omniture

Meningkatkan Produktiviti dan Menarik Minat Pengguna Adalah Kunci Kejayaan bagi Peruncit Mudah Beli, seperti yang Dipamerkan oleh PDI Technologies di ekspo UNITI 2024

PDI Technologies
2024-04-12 10:36 17

Peneraju teknologi global kembali sebagai "Rakan Niaga Kerjasama" untuk pameran perdagangan petroleum dan pencucian kereta runcit Eropah 14-16 Mei 2024

FRANKFURT, Jerman, 12 April 2024 /PRNewswire/ -- PDI Technologies, peneraju global yang memberikan penyelesaian dan cerapan berkuasa yang berfungsi sebagai tulang belakang ekosistem runcit mudah beli dan petroleum secara borong, mengumumkan peranan yang dimainkan sebagai "Rakan Niaga Kerjasama" di ekspo UNITI 2024. Pemimpin dan penasihat PDI akan hadir di Ruang Pameran # 5B21 (Dewan 5) di UNITI dari 14-16 Mei 2024 di Stuttgart, Jerman.

"Penajaan acara seperti UNITI memberikan peluang kepada syarikat teknologi seperti PDI untuk melibatkan diri secara langsung dengan pelbagai peserta dari rantau berbeza," kata Dawn Desai, Naib Presiden Kanan & Pengurus Besar, Penyelesaian Antarabangsa, PDI Technologies. "Kami teruja untuk berhubung secara bersemuka, mempamerkan penyelesaian terkini kami dan bersama memacu masa depan berinovatif kemudahan global."

Peruncit mudah beli yang menghadiri UNITI boleh bertemu dengan PDI untuk membincangkan beberapa tema, termasuk:

  1. Meningkatkan produktiviti: Merungkai kecekapan, mengoptimumkan operasi dan meningkatkan keuntungan dengan automasi digital dan kecerdasan buatan (AI) yang membebaskan pekerja anda untuk memberikan pengalaman pelanggan terbaik. Penyelesaian perusahaan yang dipamerkan termasuk ibu pejabat dan pejabat pentadbiran, tempat jualan (pos), penetapan harga bahan api dan caj kenderaan elektrik (EV), logistik dan banyak lagi.
  2. Menarik minat pengguna: Terus ikuti pilihan pengguna dan tarik pembeli baharu dan berulang dengan platform yang mewujudkan peluang keterlibatan jangka panjang bermakna. Penyelesaian yang dipamerkan termasuk kesetiaan, program perundingan dan siap guna kelestarian, data bersepadu dan cerapan yang boleh diambil tindakan, serta banyak lagi.
  3. Menghubungkan ekosistem: Mengekalkan kualiti dan privasi data, bersama kesihatan sistem perniagaan, dengan teknologi perkongsian data bilik bersih, keselamatan siber, pengurusan rangkaian dan penyelesaian lain.

"Teknologi berinovatif memberikan peruncit kelebihan termaju pada hari ini dan membantu seluruh industri kami berkembang dan merealisasikan masa depan kental untuk perkara seterusnya pada peringkat serantau dan pada skala global," tambah David Anderson, Naib Presiden, Operasi Komersial, PDI Technologies. "Mengetahui jangkauan ekspo ini dalam menarik minat begitu ramai pemimpin di seluruh Eropah dan tempat lain, saya tidak sabar untuk sesi perangkaian dan perkongsian pengetahuan di ekspo UNITI pertama saya."

Anderson akan menjadi penceramah pilihan di UNITI semasa sesi Forum Antarabangsa "Rangka Tindakan Teknologi untuk Kejayaan: Bekerja Lebih Bijak, Menarik Minat Lebih Pantas (Work Smarter, Engage Faster)". Peserta digalakkan mengunjungi PDI di Ruang Pameran #5B21 (Dewan 5) semasa waktu ekspo. Peserta juga boleh mendapatkan mesyuarat dengan PDI terlebih dahulu melalui borang permintaan dalam talian.

Pelanggan, prospek PDI dan pemimpin industri lain yang mencari acara tambahan secara bersemuka dijemput menghadiri Acara Hubungan Bersama PDI Secara Langsung (PDI Connections Live), yang akan berlangsung dari 25 hingga 28 Ogos 2024, di Washington, DC, Amerika Syarikat. Kunjungi laman web PDI Technologies untuk mengetahui lebih lanjut tentang Acara Hubungan Bersama Secara Langsung (Connections Live).

Maklumat Tentang PDI Technologies
 Dengan 40 tahun pengalaman dalam meneraju industri, PDI Technologies, Inc. berada di persimpangan pertumbuhan produktiviti dan jualan, memberikan penyelesaian berkuasa yang berfungsi sebagai tulang belakang ekosistem runcit mudah beli dan petroleum secara borong. Melalui "Menghubungkan Kemudahan" di seluruh dunia, kami memperkasa perniagaan untuk meningkatkan produktiviti, membuat keputusan termaklum dan menarik minat pelanggan masing-masing dengan lebih cepat. Daripada operasi ERP dan logistik berskala besar kepada program kesetiaan dan keselamatan siber, kami memudahkan rantaian bekalan industri untuk apa sahaja yang akan datang. Pada hari ini, kami berkhidmat di lebih 200,000 lokasi di seluruh dunia dengan penyelesaian seperti program Fuel Rewards® dan GasBuddy ®, dua jenama popular yang mewakili lebih daripada 30 juta pengguna. Kunjungi laman web PDI Technologies.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:Pasukan
PR, pr@pditechnologies.com
(termasuk Dimitra Farou yang berada di tapak di Jerman dan di ekspo UNITI)

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1517102/PDI_color_Logo.jpg?p=medium600

Source: PDI Technologies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Trade show news Future Events