omniture

Bostik Merasmikan Pusat Penyelidikan & Pembangunan Baharu di Perancis

Bostik
2014-10-10 21:30 108

VENETTE, Perancis, 10 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Bostik, pakar perekat terkemuka, telah merasmikan Pusat Penyelidikan & Pembangunan baharunya – Pusat Teknologi Pintar Bostikdi Venette, berdekatan Paris, pada 3 Oktober.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140319/674807-a )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141009/709803-a )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141009/709803-b )

"Pusat Penyelidikan & Pembangunan bertaraf dunia ini – di samping beberapa pusat setaranya di Milwaukee, Amerika Syarikat dan Shanghai, China – menguatkan lagi kemampuan penyelidikan dan pembangunan kami," menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bostik Bernard Pinatel semasa upacara perasmiannya. "Pusat tersebut adalah berteraskan inovasi dan bertumpu pada pembangunan perekat pintar."

"Bostik telah mewujudkan pusat kecemerlangan untuk bahan perekat," En. Pinatel berkata lagi. "Pusat ini terletak dalam persekitaran yang membolehkan inovasi dirangsang oleh kehadiran bersama perniagaan, universiti serta gugusan penyelidikan serantau tentang bahan kimia berasaskan biologi."

Paparan teknologi dan kepakaran Bostik 

Pusat Penyelidikan & Pembangunan itu merangkumi tiga jenis aktiviti berbeza:

·       Penyelidikan & Pembangunan Huluan untuk mendalamkan pengetahuan tentang bahan dan membangunkan polimer baharu untuk perekat pintar, terutamanya dalam poliuretana, poliester dan juga polimer ubah suai silil.

·       Penyelidikan & Pembangunan Hiliran untuk membangunkan perekat inovatif berdasarkan dua teknologi teras Bostik secara khususnya – perekat panas cair dan perekat elastik yang dibuat daripada elastomer reaktif.

·       Pendemonstrasi rintis yang direka untuk menguji aplikasi penyelesaian pengikatan dalam simulasi skala penuh.

Penyelidikan ini membolehkan Bostik untuk membangunkan penyelesaian inovatif bagi pelbagai pasaran syarikat itu – perekat perindustrian, pembinaan serta pengguna.

Pusat Teknologi Pintar Bostik telah direka untuk memudahkan kolaborasi dan memupuk pendekatan minda terbuka, lalu menggambarkan dengan sempurna nilai syarikat itu, termasuk semangat berpasukan dan perubahan.

Maklumat Rinci

  • Kawasan permukaan harta tanah: 20,000 meter persegi
  • Kawasan permukaan bangunan: 5,100 meter persegi
  • Pembinaan mampan: dibina mengikut standard penggunaan tenaga rendah
  • Kapasiti maksimum: 150 kakitangan
  • Tenaga kerja semasa: 105 kakitangan
  • 30 peratus pengambilan pekerja baharu dalam Penyelidikan & Pembangunan sejak tahun 2011
  • Jumlah pelaburan: €12 juta

Latar belakang Bostik

Bostik merupakan pakar perekat global terkemuka dalam pasaran pengeluaran perindustrian, pembinaan serta pengguna. Selama lebih satu abad, kami telah membangunkan penyelesaian perekat inovatif yang lebih pintar dan lebih mudah disesuaikan kepada daya yang membentuk kehidupan seharian kita. Bagi semua peringkat umur, dari rumah hinggalah ke kediaman, perekat pintar Bostik boleh ditemui di mana-mana sahaja. Dengan jualan tahun 2013 sebanyak €1.6 bilion, syarikat itu menggaji 4,800 orang dan mempunyai kehadiran di lebih 50 negara.

Bostik merupakan syarikat Total.

Sumber: Bostik

Source: Bostik
Keywords: Chemical Construction/Building Corporate Expansion