omniture

KPMG Australia dan Geotab menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk menuntut Kredit Cukai Bahan Api

Geotab
2024-04-09 23:36 17

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 April 2024 /PRNewswire/ -- KPMG Australia dan Geotab, peneraju global bagi teknologi telematik, mengumumkan perikatan baharu yang membolehkan pelanggan KPMG mengakses teknologi Geotab, seterusnya meluaskan penawaran penyelesaian pengangkutan KPMG yang komprehensif.

Satu contoh penting ialah FTC Automator KPMG yang menganalisis sejumlah besar data dengan pantas dan meluas serta memanfaatkan analitik geo–spatial proprietari untuk memproses data ini, sebelum memasukkannya ke dalam enjin cukai bagi menghasilkan penghitungan kelayakan Kredit Cukai Bahan Api (FTC).

Perikatan ini bertepatan dengan Keputusan Produk ATO yang memihak kepadanya, yang memberi kepastian terhadap implikasi cukai daripada penggunaan FTC Automator. Keputusan produk adalah penting kerana ia memberi perlindungan kepada pembayar cukai daripada penalti sekiranya ATO kemudiannya mempertikaikan tuntutan yang dibuat menggunakan teknologi ini.

Teknologi ini membantu organisasi menghitung kelayakan mereka untuk kredit ke atas eksais bahan api, yang terpakai untuk bahan api yang digunakan dalam kilang, peralatan, kenderaan berat dan kenderaan ringan (apabila tidak digunakan di jalan bukan awam). (PR 2024/1 | Pangkalan data undang-undang (ato.gov.au)

Ketua Nasional untuk Tenaga Kerja & Inovasi serta Ketua Pegawai Teknologi Cukai & Undang-undang KPMG Australia, David P Sofrà, berkata: "Ini merupakan respons langsung kepada permintaan pasaran untuk produk yang menjalani semakan dan ujian ATO menjelang keluarnya keputusan rasmi yang tersedia secara terbuka."

"Keputusan Produk ATO menetapkan akibat Kredit Cukai Bahan Api untuk pelanggan KPMG Australia yang menggunakan Geotab untuk menghitung kelayakan FTC mereka menggunakan penyelesaian FTC Automator proprietari daripada KPMG.

"Keupayaan kami untuk memberi akses kepada perniagaan dengan teknologi Geotab yang utama dalam pasaran bererti kami bukan sahaja berupaya menyokong pelanggan kami dengan penyelesaian teknologi pengangkutan hujung-ke-hujung holistik yang memenuhi keperluan mereka, kami juga berkeyakinan tinggi terhadap kualiti, ketepatan dan frekuensi data yang dapat diinges ke dalam FTC Automator."

FTC Automator juga berupaya memaparkan pandangan penting mengenai keselamatan, emisi karbon, pengoptimuman pengangkutan serta sejauh mana berdaya majunya bagi sesetengah atau semua pengangkutan sesebuah organisasi untuk dielektrikkan.

Sofrà menambah: "Pelanggan kami semakin memfokuskan kepada aspek-aspek pengurusan pengangkutan yang lain, seperti kebimbangan mengenai Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) termasuk keselamatan dan pengelektrikan. Mendapat akses kepada analitik dan pandangan Geotab daripada lebih 4 juta kenderaan terhubung yang menggunakan teknologi Geotab di peringkat global merupakan satu anugerah sebenar untuk pelanggan kami dan kami akan menyokong mereka dalam membuat keputusan termaklum yang selari dengan matlamat strategik mereka."

David Brown, Penolong Naib Presiden Geotab – APAC, bersetuju: "FTC Automator KPMG Australia, kini disokong oleh Keputusan Produk ATO, merupakan penambahan yang amat dialu-alukan dan tepat pada masanya untuk ekosistem Geotab dan kami berharap dapat bekerjasama dengan pakar-pakar teknologi cukai KPMG bagi membangunkan penyelesaian tambahan yang baharu dalam bidang pengangkutan yang sentiasa berkembang. Selain daripada cukai, data telematik yang dapat dimanfaatkan oleh KPMG untuk pelanggannya menggunakan Geotab akan membolehkannya memberikan pandangan tentang sektor dan perbandingan rakan setara-industri pada beberapa metrik utama seperti emisi CO2, penggunaan pengangkutan dan pelbagai lagi metrik lain yang berkaitan dengan keselamatan."

Latar Belakang Geotab 

Geotab ialah peneraju global bagi penyelesaian pengangkutan terhubung. Kami menyediakan penyelesaian telematik — penjejakan kenderaan dan aset — kepada lebih 50,000 pelanggan di 160 negara. Selama lebih 20 tahun, kami melabur dalam penyelidikan dan inovasi data perintis bagi membolehkan rakan kongsi dan pelanggan, termasuk Fortune 500 dan organisasi sektor awam mentransformasikan kumpulan pengangkutan dan operasi mereka. Dengan lebih 4 juta langganan dan memproses lebih daripada 75 bilion titik data sehari, kami membantu pelanggan membuat keputusan yang lebih baik, meningkatkan produktiviti, memiliki pengangkutan yang lebih selamat dan mencapai matlamat kemampanan mereka. Platform terbuka Geotab dan Geotab Marketplace, menawarkan beratus-ratus pilihan penyelesaian pihak ketiga. Disokong oleh sepasukan saintis data dan pakar AI yang terkemuka dalam industri, Geotab menyerlahkan kuasa data bagi memahami analitik hampir masa nyata dan prediktif — menyelesaikan cabaran hari ini dan dunia hari esok. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.geotab.com/au/, ikuti @GEOTAB di Twitter dan LinkedIn atau kunjungi Blog Geotab.

© 2024 Geotab Inc. Hak cipta terpelihara. Semua tanda dagangan adalah hak milik pemilik masing-masing di Kanada dan negara-negara lain. Geotab, logo Geotab, MyGeotab, Geotab Drive dan Geotab Marketplace ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Geotab Inc. dan/atau sekutunya. Semua tanda dagangan lain ialah hak milik pemilik masing-masing.

 

Source: Geotab
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics