omniture

Moomoo Japan Tawar Perkhidmatan Perdagangan Saham Jepun, Menaik Taraf Selanjutnya Ciri-cirinya untuk Sediakan Perkhidmatan kepada Pelabur Tempatan

moomoo
2024-04-09 22:56

TOKYO, 9 April 2024 /PRNewswire/ -- Moomoo Japan memperkenalkan perkhidmatan perdagangan saham Jepun, bagi membolehkan pelabur di Jepun memperdagangkan kedua-dua saham AS dan domestik dengan lancar menggunakan moomoo, platform pelaburan dan perdagangan global yang diperkenalkan secara rasmi kepada Jepun pada September tahun lalu.

Bermula pada 18 Mac, pelabur di Jepun boleh mengakses seleksi luas lebih 4,000 saham, ETF, ETN, REIT dan sekuriti lain yang disenaraikan pada Bursa Saham Tokyo (pasaran Utama, Standard dan Pertumbuhan) melalui moomoo sekali gus memanfaatkan pelbagai jenis alat tahap profesional dan data pasaran mendalam yang eksklusif pada platform ini. Susulan kejayaan pelancaran perdagangan saham AS di Jepun, Moomoo Japan mengorak langkah lebih jauh untuk mempelbagaikan penawarannya bagi menyampaikan pengalaman perdagangan yang dinaik taraf kepada pelabur tempatan.

"Jepun memiliki kedudukan yang penting sebagai salah satu pasaran pelaburan yang paling signifikan di rantau Asia-Pasifik, mempunyai kumpulan pelabur runcit yang besar. Tempoh kadar faedah rendah yang berpanjangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mencetuskan lonjakan minat dalam kalangan pelabur terhadap pelaburan saham. Tahun ini, indeks Nikkei mencapai paras tinggi yang belum pernah terjadi sebelum ini, menggamit perhatian pelabur global yang berminat untuk meninjau peluang yang berpotensi dalam pasaran saham Jepun. Bagi memenuhi permintaan pelaburan yang mantap daripada pelabur Jepun dan menawarkan rangkaian pilihan perdagangan yang lebih luas kepada mereka, moomoo melancarkan tawaran perdagangan saham Jepun," kata Francisco Izawa, Presiden Moomoo Securities Japan. "Kami benar-benar percaya pelabur Jepun dapat merebut peluang pelaburan yang lebih baik dengan memanfaatkan maklumat pasaran yang komprehensif dan terkini, digandingkan dengan perkhidmatan kewangan profesional yang disediakan oleh moomoo. Kami mengharapkan trajektori pertumbuhan bersama dengan pelabur tempatan, dengan tujuan untuk saling mendapat manfaat daripada pengalaman ini."

Akses sehenti kepada perdagangan saham AS dan Jepun, memperkasa pelabur tempatan dengan alat dan sumber berkuasa

Dalam September 2023, moomoo melancarkan secara rasmi perniagaan broker dalam taliannya, menyediakan akses kepada pelabur Jepun kepada kira-kira 7,000 saham dan ETF AS, menjadi broker dalam talian yang menawarkan bilangan saham AS boleh didagangkan yang terbesar di Jepun. Dengan keupayaan teknologinya yang mantap dan alatannya yang mesra pengguna, moomoo mendapat populariti yang pantas dalam kalangan pelabur Jepun. Ketika ini, aplikasi moomoo tersenarai antara tiga broker dalam talian teratas di Jepun dari segi purata muat turun harian dan platform ini mencapai paras pengguna aktif harian memecah rekod*.

Moomoo menawarkan fi dagangan kompetitif kepada pelabur. Pelabur dapat menikmati komisen sifar apabila melaksanakan transaksi yang melibatkan saham Jepun melalui kedua-dua akaun NISA dan akaun biasa.

Menerusi komitmen teguh untuk memecahkan halangan maklumat dalam seluruh perjalanan pelaburan, moomoo turut meletakkannya di kedudukan sebagai broker perintis di Jepun, memberi akses percuma kepada pengguna terhadap laporan kajian komprehensif dan analisis berwibawa Morningstar, termasuk penarafan yang terperinci. Sebelum ini terhad kepada pelabur institusi dan individu dengan nilai bersih tinggi, sumber yang berharga ini kini memperkasa pelabur individu di Jepun dengan memenuhi keperluan mereka untuk mengakses laporan kajian profesional daripada institusi-institusi kewangan global.

Melalui penggunaan moomoo, pelabur Jepun mendapat akses percuma kepada pelbagai alat pelaburan gred profesional, termasuk ciri-ciri seperti aliran dana, pegangan institusi, ramalan trend dan renti rugi mengekor, antara lain. Di samping itu, moomoo memanfaatkan teknologi AI untuk menyediakan alat analitis kepada pelabur seperti "corak batang lilin" dan "unjuran trend", bagi membantu pelabur membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum.

Berkembang bersama rakan setara sealiran di seluruh dunia di moomoo

Selain daripada menyediakan ciri-ciri perdagangan yang berkuasa, komuniti dalam talian moomoo yang rancak menghubungkan pengguna dari lebih 200 negara dan wilayah di seluruh dunia. Komuniti ini berkembang menjadi pusat pembelajaran kolaboratif yang dapat membolehkan pelabur bertukar-tukar idea, pandangan dan pengalaman pelaburan bagi menyokong satu sama lain dan berkembang bersama-sama. Moo Learn menawarkan kepada pengguna dengan akses kepada lebih 3,000 kursus pelaburan dalam pelbagai bahasa, membolehkan mereka menyesuaikan rancangan pembelajaran mereka mengikut keperluan individu mereka.

Sebagai platform perdagangan pelaburan semua-dalam-satu, moomoo mendapat kepercayaan daripada lebih 21 juta pengguna di seluruh dunia. Platform ini terus mempercepatkan pengembangan globalnya, dengan kehadiran di Amerika Syarikat, Singapura, Australia, Jepun, Kanada dan Malaysia.

Moomoo Japan memegang Lesen Operator Perniagaan Instrumen Kewangan (FIBO) dan mempunyai keahlian dalam Japan Securities Dealers Association (JSDA) dan Japan Investment Advisers Association (JIAA). Di samping itu, ia juga merupakan ahli Bursa Saham Tokyo dan Bursa Sekuriti Osaka. Sejak penampilan sulungnya, Moomoo Japan mendapat pujian yang ketara daripada orang ramai dan media atas impak revolusionernya ke atas industri perdagangan dalam talian tempatan. Pada tahun 2023, majalah kewangan berprestij, Nikkei Money mengiktiraf moomoo atas analisis termajunya dan maklumat saham global yang diurus secara pakar.

*Menurut data.ai (dahulunya App Annie), perbandingan pengguna aktif harian dan purata muat turun harian (termasuk Apple dan Google) aplikasi perdagangan saham dalam pasaran Jepun mulai 1 Oktober 2023 hingga 31 Disember 2023.

Latar Belakang moomoo

Moomoo ialah platform pelaburan dan perdagangan global terkemuka, mengkhusus untuk memperkasa pelabur dengan alatan, data dan pandangan mesra pengguna. Platform kami direka bentuk untuk menyediakan maklumat dan teknologi penting, membolehkan pengguna membuat keputusan pelaburan yang amat termaklum. Dengan alatan carta termaju, ciri-ciri analitis tahap-pro, Moomoo berkembang bersama-sama pengguna kami, memupuk komuniti dinamik yang membolehkan pelabur berkongsi, belajar dan berkembang bersama-sama.

Ditubuhkan di AS, Moomoo beroperasi secara global, menawarkan perkhidmatan kepada pelabur di negara-negara seperti AS, Singapura, Australia, Jepun, Kanada dan Malaysia. Sebagai subsidiari syarikat yang disenaraikan pada Nasdaq, kami berbangga dengan peranan kami sebagai rakan kongsi strategik global Nasdaq, memperoleh pelbagai anugerah antarabangsa daripada pemimpin industri terkemuka seperti anugerah Teknologi Dagangan Terbaik 2021, Teknologi Penyelidikan Pelaburan Terbaik 2022 dan Aplikasi Dagangan Aktif Terbaik 2021 daripada Benzinga dan anugerah Platform Dagangan Terbaik 2022 daripada Fintech Breakthrough. Moomoo turut menerima pelbagai anugerah di AS, Singapura dan Australia atas pendekatannya yang inklusif dan terkini kepada pelaburan.

 

Source: moomoo
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services Financial Technology