omniture

Infosys (NASDAQ: INFY) Mengumumkan Keputusan untuk Suku Tahun Berakhir 30 September 2014

Infosys Ltd
2014-10-13 11:30 114

BANGALORE, India, 13 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

Hasil suku tahun kedua pada $2,201 juta. Pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya; sebanyak 6.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya 

Hasil mata wang tetap suku tahun kedua pada $2,217 juta. Pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya; sebanyak 6.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya 

Untung bersih suku tahun kedua pada $511 juta. Pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya; sebanyak 33.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya

Panduan hasil tahun kewangan 2015 kekal pada 7-9 peratus 

Dividen sementara INR 30 per syer (kira-kira $ 0.49 per ADS)

Pengeluaran bonus syer ekuiti 1:1 dan dividen stok Syer Depositori Amerika 1:1 bagi meningkatkan kecairan syer dan meluaskan senarai pemegang saham runcit

Sorotan Kewangan

Hasil disatukan di bawah Standard Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) bagi suku tahun yang berakhir 30 September 2014

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162)

Suku tahun berakhir 30 September 2014

  • Hasil sebanyak $2,201 juta bagi suku tahun berakhir 30 September 2014. Pertumbuhan berbanding suku yang sama tahun sebelumnya 3.1 peratus dalam bentuk dilaporkan; 3.9 peratus dalam bentuk mata wang tetap. Pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya 6.5 peratus
  • Untung bersih $511 juta bagi suku tahun berakhir 30 September 2014. Pertumbuhan berbanding suku yang sama tahun sebelumnya 6.0 peratus. Pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya 33.4 peratus
  • Pendapatan per syer (EPS) $0.89 bagi suku tahun berakhir 30 September 2014. Pertumbuhan berbanding suku yang sama tahun sebelumnya 6.0 peratus. Pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya 32.8 peratus

  • Aset cair termasuk tunai dan yang bersamaan dengan tunai, aset kewangan sedia untuk dijual, sijil deposit dan juga bon kerajaan bernilai $ 5,444 juta setakat 30 September 2014 jika dibandingkan dengan $ 4,943 juta setakat 30 Jun 2014.
  • Infosys telah memperuntukkan INR 254 crore ($ 42 juta) bagi tahun kewangan 2015 kepada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui Yayasan Infosys -- cabang amalnya. Yayasan Infosys terlibat dalam beberapa program yang bermatlamat untuk menghapuskan kebuluran, menggalakkan pendidikan, memperbaiki kesihatan, membantu pembangunan luar bandar, menyokong seni serta membantu golongan miskin.

Sorotan Lain

  • Infosys dan syarikat subsidiarinya telah menambah 49 pelanggan (kasar) sewaktu suku tahun itu.
  • Penambahan kasar seramai 14,255 kakitangan semasa suku tahun ini.
  • 165,411 kakitangan setakat 30 September 2014 untuk Infosys dan syarikat subsidiarinya.
  • Mengisytiharkan dividen sementara sebanyak INR 30 per syer (bersamaan dengan dividen sementara sebanyak kira-kira $0.49 per ADS pada kadar tukaran INR 61.00). Tarikh dalam rekod bagi pembayaran dividen adalah 17 Oktober 2014.
  • Dalam mesyuarat yang diadakan pada 10 Oktober 2014, Lembaga telah mempertimbangkan, meluluskan dan turut menyarankan pengeluaran bonus sebanyak satu syer ekuiti bagi setiap syer ekuiti yang dipegang dan dividen stok sebanyak satu Syer Depositori Amerika (ADS) bagi setiap ADS yang dipegang, setakat tarikh dalam rekod yang akan ditentukan kemudian.

"Transformasi digital sedang membentuk semula perniagaan bagi setiap pelanggan kami. Kami melihat ini sebagai peluang yang bagus untuk membantu mereka memperbaharui teras perniagaan mereka serta memperluas perniagaan ke dalam bidang baharu, dengan beberapa keputusan awal yang positif telah pun dilihat," kata Dr. Vishal Sikka, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan. "Strategi kami adalah untuk mengaplikasikan prinsip yang sama kepada perniagaan kami sendiri agar dapat merebut peluang ini dan memecut pertumbuhan kami, dalam budaya pembelajaran sepanjang hayat dan usaha bermatlamat kami."

"Dalam pelbagai aspek, usaha kami untuk membawakan kecekapan pengendalian telah menghasilkan keputusan memberangsangkan semasa suku tahun ini," kata U. B. Pravin Rao, Ketua Pegawai Pengendalian. "Kami telah melihat keputusan positif daripada beberapa usaha campur tangan kami ke atas jualan, margin serta susutan. Kami akan terus memberi tumpuan pada beberapa bidang ini."

"Kami berjaya memperbaiki margin kami pada suku tahun ini dan kami yakin dapat mengekalkannya dalam jaluran yang sempit," kata Rajiv Bansal, Ketua Pegawai Kewangan. "Ini memberi kami keyakinan yang lebih tinggi bagi membuat pelaburan yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi pertumbuhan kami."

Ramalan*

Ramalan syarikat ini (disatukan) bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2015, di bawah IFRS adalah seperti berikut:

  • Hasil dijangka akan bertumbuh 7 hingga 9 peratus dalam bentuk USD

Tukaran: AUD / USD - 0.87; Euro / USD - 1.26; GBP / USD - 1.62 bagi baki tahun fiskal 2015 (kadar tukaran setakat 30 September 2014)

Sorotan Perniagaan

  • Menandatangani persetujuan berbilang tahun dengan Daimler AG yang merangkumi pengurusan perkhidmatan infrastruktur dan pusat data.
  • Pengendalian IT dan BPO disatukan untuk peruncit fesyen utama di AS sebagai sebahagian daripada persetujuan Sokongan Runcit Oracle selama lima tahun. Ini akan membantu peruncit memberi tumpuan yang lebih baik terhadap pemerolehan jenama baharu dan perluasan global.
  • Mewujudkan penyelesaian berasaskan analisis untuk membantu salah satu rantaian pasar raya utama UK memacu kempen bersasaran untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan, mendapatkan pelanggan baharu serta memperbaiki hasil.
  • Menghijrahkan, menyokong dan turut memperhebat aplikasi pendail keluar automatik untuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi di AS. Ini akan membantu penyedia itu menyepadukan Perkhidmatan Pesanan Ringkas bagi pengguna akhir dengan mendapatkan maklumat daripada berbilang sistem seperti sistem pengebilan dan pembekalan.
  • Infosys Public Services (IPS) telah terlibat dengan penyedia penyelesaian pos di AS bagi mengurangkan kos pengendalian dan menyelenggara dengan cekap sistem pengurusan aset kumpulan kenderaan dan peralatan loji miliknya. IPS turut menghijrahkan aplikasi yang kritikal untuk perniagaan milik pelanggan itu ke pusat data baharu dengan memanfaatkan pendekatan penghijrahan serta alatan penilaian aplikasi milikan bagi pelaksanaan pantas tanpa gangguan perniagaan.
  • Perniagaan produk dan platform kami, Edgeverve Systems, sedang mengalami momentum yang meningkat. Jenama sukan global telah mendapatkan khidmat Edgeverve bagi membantu mewujudkan kedai e-dagang berbilang saluran berasaskan pengalaman pengguna yang responsif di India.
  • Memperluas skop perkongsian strategik kami untuk memberikan nilai kepada perniagaan merentasi infrastruktur berasaskan awan, analisis dan juga data besar. Kami memperluas perkongsian kami bersama:
    • Microsoft untuk mempercepat pemindahan dengan selamat kepada Azure dan persekitaran awan hibrid sambil mengoptimumkan pelaburan awan.
    • Oracle untuk memperhebat sokongan bagi pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan inovatif atas platform teknologi baharu merentasi pemasaran digital, data besar serta Aplikasi Awan Oracle.
    • Hitachi Data Systems bagi membawakan penyelesaian perubahan pusat data dan infrastruktur generasi seterusnya untuk memudahkan peralihan lancar infrastruktur IT kepada persekitaran berasaskan awan yang baharu.
    • Huawei untuk menawarkan penyelesaian awan, data besar serta komunikasi.
  • Memulakan perhubungan strategik dengan Institut Kejuruteraan Komputer & Matematik (ICME), Universiti Stanford. Melalui persetujuan ini, kami akan bersama membangunkan kurikulum dalam Sains Data dan Analisis yang bertumpu pada bidang masalah dunia sebenar dan akan melakukan penyelidikan bersama dengan menggunakan Sains Data untuk mencari penyelesaian kepada isu industri yang penting.
  • Bekerjasama dengan fakulti daripada Stanford d.school dan inisiatif d.Global bagi membawakan pemikiran rekaan kepada para pelanggan kami pada skala besar.
  • Melanjutkan hubungan dengan Oracle untuk meningkatkan sokongan bagi pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan inovatif atas platform teknologi baharu.
  • Pada suku tahun ini kami telah membuat enam permohonan paten tersendiri di India dan AS, menghasilkan sejumlah 505 permohonan paten tersendiri dalam pelbagai peringkat pelaksanaan paten di India, AS serta bidang kuasa lain. Sehingga kini kami telah mendapat kelulusan 199 paten oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat, tiga oleh Pejabat Paten Luxembourg, satu oleh Pejabat Paten Australia dan juga satu paten oleh Pejabat Harta Intelek Singapura.

Anugerah dan Pengiktirafan

  • Infosys telah dipetik sebagai Ketua dan Syarikat Prestasi Terbaik daripada segi Penyumberan Luar IT Sains Hayat dalam laporan Everest Group; Penyumberan IT dalam Industri Sains Hayat -- Landskap Penyedia Perkhidmatan dengan Penilaian Matrix™ PEAK 2014.
  • Infosys telah diletakkan dalam kedudukan lingkungan Pemenang Perkhidmatan SAP - Cetak Biru HFS.
  • Infosys telah diiktiraf sebagai Ketua dalam Kuadran Ajaib bagi Kewangan dan Perakaunan BPO oleh Gartner untuk tahun keempat berturut-turut.
  • Finacle muncul sebagai ketua dalam penilaian industri penting - The Forrester Wave(TM): Platform Perbankan Global Berpaksikan Pelanggan, Suku Tahun Ketiga 2014. Ia juga diiktiraf sebagai pemenang oleh Juniper Research bagi Anugerah Mudah Alih Masa Hadapan 2014 dalam kategori perbankan mudah alih; dan diperingkatkan oleh juruanalisis CEB TowerGroup sebagai 'Terbaik dalam Kelas' bagi perkhidmatan pengguna bank dan sokongan perusahaan.
  • Infosys dinamakan sebagai Ketua dalam laporan Ekosistem Perkhidmatan Pelaksanaan Oracle Seluruh Dunia 2014 -- IDC MarketScape.

Perubahan terhadap Lembaga 

Ahli syarikat yang menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 30 Julai 2014 telah meluluskan pelantikan Dr. Vishal Sikka sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan berkuat kuasa 1 Ogos 2014.

En. Narayana Murthy ditamatkan khidmat sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 10 Oktober 2014. Beliau menyatakan sejajar dengan standard pentadbiran korporat syarikat yang tinggi dan untuk mengelakkan sebarang konflik berbangkit, beliau tidak sesuai menjadi Pengerusi Emeritus Infosys. Lembaga menerima keputusan En. Murthy dan mengucapkan seikhlas ucapan terima kasih kepada beliau untuk wawasan, kepimpinan serta bimbingan beliau dalam menjadikan Infosys syarikat yang dihormati pada peringkat global.

Encik S. Gopalakrishnan akan ditamatkan khidmat sebagai Naib Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa 10 Oktober 2014. Lembaga menyatakan ucapan penghargaan untuk perkhidmatan yang diberikan oleh beliau semasa tempoh khidmat beliau di Infosys.

Encik K.V. Kamath telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga berkuat kuasa 11 Oktober 2014.

Syarikat itu telah mengelaskan pengasasnya, Narayana Murthy, Nandan Nilekani, S. Gopalakrishnan, S. D. Shibulal dan juga K Dinesh serta ahli keluarga terdekat mereka sebagai pengumpul modal pelaburan/kumpulan pengumpul modal pelaburan bagi syarikat dalam dedahan yang berkenaan dengan bursa saham dan badan berkuasa kawal selia lain.

Dengan penamatan khidmat dua pengasas terakhir, Narayana Murthy dan S Gopalakrishnan, pengasas itu sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat itu mahupun sebarang kuasa ke atas hal ehwal syarikat selepas tarikh semasa itu. Oleh itu, pengasas itu telah memohon syarikat agar mencari pengelasan yang sesuai bagi status mereka yang telah berubah itu. Syarikat itu sedang dalam proses mendapatkan bimbingan kawal selia yang sesuai bagi hal itu.

Yayasan Infosys

Infosys telah menderma INR 254 crore ($42 juta) kepada Tanggungjawab Sosial Korporat melalui Yayasan Infosys -- cabang amalnya. Infosys dan syarikat subsidiarinya telah menderma $13 juta dan $21 juta kepada Yayasan Infosys untuk suku tahun dan separuh tahun yang berakhir pada 30 September 2014.

Yayasan Infosys melaksanakan beberapa program yang disasarkan bagi menghapuskan kebuluran, menggalakkan pendidikan, memperbaiki kesihatan, membantu pembangunan luar bandar, menyokong seni dan turut menolong golongan miskin.

Pada suku tahun ini, Yayasan Infosys telah menubuhkan korpus bernilai INR 33 crore ($5 juta) untuk Institut Matematik Chennai. Korpus ini akan digunakan untuk meningkatkan pampasan fakulti dan menyokong keperluan biasiswa bagi pelajar penyelidikan.

Yayasan itu juga telah melancarkan Spark-IT, program selama tiga bulan untuk meningkatkan tahap kemahiran graduan kejuruteraan yang tidak bekerja dalam negara itu. Ia telah memperuntukkan INR 9 crore ($1 juta) untuk program ini yang akan membantu melatih 1,800 graduan pada tahun fiskal 2015.

Latar belakang Infosys Ltd

Infosys merupakan peneraju global dalam penyelesaian khidmat nasihat, teknologi serta penyumberan luar. Kami membolehkan para pelanggan di lebih 30 negara kekal selangkah di hadapan arah aliran perniagaan baru muncul dan mengatasi prestasi syarikat pesaing. Kami membantu mereka berubah dan berjaya dalam dunia yang kian berubah dengan mencipta bersama penyelesaian pemecah kebiasaan yang menggabungkan maklumat strategik dan kecemerlangan pelaksanaan.

Layari http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan sebanyak US$ 8.25 bilion dan lebih 160,000 kakitangan, sedang menghidupkan cogan kata Building Tomorrow's Enterprise® hari ini.

Kenyataan Lindung Diri

Beberapa kenyataan dalam siaran ini tentang prospek pertumbuhan masa hadapan kami ialah kenyataan pandang ke hadapan yang berkenaan dengan jangkaan perniagaan masa hadapan kami yang bertujuan untuk melayakkannya sebagai 'kenyataan lindung diri' di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, yang melibatkan sebilangan risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar jelas berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkenaan turun naik dalam pendapatan, turun naik dalam kadar tukaran mata wang asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor yang mungkin akan menjejaskan kelebihan kos kami, kenaikan upah di India, kemampuan kami untuk menarik serta mengekalkan para profesional berkemahiran tinggi, limpahan masa dan kos untuk kontrak harga tetap dan rangka masa tetap, kepadatan pelanggan, pengehadan ke atas imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus pengendalian antarabangsa kami, penurunan permintaan bagi teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kemampuan kami untuk melengkapkan dan menyepadukan pemerolehan berpotensi dengan jayanya, liabiliti untuk kerugian dalam kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang mendapat pelaburan strategik oleh Infosys, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik serantau, larangan undang-undang bagi mengumpul modal atau membeli syarikat di luar India, serta penggunaan harta intelek kami yang tidak dibenarkan dan juga keadaan ekonomi biasa yang memberi kesan ke atas industri kami. Risiko tambahan yang boleh memberi kesan kepada keputusan pengendalian masa hadapan kami digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami dalam Borang 20-F bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2014 serta pada Borang 6-K bagi suku tahun yang berakhir pada 30 Jun 2014. Semua pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov/ Dari semasa ke semasa, Infosys boleh membuat kenyataan pandang ke hadapan bertulis dan lisan tambahan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan juga laporan kami kepada para pemegang saham. Tambahan lagi, sila ambil maklum tarikh siaran akhbar ini telah dinyatakan pada awal siaran ini, dan sebarang kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran ini adalah berdasarkan anggapan yang kami percaya adalah munasabah setakat tarikh yang tercatat itu. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan pandang ke hadapan yang mungkin akan dibuat dari masa ke masa oleh atau bagi pihak syarikat ini kecuali diperlukan oleh undang-undang.

Infosys Limited dan syarikat subsidiari 

Kunci Kira-kira Sementara Terkumpul Ringkas Tidak Diaudit setakat

(Dalam juta dolar kecuali data syer ekuiti)





30 September 2014  

31 Mac 2014

ASET



Aset semasa



Tunai dan kesamaan tunai                     

4,604

4,331

Aset kewangan sedia untuk dijual               

611

367

Pelaburan dalam sijil deposit                   

17

143

Kebolehterimaan dagangan                     

1,464

1,394

Hasil belum dibil                               

477

469

Prabayaran dan aset semasa lain                

447

440

Alatan kewangan terbitan                           

7

36

Jumlah aset semasa                           

7,627

7,180

Aset bukan semasa



Harta tanah, loji, peralatan                 

1,360

1,316

Muhibah                                        

340

360

Aset tidak ketara                               

49

57

Aset kewangan sedia untuk dijual               

213

208

Aset cukai pendapatan tertangguh               

108

110

Aset cukai pendapatan                          

248

254

Aset bukan semasa lain                           

44

37

Jumlah aset bukan semasa                     

2,362

2,342

Jumlah aset                                  

9,989

9,522

LIABILITI DAN EKUITI



Liabiliti semasa



Kebolehterimaan dagangan                         

22

29

Alatan Kewangan Terbitan                           

4

-

Liabiliti cukai pendapatan semasa              

434

365

Deposit klien                                    

4

6

Hasil tidak terperoleh                         

136

110

Kewajipan faedah kakitangan                    

165

159

Peruntukan                                      

66

63

Liabiliti semasa lain                           

894

792

Jumlah liabiliti semasa                      

1,725

1,524

Liabiliti bukan semasa



Liabiliti cukai pendapatan tertangguh            

9

11

Liabiliti bukan semasa lain                      

63

54

Jumlah liabiliti                             

1,797

1,589

Ekuiti



Modal syer- INR 5 ($0.16) nilai tara 600,000,000 syer ekuiti diluluskan, dikeluarkan serta diterbitkan 571,402,566 setiap satu, nilai bersih 2,833,600 syer perbendaharaan Setiap satu setakat 30 September 2014 dan 31 Mac 2014, masing-masing   

64

64

Premium syer                                   

704

704

Perolehan dikekalkan                         

9,406

8,892

Komponen ekuiti lain                        

(1,982)

(1,727)

Jumlah ekuiti usaha pemegang ekuiti syarikat 

8,192

7,933

Kepentingan bukan mengawal                        

-

-

Jumlah ekuiti                                

8,192

7,933

Jumlah liabiliti dan ekuiti                  

9,989

9,522

Infosys Limited dan syarikat subsidiari

Kenyataan Sementara Terkumpul Ringkas yang Tidak Diaudit bagi Pendapatan Menyeluruh

(Dalam juta dolar kecuali data syer dan data syer per ekuiti)             







Tiga bulan berakhir     

Tiga bulan berakhir     

Enam bulan berakhir     

Enam bulan berakhir


30 September

30 September

30 September

30 September


2014

2013

2014

2013






Hasil                           

2,201

2,066

4,334

4,057

Kos jualan                      

1,353

1,337

2,697

2,633

Untung kasar                      

848

729

1,637

1,424

Perbelanjaan pengendalian:





Perbelanjaan jualan dan pemasaran 

127

120

238

223

Perbelanjaan pentadbiran          

146

158

288

282

Jumlah perbelanjaan pengendalian  

273

278

526

505

Untung pengendalian               

575

451

1,111

919

Pendapatan lain, bersih           

144

81

283

184

Untung sebelum cukai pendapatan   

719

532

1394

1,103

Perbelanjaan cukai pendapatan     

208

149

401

302

Untung bersih                     

511

383

993

801

Pendapatan menyeluruh lain





Item yang tidak akan dikelaskan semula sebagai keuntungan atau kerugian:





Ukuran semula liabiliti/aset faedah yang ditakrif bersih        

(1)

5

(4)

6






Item yang boleh dikelaskan semula berikutan ini sebagai keuntungan atau kerugian:





Perubahan nilai adil untuk aset kewangan sedia terjual         

5

(4)

8

(4)

Perbezaan pertukaran untuk terjemahan pengendalian asing               

(223)

(316)

(259)

(935)

Jumlah pendapatan menyeluruh lain bersih cukai                     

(219)

(315)

(255)

(933)

Jumlah pendapatan menyeluruh      

292

68

738

(132)






Keuntungan atas hasil usaha:





Pemilik syarikat                  

511

383

993

801

Pihak berkepentingan bukan mengawal 

-

-

-

-


511

383

993

801

Jumlah pendapatan menyeluruh atas hasil usaha:





Pemilik syarikat                  

292

68

738

(132)

Pihak berkepentingan bukan mengawal 

-

-

-

-


292

68

738

(132)

Perolehan per syer ekuiti





Asas ($)                         

0.89

0.67

1.74

1.40

Dicairkan ($)                    

0.89

0.67

1.74

1.40

Syer ekuiti purata berpemberat yang digunakan dalam menghitung perolehan per syer ekuiti





Asas                   

571,402,566

571,402,566

571,402,566

571,402,566

Dicairkan 

571,404,028

571,402,566

571,403,297

571,402,566

NOTA:

1. Kunci Kira-kira sementara Terkumpul Ringkas tidak diaudit dan Kenyataan sementara Terkumpul Ringkas yang tidak diaudit tentang Pendapatan Menyeluruh bagi tiga bulan dan enam bulan yang berakhir pada 30 September 2014 telah direkodkan semasa mesyuarat Lembaga yang diadakan pada 10 Oktober 2014.

2. Lampiran Fakta yang menyediakan metrik pengendalian syarikat boleh dimuat turun daripada http://www.infosys.com

Siaran Akhbar INR: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/PIV709774-IFRS-INR-press-release.pdf

Lampiran Fakta: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/PIV709774-fact-sheet.pdf 

Hubungi

Hubungan Pelabur

Sandeep Mahindroo
+91-80-3980-1018
Sandeep_Mahindroo@infosys.com

Hubungan Media

Sarah Vanita Gideon, India
+91(80)4156-3373
Sarah_Gideon@Infosys.com

Sumber: Infosys Ltd

Source: Infosys Ltd
Related Stocks:
NYSE:INFY
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Earnings