MANILA, Filipina, 7 April 2024 /PRNewswire/ -- Pada 4 April, jenama premium global Lynk & Co mengumumkan penampilan sulungnya di Filipina, memperkenalkan barisan produknya termasuk Lynk & Co 01, 05 dan 06 berserta Lynk & Co 03+ yang dipamerkan dan membuat kemunculan pertamanya di negara ini. Seperti yang dinyatakan oleh slogan pelancaran "Terpaut dan Terhubung", penampilan sulung Lynk & Co bermatlamat untuk berhubung dengan khalayak bersemangat yang tersendiri di Filipina dan jenama itu sendiri. Langkah ini menonjolkan pengiktirafan mendalam jenama ini terhadap potensi yang amat besar dalam pasaran Filipina yang berkembang maju, sekali gus turut mengharmonikan momentum strategiknya yang lebih luas di seluruh Asia Tenggara.
Pasaran automotif yang mantap di Filipina, penggiat utama di rantau Asia-Pasifik, memberi inspirasi kepada kolaborasi Lynk & Co di Filipina dengan pengedar rasmi, United Asia Automotive Group, Inc. (UAAGI), sebuah syarikat yang berpengalaman dalam industri automotif Filipina.
Jinjun Tian, Naib Presiden Bahagian Luar Negara Lynk & Co, menyampaikan ucapan yang menyatakan keyakinan dan kesungguhan jenama ini untuk berkembang maju di Filipina, sebuah pasaran yang dinamik dengan potensi tanpa had. Beliau turut memberi bayangan mengenai rancangan untuk memperkenalkan lebih banyak model yang memenuhi jangkaan pengguna Filipina. En. Froilan Dytianquin, Pengarah Urusan Lynk & Co Filipina, menekankan bahawa pemandu Filipina yang moden menginginkan kenderaan yang selari dengan gaya hidup mereka yang dinamik: duniawi, muda, bertenaga, sibuk, dengan citarasa yang arif terhadap gaya serta kualiti dan hal ini benar-benar selari dengan hala tuju yang diambil oleh Lynk & Co di Filipina.
Lynk & Co mengumumkan pelancaran besar-besarannya di Pameran Auto Antarabangsa Manila, diadakan di World Trade Center, Bandar Raya Pasay. Lynk & Co membawakan model-model akan datang yang bakal dilancarkan di Filipina, termasuk Lynk & Co 01, Lynk & Co 05 dan Lynk & Co 06. Di samping itu, jenama ini mempersembahkan Lynk & Co 03+ buat kali pertama di Filipina di pameran auto ini. Lynk & Co 06, diperkenalkan buat julung kalinya di peringkat antarabangsa, ialah SUV Segmen-B yang menggabungkan antara nilai estetika yang menggamit perhatian dengan prestasi yang mengagumkan. Selain daripada rangkaian warna badan kenderaan yang pelbagai, ia mempunyai pelbagai ciri mengagumkan yang membuatkannya menonjol antara barisan produk setaranya, termasuk perlindungan keselamatan yang komprehensif, topang MacPherson hadapan dan berbilang pautan belakang dengan gantungan bar penstabil lateral serta 17 sistem bantuan pintar. Reka bentuk reruai, diilhamkan oleh waktu malam metropolitan, memperlihatkan konsep Kontras Bandar-mega jenama ini dan menampilkan pemasaran interaktif yang mempesonakan. Jenama ini mengiktiraf keserasian antara ciri-ciri produk 06 dan sifat pasaran Filipina yang dinamik, inovatif dan inklusif.
Bilik pameran pertama Lynk & Co di Filipina bakal dibuka di Manila, Alabang dengan pembukaan bilik pameran dijadualkan pada pertengahan April. Rancangan sedang dijalankan untuk menubuhkan lapan bilik pameran di seluruh negara dalam tahun ini, berserta pewujudan sistem perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif dan kompetitif, bagi memastikan pengguna menerima sokongan perkhidmatan yang holistik. Pelancaran Filipina mengesahkan jenama dan kebolehsuaian pasaran produk Lynk & Co. Pada masa akan datang, Lynk & Co akan memperkukuhkan lagi kehadirannya dalam pasaran Asia Tenggara dan berkembang secara berperingkat-peringkat ke lebih banyak wilayah di seluruh dunia, seraya memajukan strategi globalisasinya dengan langkah-langkah yang mantap.
Latar Belakang Lynk & Co:
Dilancarkan pada tahun 2016, Lynk & Co dicipta untuk penduduk bandar terbuka generasi baharu. Lynk & Co bukan sekadar jenama kereta baharu, tetapi jenama baharu dalam industri kereta. Dicipta bertaraf global, terbuka dan terhubung, jenama ini bermatlamat untuk membina platform terbuka yang menghubungkan orang ramai, kereta dan dunia.