GUANGZHOU, China, 14 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Pengembangan perniagaan anda, terutamanya dalam arena antarabangsa masa kini yang kompleks, semuanya adalah tentang memanfaatkan peluang. Dengan menggunakan "skim i-Perkongsian" popular pada acara tersebut, peningkatan jumlah pembeli mantap di Pameran Canton kini memberi peluang kepada rakan dan rakan sekutu untuk berkongsi kejayaan mereka, selain memperoleh manfaat sambil mengambil bahagian.
Dengan melayari dan log masuk ke dalam laman web Pameran Canton dan mengakses platform BEST (Alat E-Khidmat Pembeli), para pembeli dapat menghantar jemputan ke acara tersebut kepada pihak lain yang berminat. Para pembeli tetap juga boleh mengedarkan tiket masuk eksklusif "i-Perkongsian", yang membolehkan para jemputan masuk secara percuma dan mendapat akses saluran hijau istimewa.
Sama ada mereka dijemput melalui platform BEST atau merupakan penerima bertuah yang mendapat tiket masuk yang eksklusif, para pembeli baharu akan menerima lencana kemasukan pertama mereka yang diproses secara percuma. Para jemputan platform BEST turut menerima kupon kopi.
Para pembeli tetap juga menerima ganjaran melalui skim "i-Perkongsian". Bagi mereka yang mengedarkan sejumlah 30 surat jemputan dalam tiga sesi berturut-turut (bermula dengan Pameran ke-114) boleh menebus satu Kupon Makanan & Minuman Pameran Canton (maksimum lima kupon yang boleh ditebus bagi setiap sesi). Bagi setiap 150 surat jemputan yang dihantar, para pembeli berpeluang mengunjungi ruang istirahat VIP Pameran Canton. Kesemua ganjaran boleh ditebus dengan kupon perdagangan yang dihasilkan oleh platform BEST.
Memandangkan Pameran Canton sedang mengadakan promosi melalui jerayawara di serata dunia, selain pelancaran kempen media sosial melalui Facebook, Twitter, Instagram serta YouTube, waktu ini adalah yang terbaik untuk para penjual terlibat sama.
Perusahaan yang telah mendapat manfaat daripada pendedahan antarabangsa Pameran Canton ialah Nantong Iron Master Sporting Industrial Co., Ltd. yang berpusat di Jiangsu, pengilang peralatan kecergasan terkemuka di China dengan jualan tahunan sebanyak AS$76 juta. Sebagai peserta Pameran yang tetap, jualan syarikat yang didorong oleh eksport telah menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 50 peratus pada tahun 2013 sahaja.
Pameran Canton benar-benar telah membantu Iron Master memasuki pasaran Amerika Selatan. "Baru-baru ini kami telah memeterai perjanjian di Brazil, Peru dan juga Venezuela," kata presiden syarikat Huang Chengbing. "Kini, semakin banyak perniagaan di Amerika Selatan menyertai Pameran ini. Ini merupakan waktu yang terbaik untuk mengambil peluang daripada segala yang ditawarkan di acara ini."
Pameran Canton dimulakan pada 15 Oktober dan mengalu-alukan kedatangan semua peserta.
Iron Master akan mengadakan pameran di Pameran Canton ke-116 tidak lama lagi di ruang 5.2A05-12, B13-20 (31 Oktober - 4 November).