GUANGZHOU, China, 15 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Perusahaan terkemuka dari China dan seluruh dunia tidak lama lagi akan berhimpun di Guangzhou bersempena Pameran Canton ke-116, yang dijangka akan berlangsung pada 15 Oktober ini. Sejajar dengan suasana progresif acara tersebut, segmen pameran perdagangan paling berprestij di China ini akan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan ciri inovatif yang direka untuk membantu para pembeli dan para pempamer memulakan perniagaan baharu.
"Pameran ini akan menjadi lebih profesional berbanding sebelumnya, kerana disokong oleh usaha komprehensif bagi mempromosikan dan menaik taraf acara tersebut," ujar Wang Zhiping, Naib Pengerusi dan Ketua Setiausaha Pameran Canton.
Dengan ruang lantai seluas hampir 1.2 juta meter persegi, Pameran Canton ke-116 akan menempatkan 60,000 gerai pameran, dibahagikan kepada 51 bahagian pameran dan 16 kategori produk. Buat julung kalinya, pavilion kebangsaan dan antarabangsa akan diselang-seli di acara tersebut, dengan perkakas luar negara serta syarikat tekstil mengadakan pameran bersama dengan rakan sejawat dari China.
Pameran ke-116 ini juga akan menyaksikan kesinambungan Program Pertukaran Sumber Media (MREP) yang amat terkenal. Program ini berpotensi untuk menghubungkan 200,000 pembeli global dengan lebih 24,000 pembekal China serta pasaran China yang lebih luas. 21 organisasi perniagaan dan perdagangan dari seluruh dunia sudah pun terlibat sama, dengan 10 organisasi lagi yang menyatakan hasrat untuk turut serta.
Inisiatif promosi dan pemasaran telah meningkat secara signifikan untuk Pameran ini, memandangkan 30 kempen publisiti berasaskan video secara dalam talian telah menjangkau ke lebih dua kali jumlah negara berbanding sebelum ini. Kempen "i-Win" baharu membolehkan para pempamer jenama VIP bergabung dengan Pameran Canton bagi menghantar jemputan khas kepada rakan kongsi perniagaan asing, manakala para pembeli yang dijemput melalui "i-Win" pula akan menikmati pendaftaran yang pantas, selain bantuan daripada pihak penganjur bagi memudahkan pengenalan perdagangan. Bagi meneruskan kerjasama dengan China Southern Airlines, para pembeli yang mengambil penerbangan antara New York dan Guangzhou akan ditawarkan diskaun tambang.
Pameran Canton juga memperluas pengaruhnya pada rangkaian sosial termasuk Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube. Pada halamannya di Facebook yang dilancarkan dan disahkan secara rasmi baru-baru ini (www.Facebook.com/CantonFairOnline), para pengunjung akan mendapat maklumat tentang notis acara perdagangan terkini, petua dan arah aliran perindustrian bagi perjalanan perniagaan dan juga fakta hiburan tempatan. Terdapat pelbagai kempen pembeli, seperti "ARNB" yang bermurah hati menawarkan ganjaran wang 100USD bagi pendaftaran kali pertama dari Amerika Syarikat.
"Dengan kesemua langkah ini, saya yakin para peserta Pameran serta pihak penganjur akan bersama-sama memperoleh masa depan yang cerah," kata Wang Zhiping. "Kami amat mengalu-alukan semua yang terlibat."
Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp