BEIJING, 12 April 2024 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") berjaya menyelesaikan penggerudian telaga penerokaan geoterma paling dalam China, Telaga Fushen-1 di Hainan dengan kedalaman telaga 5,200 meter. Pencapaian ini mendedahkan mekanisme pembentukan dan pengayaan geoterma mendalam di China Selatan, kejayaan baharu dalam penerokaan batu kering panas dari segi wilayah demografi dan kedalaman adalah sangat penting untuk meningkatkan pembangunan dan penggunaan sumber geoterma berskala besar di China Selatan dan membantu pelarasan struktur tenaga.
Matlamat penggerudian Telaga Fushen-1 ialah granit bertarikh 250 juta tahun lalu. Sejak penerokaan dilancarkan dalam Ogos 2023, Sinopec mengguna pakai pelbagai teknologi inovatif yang dibangunkan secara bebas termasuk kombinasi antara penggerudian dwi-pacuan dan suntikan tekanan tinggi bagi mencapai had suhu batu kering panas yang ditetapkan oleh piawaian industri tenaga kebangsaan sekali gus mewujudkan teknologi pengesanan dan penilaian sumber geoterma mendalam yang penting.
Seterusnya, Sinopec akan menjalankan kajian yang meluas dan ujian lapangan di Telaga Fushen-1 bagi mewujudkan platform pertama yang mengintegrasikan penyelidikan, pendidikan dan eksperimentasi geoterma mendalam di China Selatan dan meneroka bagi merumus kaedah teori dan sistem teknikal yang terpakai untuk rantau ini dan membantu China mencapai matlamat "Dwi-Karbon".
Pembangunan dan aplikasi geoterma mendalam memiliki prospek yang cerah masa depan, sebagai sumber tenaga boleh baharu yang stabil, andal, hijau dan rendah karbon, ia mempunyai kelebihan rizab yang besar, pengedaran luas dan mesra alam. Menurut tinjauan geologi China, sumber geoterma batu kering panas dalam jarak 3 kilometer hingga 10,000 meter di bawah tanah di kawasan darat China bersamaan dengan 856 trilion tan arang batu standard dan sekiranya hanya 2 peratus daripadanya diekstrak, ia dapat mencapai 2,993 kali ganda penggunaan tenaga tahunan China pada tahun 2023.
Sinopec komited untuk menjadi perusahaan terkemuka China dalam pembangunan dan penggunaan tenaga geoterma. Ia telah mengumpul kapasiti pemanasan geoterma sebanyak hampir 100 juta meter persegi dengan beberapa projek pemanasan geoterma serantau berjuta-juta meter persegi yang telahpun dibina dan beroperasi.
Sinopec mengendalikan siri teknologi teras untuk mencapai penerokaan berkecekapan tinggi dan menjadi peneraju bagi menghasilkan lebih 50 peratus piawaian industri serta piawaian persatuan geoterma antarabangsa pertama China. Pada tahun 2023, Sinopec turut menganjurkan Kongres Geoterma Dunia ke-7 (WGC2023) di Beijing.