omniture

Vantage serlahkan kemudahan lebih besar dan lebih banyak pilihan dagangan untuk pelanggan dengan integrasi broker TradingView

Vantage
2024-04-04 11:15 51

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 4 April 2024 /PRNewswire/ -- Vantage (atau "Vantage Markets"), platform dagangan berbilang aset bagi produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks dan Saham, mengumumkan perkongsian yang lebih erat bersama platform carta popular, TradingView, menyempurnakan integrasi broker yang menyediakan kemudahan lebih besar dan akses perdagangan yang lebih mudah kepada pedagang terus pada laman web TradingView.

Vantage unlocks greater convenience and more trading options for clients with TradingView broker integration
Vantage unlocks greater convenience and more trading options for clients with TradingView broker integration

Integrasi ini membolehkan pelanggan Vantage dari wilayah-wilayah boleh-guna* untuk berdagang dengan mudah pada platform web dan atas meja TradingView, dengan akses penuh kepada alat dan carta TradingView. Ciri ini tersedia untuk CFD yang diperdagangkan pada pelbagai instrumen, termasuk forex, emas, minyak, indeks, saham, ETF, bon dan lain-lain.

Pelanggan boleh membuka akaun Vantage TradingView mereka dan menghubungkannya kepada profil pengguna TradingView mereka untuk mula berdagang.

Selain mempunyai halaman profil broker khusus pada laman web TradingView, perkongsian ini membuka satu lagi jalan untuk Vantage terlibat dan berinteraksi bersama pelanggan dengan menyediakan artikel perdagangan pendidikan dan analisis pasaran.

"Kami berasa gembira kerana sekali lagi dapat bekerjasama dengan TradingView, untuk melakukan lebih baik lagi dalam menyediakan alat carta dan analisis mereka pada platform dagangan kami," kata Ted Odigie, Ketua Bahagian Jualan, Vantage Afrika. "Tradingview ialah jenama yang dipercayai untuk lebih daripada 50 juta pedagang di serata dunia, dengan pelanggan kami termasuk dalam jumlah tersebut."

"Dengan integrasi broker ini, kini kami dapat mendekati pelanggan kami di mana mereka berada – sama ada mereka berdagang pada platform kami atau pada platform web Tradingview – dan dalam masa yang sama memberi kemudahan lebih besar kepada pelanggan kami untuk berdagang dengan mudah dan mendapat pemahaman berharga tentang pasaran."

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Kunjungi pautan ini untuk butiran penuh.

Latar Belakang Vantage 

Vantage  ialah broker berbilang-aset yang menawarkan perkhidmatan yang pantas dan hebat kepada pelanggan akses bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

http://www.vantagemarkets.com/

Latar Belakang Tradingview 

TradingView ialah platform carta yang terkenal di peringkat global dan sebuah komuniti rancak yang digunakan oleh lebih 50 juta pedagang di serata dunia. TradingView memperkasa penggunanya dengan alat carta terbaik dalam kelas, data pasaran secara langsung, rangkaian analitik komprehensif dan integrasi perdagangan dengan rakan kongsi terpilih.

Ia merupakan ruang unik yang membolehkan peminat pasaran membuat carta, berbual dan berdagang pada satu tempat. Sama ada anda seorang pedagang forex yang mengikuti indeks dxy atau pelabur nilai yang mencari permata tersembunyi dengan penyaring saham — TradingView mempunyai faedah dan manfaat untuk semua orang.

Selain daripada pengalaman pengguna yang utama, TradingView menyediakan penyelesaian untuk perniagaan termasuk pengiklanan, perkongsian berita, widget pasaran, pustaka carta dan integrasi broker.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Contracts Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology