KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Setelah menerima jemputan Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia, delegasi yang diketuai oleh pengerusi Elion Resources Group Wang Wenbiao telah membuat lawatan ke Malaysia antara 1 hingga 6 Oktober. Sepanjang lawatan itu, delegasi tersebut telah menjalankan penyelidikan dan terlibat dalam perbincangan tentang kolaborasi berpotensi dalam bidang penternakan moden, tenaga bersih serta penerokaan pewujudan laluan sutera maritim, dan beberapa topik lain. Delegasi tersebut telah mencapai persetujuan bersama kerajaan Malaysia serta beberapa syarikat di Malaysia tentang pelaburan bersama dan pembangunan projek ekologi serta tenaga di Malaysia.
Semasa lawatan tersebut, Elion Resources Group menceritakan kisah di sebalik komitmen syarikat tersebut selama 26 tahun terhadap pemulihan ekologi dan pembangunan kawasan padang pasir secara mantap, yang sering dipetik dalam akhbar China di bawah tema "Menukarkan Pasir kepada Emas" dan "Putera Padang Pasir", yang memberikan tanggapan hebat pada wakil Malaysia yang menjadi tuan rumah. Di Kuala Lumpur, para pegawai kerajaan serta pemimpin perniagaan yang mempunyai pengaruh global termasuk Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China Ong Ka Ting, Menteri Pengangkutan Malaysia dan Presiden Persatuan Cina Malaysia Liow Tiong Lai, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri serta Timbalan Presiden Persatuan Cina Malaysia Wee Ka Siong, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) Lim Kok Cheong, Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Bong Hon Liong, pengerusi Yihai Kerry Kuok Khoon Hong, ketua syarikat besar minyak sawit IOI Lee Shin Cheng, Pengerusi Parkson Holdings dan "Raja Besi" Malaysia William Cheng Heng Jem, pemimpin telekomunikasi Pengerusi YTL Corporation Yeoh Tiong Lay selain lebih 60 pemimpin perniagaan bertemu dengan delegasi tersebut bagi bertukar-tukar pandangan. Ong Ka Ting telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Wang tentang perkongsian perdagangan Sino-Malaysia dan pengenalan kepada projek Elion ke Malaysia serta mencapai persetujuan terhadap beberapa isu, sambil turut berkata: "Wang benar-benar merupakan "Putera Padang Pasir" dunia dan kakitangan Elion Resources Group adalah hebat." Lim Kok Cheong telah menyatakan minat terhadap perniagaan hijau syarikat China itu. Lee Shin Cheng pula telah menjemput Elion Resources Group untuk menjadi rakan kongsi strategik IOI Group.
Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia telah mengatur beberapa lawatan rasmi ke Sabah dan Labuan untuk delegasi tersebut. Delegasi itu, diiringi oleh Datuk Amar Harris Bin Mohd Salleh, mantan Ketua Menteri Sabah, telah menyelidik industri ekologi sawit di rantau ini. Pentadbir Labuan Datuk Rozman Haji Isli dan Wang pula telah membincangkan pelaburan di rantau Labuan, serta mencapai persetujuan penting tentang kerjasama.
"Tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 bagi hubungan diplomatik antara China dan Malaysia," kata duta China ke Malaysia, Huang Huikang. "Memandangkan perkembangan hubungan masih berterusan, lawatan peringkat tinggi dua hala telah menjadi semakin kerap, dan persahabatan antara dua negara ini menjadi semakin erat, di samping kenaikan angka ekonomi dan perdagangan. Strategi penting China untuk membina "Laluan Sutera Maritim pada abad ke-21" menawarkan peluang perniagaan yang hebat untuk kedua-dua China dan Malaysia. Kami berharap agar usahawan China dan Malaysia dapat merebut peluang tersebut dan Elion Resources Group akan membuka laluan baharu untuk ekosistem perniagaan China di Malaysia melalui lawatan tersebut, hasil kerjasama ekonomi yang erat antara kedua-dua negara tersebut."