omniture

MobileIron Raih Anugerah Industri Singapura dan Hong Kong bagi Pengurusan Mobiliti Perusahaan

MobileIron
2014-10-13 08:00 143

-- Anugerah yang disampaikan oleh CXO HONOUR® dan e-zone menekankan pengiktirafan oleh komuniti IT terhadap platform dan penyelesaian Mobile First milik syarikat

MOUNTAIN VIEW, California, 13 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- MobileIron (NASDAQ: MOBL), peneraju dalam pengurusan mobiliti perusahaan (EMM), hari ini mengumumkan ia telah meraih dua anugerah industri:

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140923/147891

  • CIO HONOUR AWARDS® bagi Pengurusan Peranti Mudah Alih oleh platform sokongan dalam talian CXO HONOUR ® di Singapura
  • Anugerah e-brand ke-8 yang dianjurkan oleh majalah e-zone di Hong Kong bagi kategori Pengurusan Mobiliti Perusahaan

"Mobiliti perusahaan dijangka akan berkembang pantas di rantau Asia Pasifik dan kami berbangga kerana diberi pengiktirafan sebagai peneraju oleh para pelanggan serta ahli profesional IT," kata Tim Youm, Pengarah Jualan Serantau Asia Pasifik, MobileIron. "Anugerah ini mengiktiraf komitmen kami untuk menjayakan pelanggan kami melalui seni bina kami yang dibina khas, sokongan pelanggan serta latihan IT Mudah Alih bertaraf dunia yang kami sediakan melalui Universiti MobileIron."

"Syarikat yang inovatif memilih MobileIron," ujar Ojas Rege, Naib Presiden Strategi, MobileIron. "Transformasi Mobile First memerlukan rakan kongsi dipercayai yang dapat menyediakan keselamatan gred perusahaan serta privasi pengguna."

Anugerah e-brand
Anugerah e-brand ke-8 yang bertemakan "Internet of Things" mengiktiraf jenama teknologi yang mempunyai produk dan perkhidmatan yang telah memperlihatkan prestasi cemerlang dalam menyokong keperluan dan sikap "e-generasi" dalam bidang IT Hijau, media sosial, Awan serta mobiliti. Acara anugerah tersebut berakhir pada Ogos tahun ini dengan e-zone, penerbitan IT terkemuka di Hong Kong, yang telah menyaksikan pencalonan dan undian oleh penduduk Hong Kong serta pakar dan juga peneraju industri yang bertauliah.

CIO HONOUR AWARDS®
CXO HONOUR® ialah platform dalam talian yang menawarkan kepada golongan ketua eksekutif termasuk komuniti Ketua Pegawai Maklumat di Singapura dengan sumber rujukan berwibawa untuk vendor Infocomm & Media (ICM) yang dipercayai. Melalui cadangan rakan setara yang merangkumi kesemua aspek pelibatan vendor, tidak terhad kepada prestasi produk, khidmat pelanggan, dalam lingkungan negara asal/geografi, CIO HONOUR AWARDS® tahunan yang dianjurkan oleh CXO HONOUR® bermatlamat untuk mengiktiraf para vendor ICM yang telah meraih kepercayaan Ketua Pegawai Maklumat dengan menyediakan produk serta perkhidmatan yang luar biasa. Majlis penganugerahan tersebut telah berlangsung pada 8 Oktober di Singapura.

Latar Belakang MobileIron
MobileIron menyediakan asas untuk syarikat di seluruh dunia bagi melakukan transformasi untuk menjadi organisasi berpaksikan mudah alih. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.mobileiron.com.

Source: MobileIron
Related Stocks:
NASDAQ:MOBL
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications Awards