VELBERT, Jerman, 15 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Huf North America Automotive Parts Manufacturing, Corp., ahli Huf Group, telah memulakan operasi kemudahan mengecat baharunya di Greeneville, Tennessee (A.S.). Kilang sedia ada telah dibesarkan dengan tambahan 5,300 meter persegi. Bagi tujuan pengoptimuman proses, ia akan menempatkan kemudahan aplikasi cat automatik, selain pengacuan suntikan plastik.
Kilang baharu ini mempunyai kapasiti untuk menghasilkan sekitar 12.5 juta pemegang pintu setiap tahun. Dengan lima lokasi mengecat sedia adanya di Eropah dan China, Huf telah menjadi salah satu penyedia paling penting bagi pemegang pintu bercat. Di China, setiap kenderaan keempat yang dihasilkan akan disertakan dengan pemegang pintu Huf. Kilang mengecat baharu – yang turut menyediakan pengacuan suntikan plastik, tempat peleburan bertekanan, pengeluaran elektronik dan juga pemasangan – bermakna kepelbagaian penghasilan khusus Huf di benua Amerika kini adalah bersamaan dengan yang terdapat di Eropah dan Asia. "Bagi tempoh kira-kira 75 tahun, kami telah menghasilkan pemegang pintu untuk industri automotif, dan pada pertengahan tahun 1980-an, kami merupakan antara syarikat pertama yang menyediakan pemegang pintu plastik yang dicat – pada ketika itu untuk Opel. Sejak itu kami terus memperluas pengetahuan kami dalam teknologi ini, dan pada hari ini di Tennessee, kami telah memulakan operasi salah satu kilang paling moden," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ulrich Hulsbeck.
Melalui operasi kilang baharu ini, Huf Group mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 72.5 juta pemegang pintu seluruh dunia setiap tahun untuk para pelanggannya dalam industri automotif. "Kami menghasilkan pemegang pintu untuk kenderaan daripada semua pengeluar terkemuka, termasuklah jenama seperti Rolls Royce, Mercedes dan BMW, serta pelbagai kenderaan daripada Ford, VW, Chrysler/ Fiat, GM, selain Hyundai dan juga Kia." Kilang mengecat seterusnya sedang dibina di Pune, India, bagi tujuan pembekalan untuk para pengeluar automotif di sana. Bermula pada tahun 2015, Huf merancang untuk mengecat sekitar 3.5 juta pemegang pintu di sana.
Latar Belakang Huf Hulsbeck & Furst
Huf Hulsbeck & Furst membangunkan dan menghasilkan sistem penguncian mekanikal dan elektronik, sistem pemegang pintu, sistem kebenaran pemandu, sistem kemasukan pasif dan juga sistem kebenaran akses kereta, selain sistem untuk pintu but serta pintu belakang, sistem pemantauan tekanan tayar serta sistem telematik.
Huf telah ditubuhkan pada tahun 1908 di Velbert, Jerman, dan telah mula membekalkan kunci dan sistem penguncian untuk Mercedes-Benz pada tahun 1920. Kini Huf mempunyai kira-kira 7,000 pekerja di serata dunia, dengan beberapa lokasi di 14 negara. Lebih 400 jurutera pembangunan bertugas di beberapa pejabat di Jerman, A.S., Korea, Romania, India serta China. Pada tahun 2013, Huf Group beroleh pendapatan sebanyak 1.1 bilion euro.
- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency http://www.presseportal.de/pm/76226 -
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi:
Huf Hulsbeck & Furst GmbH & Co. KG
Steeger Straße 17 • 42551 Velbert / Jerman
Ute J. Hoppe, Pengarah Komunikasi Korporat
Tel. +49-(0)2051/ 272-572
E-mel: ute.hoppe@huf-group.com
http://www.huf-group.com
SUMBER Huf Huelsbeck & Fuerst