mendapat manfaat yang ketara daripada sistem penjejakan pintar ini, memastikan penjanaan kuasa yang cekap pada rupa bumi mencabar dan meningkatkan kecekapan stesen keseluruhan.

Marcus Fabrino, ketua TrinaTracker Amerika Latin berkata: "Kami mengucapkan terima kasih yang tulus Ikhlas kepada Rio Alto Group kerana meletakkan kepercayaannya kepada Trina dan kerana bekerjasama dengan kami untuk salah satu projek fotovolta yang terbesar di Brazil ini. Projek ini benar-benar selaras dengan komitmen negara ini terhadap tenaga bersih dan pembangunan mampan."

Alvaro Garcia-Maltras, Presiden Trina Solar Amerika Latin, berkata bahawa loji Santa Luzia merupakan contoh utama kemajuan dengan tenaga boleh baharu. Ia menangani krisis iklim, memupuk pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan tempatan, kata beliau. "Projek ini menekankan kepentingan kepercayaan dan perkongsian antara Trina Solar dan Rio Alto Group, menunjukkan sejauh mana penyelesaian fotovolta memacu kami ke arah masa depan yang lebih hijau, lebih lestari."

Trina Solar komited terhadap nilai pelanggan, menaik taraf tawaran produk dan memajukan teknologi bagi menyediakan penyelesaian bernilai tinggi di peringkat global.

Source: TrinaTracker
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Cision Influencer List - ESG