omniture

Data Empirikal Modul Hiper-ion Dikemas Kini: Perolehan Penjanaan Kuasa Kumulatif Bulanan Modul HJT di Arab Saudi Meningkat kepada 3.58%

Risen Energy Co., Ltd
2024-04-11 09:00 7

NINGBO, China, 11 April 2024 /PRNewswire/ -- Didorong oleh permintaan global yang semakin melonjak terhadap tenaga solar, tenaga sel PV berkembang maju dengan pesat. Teknologi PERC jenis-p tradisional sedang diatasi oleh teknologi sel jenis-n, dengan sel heterosimpang (HJT) jenis-n muncul sebagai pilihan yang paling menggalakkan. Mendapat manfaat daripada kajian selama lebih 40 tahun, reka bentuk dan bahan sel HJT terus bertambah baik, membawa kepada perolehan kecekapan dan keandalan yang signifikan. Sel HJT kini mencapai kecekapan penukaran melebihi 26%, lalu membolehkan modul HJT menyampaikan output kuasa melebihi 700Wp, mencapai sehingga 720Wp+.

Pelopor bagi penyelidikan, pembangunan dan pembuatan HJT jenis-n, Risen Energy memiliki sejarah inovasi yang panjang dalam bidang HJT. Sejak tahun 2018, syarikat ini mencapai beberapa kejayaan penting. Pada tahun 2019, mereka merupakan yang pertama melaksanakan teknologi MBB dalam HJT, mengurangkan penggunaan perak (sekitar 100mg) dan mengurangkan kos dengan ketara. Pada tahun 2022, Risen Energy memajukan lagi penawaran HJTnya dengan mempelopori penggunaan teknologi mikrohabluran dwimuka, teknologi busbar-sifar (0BB) dan bahan-bahan seperti wafer silikon amat nipis, pes rendah-perak dan filem potongan tinggi. Selepas ujian yang teliti, mereka melancarkan modul Hiper-ion HJT 700W+ berkuasa tinggi mereka ke pasaran.

Risen Energy komited terhadap ujian ketat dan pengesahan terhadap modul Hiper-ionnya. Modul ini telahpun lulus ujian 3xIEC pihak ketiga yang ketat dan ujian pematuhan standard IEC63209. Bagi memastikan lagi prestasi sebenar merentas pelbagai persekitaran global, Risen Energy menjalankan ujian penjanaan kuasa di lebih 20 negara dan wilayah. Susulan keluaran data ujian domestik, data prestasi empirikal untuk tiga bulan yang lalu daripada kemudahan ujian Arab Saudi kini tersedia.

Mulai Disember 2023 hingga Februari 2024, modul Hiper-ion HJT mencapai purata output kuasa harian 4.25Wh/W, mengatasi TOPCon sebanyak 2.82% dalam perolehan penjanaan kuasa. Walaupun dengan sinaran yang agak rendah iaitu 3.55 kW/m2, jumlah penjanaan kuasa bulanan bagi modul Hiper-ion mengatasi TOPCon sebanyak 3.58%, menonjolkan prestasi penjanaan kuasa yang unggul.

Saudi Arabia HJT Hyper-ion modules VS TOPCon modules Power
Saudi Arabia HJT Hyper-ion modules VS TOPCon modules Power

 

Monthly Power Generation-Saudi Arabia
Monthly Power Generation-Saudi Arabia

Dalam industri tenaga solar, inovasi amat penting untuk syarikat-syarikat kekal mendahului keluk. Risen Energy mengkhusus kepada penyelidikan dan pembangunan yang berterusan, berkolaborasi dengan rakan kongsi untuk memacu kemajuan dalam seluruh industri. Dengan menganalisis data rekod projek sebenar, kami membantu pengguna kami membuat pilihan termaklum mengenai panel solar berprestasi tinggi dan berkesan kos. Fokus ke atas kecekapan dan kestabilan ini menyokong penggunaan penyelesaian tenaga bersih yang lebih luas, lalu mempercepatkan peralihan global kepada masa depan yang lebih hijau.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities