omniture

Mara Ke Hadapan Bersama-sama Demi Pencapaian Lebih Tinggi|WEPACK ASEAN 2024 Berakhir Dengan Jayanya

RX (China) Investment Co., Ltd.
2024-11-26 01:26 2

SHANGHAI, 26 November 2024 /PRNewswire/ -- Memandangkan tahun 2024 hampir tiba ke penghujungnya, kami menyambut acara industri pembungkusan Malaysia yang gilang gemilang - WEPACK ASEAN 2024, yang telah berakhir dengan jayanya dalam suasana mendapat sanjungan, dicirikan oleh demonstrasi peralatan canggih dengan pujian yang meluas, kejayaan penandatanganan kontrak pesanan dalam pertukaran yang bersemangat dan satu siri acara menarik yang menggemparkan ramai hadirin.


Meneruskan tradisinya, pameran ini diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur, yang padat dengan 3,029 pengunjung perdagangan sepanjang ia berlangsung mulai 14 hingga 16 November.

Sebagai acara gala dalam industri pembungkusan Asia Tenggara, WEPACK ASEAN 2024 menempati kawasan pameran seluas 8,000 meter persegi dan menarik lebih 120 peserta pameran yang berkualiti dari Asia Tenggara dan seterusnya ke Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur, mempamerkan teknologi industri pembungkusan yang inovatif dan produk berita. Sekali lagi menyasarkan rantaian industri pembungkusan Asia Tenggara, ia memfokuskan untuk mewujudkan sebuah acara luar biasa yang menawarkan pelbagai jenis aktiviti seperti pameran, forum, acara pemadanan dan lawatan ke perusahaan terkenal serta menyediakan platform untuk pertukaran dan interaksi mendalam sesama pengamal dalam sektor pembungkusan Asia Tenggara.


Enam pameran bertema utama dengan pameran meliputi industri huluan dan hiliran

WEPACK ASEAN 2024 menampilkan enam pameran bertema di lapangan: Corrugated ASEAN, FoldingCarton ASEAN, Dprint ASEAN, Paper ASEAN, Packaging Containers Expo ASEAN dan Food Pack & Tech ASEAN. Antara kesemua ini, Packaging Containers Expo ASEAN dan Food Pack & Tech ASEAN, baru ditambah pada pameran tahun ini sebagai pelengkap rantaian industri pembungkusan hiliran (produk pembungkusan dan produk pembungkusan siap), menggerakkan penyertaan lebih ramai pembeli peralatan pengeluaran karton dan karton lipat, membawakan lebih banyak perusahaan pemilik jenama ke tapak pameran dan juga memudahkan komunikasi yang cekap antara perusahaan rangkaian industri di lapangan.

Persatuan luar negara dan pengilang utama hadir secara berkumpulan

WEPACK ASEAN 2024 mendapat sokongan padu daripada pelbagai persatuan khusus luar negara, seperti Persatuan Pengilang Karton Beralun Malaysia (MACCMA), Persatuan Percetakan Malaysia (MPA) dan Persatuan Pengilang Kotak Beralun (CBMA), yang berbondong-bondong ke pameran ini secara berkumpulan, bersama-sama dengan pengilang antarabangsa utama dari Malaysia dan negara-negara jiran.

o Asian Corrugated Cases Association (ACCA)

o Persatuan Pencetak Malaysia

o Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)

o Printing Industries Association of The Philippines (PPP)

o Corrugated Box Manufacturers Association, Singapura (CBMA)

o Persatuan Pengilang Karton Beralun Malaysia (MACCMA)

o Asosiasi Kotak Karton Gelombang Indonesia (AKKGI)

o Lanka Corrugated Carton Manufacturers Association (LCCMA)

o Hong Kong Corrugated Paper Manufacturers' Association Ltd (HKCPMA)

o Association Corrugated Converting Indonesia (ACCI)

o China Hefei Printing Association

o Chinese Taipei Corrugated Case Association (CTCCA)

o New Taipei City Carton Business Association

o Printpack Indonesia media group...



Reruai pameran di lapangan padat dengan nama-nama besar

Pameran pembungkusan berskala besar di Asia Tenggara, WEPACK ASEAN 2024, bersama-sama dengan enam pertunjukannya, menghimpunkan lebih 120 pembekal rantaian industri pembungkusan berkualiti, ANS Apollo, ECOSURE PULPMOLDING TECHNOLOGIES LIMITED, SANSIN PRIMA(M) SDN BHD, Valco Melton Malaysia SDN BHD, Inktone Packaging Solutions., CENTURY, OPS, CORRUGMA, BORREGAARD, ASIA NMA, VALCO, BONGDING, INKTONE, HAW LIIHY, Dongfang Precision, Wanlian Precision, KL Group, Shanghai Dinglong, Qingdao Kaituo, Bystar, Guangdong Toprint, Zhuhai Kaixin Technology, Guangdong Xiaohua Packaging, XT Pack, ZHEJIANG YONGHUI CORRUGATED ROLLER, Zhejiang Yongshun Machinery, LI SHENQ Machinery, Dongguan Runcai Intelligent Printing Equipment Co., Ltd., Guangzhou Kingtau Electromechanical Equipment, WUHAN CHUCAI Digital Technology, Guojin, Xintian, Ketai, IKE, BBIAO, Xiangxu, Meijia, Hongyuan, Qinshanmei, Worldwide, Zhongqian, Insley, Dayu, Huilong, Bofa, Rizhi, Hongbo, Heneng, Guanyu, Chenguang, ZHAOLI, Kunhou, Chumbro, Ipack, Tang Cheng Seiko, ANYPACK, Fengming, Yinzhi, Yinbao Guangya, Haida, JINGKE, Jinbing, Qianjin Baoluo, Ruichang, Dongbao, Haojie, Xunxu, Jialifu, Intco, Hongsheng, Yinengjie, Fengwei, Kemao, DAXIANG, Honghai, Lifei, Fuqi, Zeshengda, Huijie, Mingyi, Saw Paper King, Hade, Hangzhou Tingzheng Packing Material, THINKGO IOT, Hangzhou Hesheng Plastic Products, Kunshan Fanhong Surface Treatment, Wuxi Yinghong Laser dan Zhuhai Letong New Materials.



Tetamu VIP mengadakan lawatan untuk rundingan dan sumbangan bersama

Semasa pameran, eksekutif kanan daripada beberapa subsidiari Oji Group berkunjung ke tapak pameran untuk melawat dan meninjau teknologi serta produk baharu dan dalam masa yang sama terlibat dalam perbincangan kolaboratif bersama rakan industri.




Permintaan pemadanan menghasilkan beberapa penandatanganan kontrak pesanan

Selain daripada pelbagai reruai pembekal dan kawasan persidangan, penganjur pameran juga menyediakan kawasan pemadanan pembeli TAP di lapangan bagi menyediakan perkhidmatan pemadanan pembeli kepada pengunjung perdagangan yang hadir, serta kawasan detik gembira, ruang istirahat pengunjung dan ruang istirahat VIP untuk aktiviti dan rekreasi pengunjung di lapangan. Ramai pengunjung di tapak pameran dapat mengenal pasti dengan pantas pembekal yang memenuhi keperluan pembelian mereka melalui TAP, menurut pakar pemadanan TAP.



Persidangan dengan ramai hadirin meningkatkan impak pameran

Persidangan WEPACK ASEAN, dianjurkan secara bersama oleh MACCMA dan RX, dilancarkan secara rasmi di kawasan persidangan tapak pameran. Persidangan ini menghimpunkan pelbagai pihak seperti persatuan industri utama, perusahaan pencetakan warna karton, pakar industri dan pembekal peralatan dari 10 negara Asia dalam usaha untuk menganalisis perubahan dalam industri pembungkusan karton bersama rakan industri, mendapatkan pandangan tentang trend industri global dan menyampaikan tentang teknologi dan pencapaian industri yang terkini.


Pada sebelah malam 14 November, MACCMA, rakan kongsi penting WEPACK ASEAN, menganjurkan majlis makan malam ulang tahun ke-33 yang gilang gemilang, yang membawa masuk beberapa tetamu kehormat daripada industri pembungkusan Asia Tenggara, termasuk pemimpin kanan daripada RX dan pengerusi MACCMA.


WEPACK ASEAN 2024 berjaya menarik minat pakar industri pembungkusan dan cendekiawan dari seluruh Asia Tenggara dan seterusnya, menampilkan suasana perniagaan yang kukuh dan semangat inovasi. Di tengah-tengah interaksi dan perbincangan yang bersemangat dalam kalangan wakil perusahaan, pakar industri dan cendekiawan, WEPACK ASEAN 2024 melabuhkan tirai dengan sempurna!

Memandang ke hadapan, di WEPACK 2025 (8-10 April 2025, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai) dan WEPACK ASEAN 2025, kami berharap dapat bertemu anda sekali lagi untuk bersama-sama menyaksikan dan memacu kemakmuran industri pembungkusan.

Source: RX (China) Investment Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Paper/Forest Products/Containers Transportation Trade show news Supply Chain/Logistics