SINGAPURA, 10 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Kongres Sedunia FPSO 2014 menyaksikan pelancaran FPSO Network – Pusat Sumber Antarabangsa Pertama di Dunia untuk Ahli Profesional Industri.
Sehingga kini, forum dalam talian seumpamanya belum lagi wujud. Agar terus dapat berhubung dengan ahli profesional FPSO dan seterusnya melanjutkan perbincangan untuk industri, IQPC dengan sukacitanya melancarkan FPSO Network serba baharunya sempena meraikan ulang tahun ke-15 Kongres Sedunia FPSO.
FPSO Network akan menjadi portal dalam talian untuk ahli profesional FPSO, menyampaikan maklumat terkini, mendalam dan tidak berat sebelah berkenaan dengan seluruh rantaian nilai FPSO. Dikategorikan menurut beberapa segmen utama termasuk prospek pasaran, FEED, EPCI, operasi, keselamatan serta integriti aset, kewangan, ataupun isu undang-undang serta peraturan, FPSO Network akan menyediakan untuk ahlinya akses kepada artikel berita, temu bual, webinar, video, kertas putih dan juga siaran akhbar.
"FPSO merupakan penyelesaian yang semakin penting dalam pengeluaran minyak global, namun sejak pelancaran Kongres Sedunia FPSO lebih 15 tahun lalu masih belum ada satu sumber dalam talian bebas yang menyampaikan berita industri serta maklumat lain yang tepat pada masanya kepada komuniti FPSO pada peringkat global," kata Rani Kuppusamy, Pengarah Pemasaran, FPSO Network.
"Maklumat hanyalah sebahagian daripada perkhidmatannya. FPSO Network bukan sahaja membolehkan ahli profesional industri mengambil bahagian dalam pelbagai perbincangan – sama ada berkaitan dengan kontrak, kewangan, perolehan, dan sebagainya – portal tersebut turut membolehkan pengunjungnya bertemu dengan ahli profesional lain yang berfikiran serupa."
Melalui pelbagai pilihan media, FPSO Network turut menyediakan peluang untuk pemain industri mengukuhkan kedudukan mereka, berkongsi pandangan serta bekerjasama dengan rakan sejawat mereka. Portal tersebut turut menawarkan peluang kepada ahli profesional untuk menghantar artikel, catatan blog ataupun kertas putih, tertakluk kepada kelulusan Editor FPSO Network, selain membolehkan vendor industri untuk mengiklankan perkhidmatan mereka. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang FPSO Network, sila layari www.fpsonetwork.com.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi
Rani Kuppusamy
Pengarah Pemasaran
FPSO Network
T +65 6722 9399
W www.fpsonetwork.com
E rani.kuppusamy@fpsonetwork.com