omniture

Ultra Electronics, TCS Lancarkan Ultra ORION X505-G

Ultra Electronics, TCS
2014-10-11 22:50 104

MONTREAL, 11 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Ultra Electronics, TCS dengan bangganya mengumumkan pelancaran X505-G, stesen luar yang padat dan ringan, bagi melanjutkan portfolio penyelesaian radio ORION Ultra bagi pasaran pertahanan dan keselamatan.

Pada masa kini askar yang bertempur memerlukan sambungan yang lancar bagi mengakses dan mengedarkan data kritikal ketika dan di mana-mana mereka memerlukannya. Dengan sifat ekspedisi yang tinggi bagi pengaturan masa kini, adalah penting agar peralatan yang kami sediakan untuk askar dapat disesuaikan dengan persekitaran yang berbeza. TCS menyediakan sambungan berkapasiti tinggi untuk pelbagai misi darat, maritim serta udara melalui platform ORION. Dengan melengkapkan radio X500-G 3 saluran sedia ada yang menawarkan daya pemprosesan sehingga 1 Gpbs, X505-G mempunyai ciri tersebut:

  • Dua saluran dengan daya pemprosesan sehingga agregat 200 Mbps
  • Pengaturan yang mudah dengan SWaP yang kecil dan antara muka intuitif
  • Kependaman dan gandaan sistem terbaik
  • Pemilihan saluran (5, 10 serta 20 MHz)
  • Teknologi MIMO yang mudah suai
  • Penyulitan terbenam AES-256 tahap 2 140-2 FIPS
  • Jalur NATO 3+ atau 4
  • Pilihan untuk Jalur LTE & ISM 700 MHz, 2.4 GHz & 5.8 GHz

Paul Zweers, Naib Presiden, Ultra Electronics, TCS, mengulas: "Dengan pertambahan ORION X505-G, Amerika Syarikat dan kuasa antarabangsa akan memperoleh penyelesaian komunikasi kapasiti tinggi yang mudah digunakan, fleksibel serta berpatutan untuk pertukaran suara, data dan juga video secara langsung antara Pos Perintah dan pinggir taktikal yang membolehkan akses kepada data kritikal masa nyata di barisan hadapan."

Platform ORION TCS saling beroperasi dengan beribu-ribu radio HCLOS yang sebelum ini diletakkan di serata dunia dan menawarkan pelbagai bentuk gelombang (termasuk LOS, NLOS, SISO, MIMO, PTP, PMP serta jaringan) agar sesuai dengan misi yang berbeza. Memandangkan keupayaan angkut balik Non-Line-of-Sight (NLOS) diperlukan bagi menyampaikan komunikasi jarak jauh berkapasiti tinggi kepada pengguna akhir untuk kedua-dua keadaan berhenti dan bergerak, siri X505 menawarkan bentuk gelombang MIMO NLOS PMP yang terbaik untuk komunikasi yang mantap bagi kedua-dua penggunaan statik dan mudah alih.

Sebahagian daripada Ultra Electronics Group, TCS menyediakan sistem C4ISR dan EW yang canggih untuk penggunaan darat, udara serta laut di seluruh dunia. Ultra Electronics, TCS beribu pejabat di Montreal, Kanada dengan beberapa kemudahannya terdapat di seluruh Amerika Utara. Ultra Electronics merupakan syarikat pertahanan, keselamatan, pengangkutan dan juga tenaga yang berjaya pada peringkat antarabangsa, yang dikhususkan dalam penyelesaian elektronik, elektro-mekanikal serta perisian.

Bagi sebarang pertanyaan: Sarah Woolverton, 514-679-6804, sarah.woolverton@ultra-tcs.com

Source: Ultra Electronics, TCS
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology