omniture

Robot Manusia Navigator α: SUPCON Integrasikan AI dengan Robotik

SUPCON Technology Co., Ltd.
2024-04-04 13:28 35

HANGZHOU, China, 4 April 2024 /PRNewswire/ -- Pada 28 Mac, George Cui Shan, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif SUPCON, (688777.SH, SUPCON.SW) duduk untuk sesi temu bual bagi berbicara tentang penubuhan terkini Pusat Inovasi Robot Manusia Zhejiang (selepas ini dirujuk sebagai "Pusat Inovasi") dan penampilan sulung robot manusia pertamanya yang dibangunkan sendiri, Navigator α. Sebagai pemegang saham utama Pusat Inovasi ini, SUPCON berasa gembira dengan prospek kolaborasi yang berpotensi antara dunia akademik dan industri dalam bidang robotik manusia, berserta aplikasi masa depan robot ini dalam pelbagai senario industri.

Navigator α
Navigator α

Pusat Inovasi Robot Manusia Zhejiang mengkhusus untuk menyelidik teknologi penderiaan dan kawalan pintar serta membangunkan robot berfungsi penuh. Ia akan berperanan sebagai hab komprehensif untuk penyelidikan teknologi, pembangunan produk, inkubasi bakat dan pertumbuhan industri. Menerusi sokongan padunya kepada pusat ini, SUPCON meningkatkan visi strategiknya mengintegrasikan AI dengan robotik, memacu transformasi pintar industri robot manusia dengan aktif.

Robot manusia yang baru dilancarkan, Navigator α, berdiri pada ketinggian 1.5 meter dan berat 50 kilogram, memiliki komponen perkakasan canggih termasuk pengecil planet termaju, lengan mekanikal manusia yang ringan dan tangan yang tangkas dengan pelbagai darjah kebebasan. Tangan yang luar biasa ini mempunyai 15 sendi jari, enam darjah kebebasan aktif, daya hujung jari 10N, reka bentuk ringan 600g dan kelajuan sendi mengagumkan iaitu 150 darjah sesaat. Tambahan pula, Navigator α merevolusikan integrasi antara kawalan mekanisme, pembelajaran imitasi dan pembelajaran peneguhan, memanfaatkan teknologi inovatif seperti model AI berskala besar demi mencapai kemajuan perintis dalam kedua-dua perkakasan dan algoritma. Ia telahpun digunakan dan benar-benar diiktiraf dalam beberapa projek terbukti di lapangan.

George menekankan bahawa, tidak seperti robot manusia tradisional yang memfokuskan terutamanya kepada sambungan bahagian dan sistem keseluruhan, kolaborasi antara SUPCON dan Pusat Inovasi ini bertujuan untuk mencapai kemajuan dalam teknologi AI dan aplikasi industrinya. Dalam era AI industri, inovasi robotik harus berkembang melebihi keupayaan operasi semata-mata bagi mencakupi perancangan, memanfaatkan AI sebagai "otak" industri. Di samping itu, George menegaskan bahawa masa depan robot manusia bergantung kepada penggunaannya dalam senario dan industri tertentu. Ia sangat penting untuk merapatkan jurang antara penyelidikan teknologi dan permintaan industri, seterusnya memperkasa kemajuan berterusan industri ini.

Source: SUPCON Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:688777 Swiss:SUPCON
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Artificial Intelligence