omniture

Penggiat industri global beralih arah menuju kemampanan di Asiabike Jakarta (#ABJ) 2024

Messe Frankfurt (HK) Ltd
2024-04-05 11:30 205

HONG KONG, 5 April 2024 /PRNewswire/ -- Industri ini sedang bergerak ke arah kemajuan pantas tatkala perusahaan-perusahaan dua roda bersiap sedia untuk Asiabike Jakarta (#ABJ) 2024 yang mana lebih 90 peserta pameran terkemuka akan mempamerkan penyelesaian mobiliti mampan terkini mereka bagi menyokong komitmen Indonesia menuju masa depan yang lebih hijau. Pameran perdagangan kenderaan dua roda sulung ini digabungkan dalam Ekspo Antarabangsa Jakarta mulai 30 April – 4 Mei.

Di bawah tema 'Masa depan dengan Roda' ('Future on Wheels'), pembeli boleh meneroka spektrum penuh penyelesaian mobiliti hijau yang memfokuskan kepada E-mobiliti, berbasikal sihat dan gaya hidup serta E-evolusi untuk tenaga baharu dan boleh baharu.

  • E-mobiliti: menonjolkan pergerakan pengangkutan mampan yang semakin berkembang melalu pameran E-mobilitinya. Pengunjung boleh meninjau kenderaan dua roda elektrik terkini dan mengalami kemajuan canggih dalam teknologi E-mobiliti, termasuk inovasi dengan julat dan hayat bateri lebih baik, keupayaan pengecasan lebih pantas dan prestasi kenderaan dipertingkat. Peserta pameran termasuk Aima, Baoshima, Bodo, Da Huan, Datai, Dfjzdj, Dimen, Fardriver, Freepath, Gobao, Goldmotto, Gowei, Hochwert, Kenli, Kuama, Lima, Luyuan, Mimbob, Naicisports, Nanpu, Ofero, Okuley, Oudie, Pony, Queenshow, Shiwei, Sinc Lithium Battery, Smark, Sunra, Suring, Taihong, Tailg, Tbit, Teyin, Tfsmilee, Wang Zheng, Winblaze, Xinhua, Yadea dan Zijazo.
  • Berbasikal sihat dan gaya hidup: mengiktiraf faedah kesihatan daripada aktiviti berbasikal, konsep ini akan menampilkan produk dan perkhidmatan inovatif yang memaksimumkan potensi kesihatan daripada setiap tunggangan. Bermula daripada aksesori berfokuskan kecergasan hingga penyelesaian yang menggalakkan gaya hidup aktif, hadirin boleh menemui bagaimana dengan mengintegrasikan aktiviti berbasikal ke dalam rutin mereka dapat meningkatkan baik kesihatan fizikal mahupun mental. Pembekal-pembekal seperti Carbon Valley, Carbonal, Chiba, Delium And Deli Tire, Enchess, Hangyi, Kinlin, Ledlink, Len Joy, Navigate, Pai, Phoenix, Pacific, Tannus, Vipper, Zhufeng dan ZT akan mengetengahkan produk-produk relevan ini.
  • E-evolusi: bagi memudahkan peralihan kepada kenderaan elektrik mampan, pakar akan meneliti kelebihan alam sekitar, kewangan dan prestasi yang diberikan oleh kenderaan elektrik. Sebagai contoh, bagaimana kenderaan dua roda elektrik dapat mengurangkan emisi dan kos bahan api sekali gus meningkatkan keseronokan menunggang. Jenama-jenama termasuk Cnae, Dipper Star, Farasis Energy, Lide, Lomensa, Mda, Phylion, Raysmart, Sans, Scud Power, Shanshan, Xietong, X-Power dan Yuye Technology bersedia untuk mendedahkan teknologi ini.

Asiabike Jakarta terletak bersama secara strategik dengan Pameran Kenderaan Elektrik Periklindo – mengkhusus secara eksklusif kepada pembangunan ekosistem kenderaan elektrik. Sebagai faedah tambahan, pembeli berdaftar akan dapat menikmati kemasukan percuma ke "Pameran Kenderaan Elektrik Periklindo" yang berlangsung serentak. Asiabike Jakarta dianjurkan oleh Messe Frankfurt (HK) LtdPeriklindo (Indonesian Electric Vehicle Industry Association)Pt. Dyandra Promosindo dan Jiangsu Bicycle Co Ltd.

Media sosial dan laman web:
http://www.asiabikejakarta.com
https://www.facebook.com/Asiabikeshow
https://www.linkedin.com/company/asiabike-show/
https://www.instagram.com/asiabike_show/
#ABJ #twowheeler

Telly Cheuk
Messe Frankfurt (HK) Ltd
+852-2238-9956
Telly.Cheuk@hongkong.messefrankfurt.com 

Source: Messe Frankfurt (HK) Ltd
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Trade show news Future Events