omniture

Mainstream Renewable Power Beroleh Kebenaran daripada Kerajaan Scotland Bina dan Kendali Ladang Angin Luar Pesisir 450MW

Mainstream Renewable Power
2014-10-13 12:04 111

GLASGOW, Scotland, 13 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Syarikat angin dan suria global Mainstream Renewable Power telah beroleh kebenaran daripada Kementerian Scotland bagi membina dan mengendalikan ladang angin luar pesisir Neart na Gaoithe ("NnG") 450 megawatt di Outer Forth Estuary, Laut Utara.

Ladang angin luar pesisir besar-besaran ini bakal menjadi yang pertama seumpamanya dibina dan dikendalikan di perairan Scotland untuk dihubungkan secara terus dengan sistem elektrik Scotland. Ladang angin 450 megawatt mampu menyediakan kuasa yang cukup untuk 325,000 kediaman (lebih daripada jumlah kediaman di Edinburgh) dan bersamaan dengan 3.7 peratus daripada jumlah permintaan bekalan elektrik di Scotland. Ladang angin tersebut dijangka akan memulakan aktiviti pra-pembinaannya tahun hadapan dan akan mula menjana tenaga elektrik menjelang tahun 2018.

NnG merupakan pelaburan perbelanjaan modal sebanyak kira-kira £1.5 bilion dan berada di kedudukan yang baik untuk menjadi ladang angin luar pesisir pertama di UK bagi menarik pembiayaan projek tanpa bantuan sebenar pada peringkat pembinaan. Ia telah terlebih dahulu layak menerima pembiayaan Jaminan Perbendaharaan UK dan Bank Pelaburan Eropah.

Ladang angin ini akan merangkumi sehingga 75 turbin angin dan akan menduduki kawasan seluas 80 kilometer persegi. Pada kedudukannya yang paling hampir dengan daratan ia terletak lebih 15 kilometer di luar pantai Fife dengan kedalaman air antara 45 hingga 55 meter.

Kabel dasar laut yang membekalkan kuasa ladang angin akan tiba di Pantai Thorntonloch, Lothian Timur. Dari situ, kabel bawah tanahnya akan bergerak sepanjang laluan sejauh 12.5 kilometer ke pencawang yang terletak di dalam ladang angin darat Crystal Rig di Lammermuir Hills. Sambungan grid akan berlaku pada Disember 2016 manakala kebenaran perancangan bagi laluan kabel bawah tanah pula telah diterima daripada Majlis Lothian Timur pada tahun 2013.

NnG akan mewujudkan beratus-ratus pekerjaan langsung dan tidak langsung ketika proses pembinaannya serta sepanjang hayat operasinya. Mainstream telah memilih kontraktor pilihan Balance of Plant GeoSea dan konsortium STDL/Prysmian. GeoSea akan mereka bentuk, membekalkan dan turut memasang tapak turbin angin tersebut selain memasang turbin angin dan juga pencawang luar pesisir. Konsortium STDL/Prysmian pula akan mereka bentuk, membekalkan serta memasang kerja elektrik.

Pengasas dan Ketua Eksekutif Mainstream Renewable Power, Eddie O'Connor berkata: "Pengumuman hari ini adalah amat penting untuk Scotland kerana ini merupakan kali pertama ladang angin akan dibina di perairan Scotland bagi tujuan membekalkan kediaman dan perniagaan Scotland dengan tenaga boleh diperbaharui. Malah, ia akan menjana kuasa hijau yang mencukupi untuk membekalkan kuasa untuk lebih daripada semua kediaman di Edinburgh."

Andy Kinsella, Ketua Pegawai Operasi untuk Mainstream Renewable Power berkata: "Ini memberi kesan yang signifikan kepada industri angin luar pesisir global kerana ia berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi ladang angin luar pesisir pertama sebesar ini yang akan dibina hanya menerusi dana projek oleh syarikat swasta. Ini adalah bukti kepakaran pasukan pembangunan luar pesisir Mainstream yang terkemuka di dunia yang telah berusaha keras untuk projek ini sejak penubuhan syarikat ini pada tahun 2008 dan terus mengukuhkan kedudukan Mainstream sebagai pemaju angin luar pesisir bebas yang terkemuka di dunia."

Beliau turut berkata: "Kami telah bekerja rapat dengan Kerajaan Scotland serta agensinya melalui proses penilaian alam sekitar yang menyeluruh, dan berharap untuk meneruskan kerja pemantauan ekologi terbaik kami bersama agensi tersebut serta pihak berkepentingan utama lain semasa dan selepas pembinaan."

Mainstream Renewable Power telah dianugerahkan hak eksklusif oleh The Crown Estate pada tahun 2009; tapak NnG telah dianggap sesuai bagi pembangunan ladang angin luar pesisir oleh Penilaian Strategik Alam Sekitar Kerajaan Scotland pada tahun 2011; NnG beroleh sambungan grid pada tahun 2010; manakala Perjanjian Pajakan pula telah dicapai bersama The Crown Estate pada tahun 2011. Permohonan untuk kebenaran telah dikemukakan kepada Pasukan Operasi Pelesenan Marine Scotland pada tahun 2012.

Latar Belakang Mainstream Renewable Power

Mainstream Renewable Power merupakan salah satu pemaju bebas yang terkemuka di dunia bagi projek tenaga boleh diperbaharui. Dengan perancangan pembangunan lebih 17,000 megawatt pada peringkat global ia kini mengendalikan dan turut membina ladang suria serta angin di seluruh Ireland, Afrika Selatan, Chile dan juga Kanada.

Sebagai pemaju angin luar pesisir bebas yang terkemuka di Eropah, Mainstream sedang membangunkan projek angin luar pesisir di bawah hanya 8GW di England, Scotland dan juga Jerman dengan sambungan grid bersekuriti 4.45GW untuk projek luar pesisir ini.

Syarikat ini mempunyai beberapa pejabat di Berlin, Cape Town, Chicago, Dublin, Glasgow, Johannesburg, London, Santiago serta Toronto.

http://www.mainstreamrp.com

Bagi mendapatkan maklumat lanjut hubungi:
Neart na Gaoithe
Kirstin Stevenson / Callum Spreng
Spreng & Co Ltd
Tel: +44 (0)141 548 5191
Te. Bimbit: +44 (0)7803 970106 / +44 (0)7803 970103
E-mel: Kirstin@sprengandco.com / Callum@sprengandco.com

Mainstream Renewable Power
Emmet Curley
Ketua Komunikasi
Mainstream Renewable Power
Tel: +27 21 657 4071
Tel. Bimbit : +27 60 564 6588

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141010/709908

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities Contracts