omniture

IT'S THE SHIP KOREA DEDAHKAN LINEUP PENUH ARTIS UNTUK PELAYARAN SULUNG

IT'S THE SHIP
2024-04-03 19:31 23

SINGAPURA, 3 April 2024 /PRNewswire/ -- IT'S THE SHIP, Festival Laut Terbesar di Asia, dengan gembiranya memperkenalkan lineup penuh artis, sedia untuk ditampilkan pada pelayaran sulungnya di Korea Selatan. Festival muzik yang amat dinanti-nantikan ini akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi semua peserta, dengan senarai DJ antarabangsa yang epik untuk berlayar dari Busan ke Nagasaki dan kembali mulai 23 hingga 26 Mei 2024.

IT'S THE SHIP KOREA 2024 FULL LINEUP
IT'S THE SHIP KOREA 2024 FULL LINEUP

Headliner pelayaran ini: Da Tweekaz, Tchami dan Yellow Claw. Berasal dari Norway, Da Tweekaz merupakan perintis bagi genre hardstyle, terkenal dengan persembahan mereka yang menggegarkan dan melodi yang menular. Nantikan pengalaman musik yang mencetus adrenalin, dengan rentaknya yang kuat.

Terkenal dengan gabungan muzik 'house' dan bes, Tchami akan mempersembahkan bunyi khas beliau, menjanjikan suasana yang tidak dapat dilupakan di atas kapal IT'S THE SHIP Korea. Pasangan DJ Belanda Yellow Claw yang terkenal dengan nada muzik trap, hip-hop, hardstyle dan EDM, akan membawakan persembahan bertenaga tinggi.

Menyertai headliner ini ialah €URO TRA$H, Acraze, Afro Bros, Amber Broos, Haus Of Panda dan Quintino, bersama Brooks, Julian Jordan dan Mesto daripada STMPD RCRDS, syarikat rakaman muzik terkenal yang diasaskan oleh Martin Garrix.

Menambah kepada keterujaan ini, pemenang pertandingan Deck Selecta IT'S THE SHIP - YOOMANS dari Australia - muncul sebagai pemenang dalam pertandingan yang menyediakan peluang keemasan kepada DJ bercita-cita tinggi untuk mengadakan persembahan di atas kapal. IT'S THE SHIP Korea berjanji untuk menyampaikan pengalaman muzik tiada tandingan, menghimpunkan ramai artis daripada pelbagai genre untuk mencipta pengalaman festival yang tidak dapat dilupakan di lautan. Dengan 75 artis dijadualkan untuk mengadakan persembahan di atas kapal, peserta juga boleh nantikan persembahan oleh M1NU, Vapo, Cherry Boy 17, Roh Yun Ha dan Lee Jung Hyun.

Memulakan pelayaran sulungnya, IT'S THE SHIP Korea menjamin pengalaman festival yang tiada tandingan untuk semua. Berlayar di atas kapal Costa Serena yang mewah, percutian-kapal 4 hari 3 malam ini menjamin perjalanan yang imersif yang dipenuhi dengan muzik dan akvitivit-aktiviti bersama artis. Bermula daripada parti bertema seperti Studio 54, Tequila Sunrise, M88 Presents Masquerade Night, Sleepless Society: Bedroom Boudoir, Booty Pop, M88 Presents: Bloc Party dan banyak lagi. Menambah kepada perayaan ini ialah aktiviti sampingan sepanjang hari termasuk Yoga, HIIT, 'Sound Healing', Bola Keranjang 3-lawan-3 dan banyak lagi untuk disertai oleh semua peserta.

Pengunjung festival IT'S THE SHIP juga boleh menikmati pelbagai pertunjukan dan persembahan istimewa seperti Thunder Down Under daripada penghibur terbaik Australia dan juga persembahan Let's Get Nauti Burlesque yang memberikan citarasa pengalaman unik kepada semua peserta.

"IT'S THE SHIP ke Korea buat kali pertama merupakan satu 'game-changer'. Ia akan menawarkan sesuatu yang benar-benar belum pernah terjadi di Korea. Ia merupakan peluang unik kepada pengunjung festival untuk menyelami pengalaman yang berbeza daripada yang lain." - Samira Davidson, Ketua Projek It's The Ship.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pelayaran ini, IT'S THE SHIP Korea mengundang hadirin untuk mendapatkan kabin mereka sekarang. Setiap kabin ialah tiket masuk anda ke festival termasuk penginapan, akses kepada semua pentas dan persembahan, menjamu selera sepanjang masa, minuman tanpa alkohol dan akses percuma kepada kemudahan di kapal Costa Serena. IT'S THE SHIP Korea dipersembahkan oleh M88 Mansion, jenama terkemuka dalam bidang sukan dan hiburan permainan dalam talian. Ketahui lebih lanjut di korea.itstheship.com

Untuk imej muat turun DI SINI

Untuk barisan penuh lihat DI SINI

Source: IT'S THE SHIP
Keywords: Advertising Entertainment Music Future Events