- Huawei Menganjurkan Forum Awan Terbuka NFV di Pusat Pengalaman Penyepaduan & Inovasi Penyelesaian Eropah
DUSSELDORF, Jerman, 15 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini telah menganjurkan Forum Awan Terbuka Pemayaan Fungsi Rangkaian (NFV) di Pusat Inovasi dan Pengalaman Eropahnya di Dusseldorf, Jerman. Semasa acara itu, Huawei menegaskan kepentingan membina ekosistem berdasarkan platform awan terbuka, komponen teras rangkaian telekomunikasi masa hadapan. Syarikat itu akan kekal ditumpukan pada pemudahan evolusi seni bina rangkaian dengan peningkatan berterusan Sistem Pengendalian Awan FusionSphere berasaskan OpenStack miliknya. Wakil daripada Komuniti OpenStack, organisasi piawai ETSI ISG NFV, pengendali telekomunikasi serta rakan kongsi industri turut hadir semasa acara sehari itu.
En. Wang Shengqing, Presiden, Pemasaran Global dan Jualan Penyelesaian Huawei berkata, "Pemayaan rangkaian berdasarkan teknologi NFV merupakan salah satu strategi teras seni bina rangkaian masa hadapan SoftCOM Huawei. Huawei akan terus membantu pembawa memaksimumkan faedah dan nilai yang dibawakan oleh teknologi dan konsep seperti Rangkaian Tentuan Perisian, NFV, pengkomputeran awan dan juga pengendalian berinternet, lalu mewujudkan peluang nilai baharu penumpuan ICT melalui kerjasama rapat."
Huawei membangunkan Sistem Pengendalian Awan FusionSphere berdasarkan piawai OpenStack, bertujuan untuk mencipta platform terbuka dan terpiawai untuk evolusi rangkaian dan inovasi NFV. Dengan kemampuannya untuk menangani keperluan rangkaian yang mendesak untuk prestasi tinggi bagi pembawa dan syarikat, sistem ini sangat andal, mudah diurus dan juga sangat selamat, lalu membolehkan pusat data yang sedia untuk penumpuan ICT masa hadapan diwujudkan. Sejak pelancarannya pada tahun 2013, FusionSphere telah diluluskan secara komersil oleh pembawa terkemuka seperti Vodafone dan Telefonica.
"OpenStack ialah pilihan jelas untuk pembawa utama bagi pemayaan rangkaian telekomunikasi mereka," menurut Michael Howard, Pengasas Bersama dan Juruanalisis Utama Infonetics Research. "Sistem Pengendalian Awan FusionSphere Huawei telah membuktikan prestasinya melalui pengaturan penggunaan dengan penyedia perkhidmatan awan dan penyedia telekomunikasi utama. Kami menjangka FusionSphere akan terus memainkan peranan penting dalam evolusi ICT industri telekomunikasi."
Sebagai penyelesaian teras Huawei untuk memudahkan pembentukan rangkaian terbuka NFV, FusionSphere menyediakan pelbagai ciri bagi memastikan keterbukaan rangkaian masa hadapan. Satu penyelesaian penting yang dibolehkan FusionSphere ialah SD-DC2 yang berpaksikan masa hadapan, penyelesaian pusat data awan teragih yang dipacu perniagaan Huawei, yang membolehkan penjadualan sumber berpusat dan peruntukan perkhidmatan awan bersatu dengan menyepadukan berbilang pusat data daripada pelbagai vendor dan penyedia perkhidmatan menjadi pusat sumber tunggal melalui Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) piawai. Ia juga memenuhi keperluan pembawa dan perniagaan untuk pusat sumber berskala besar, pengurusan lentur serta keterbukaan.
Tambahan lagi, rangkaian masa hadapan berdasarkan FusionSphere Huawei akan mampu menyokong peranti dan produk pihak ketiga merentasi perkakas dan aplikasi. Dengan ini, Huawei akan terus bekerjasama dengan pembawa utama, vendor telekomunikasi, vendor IT serta syarikat Melebihi Keperluan (OTT) bagi menggalakkan inovasi NFV dan pengenalpastian amalan terbaik. Memanfaatkan kekuatan industri secara keseluruhan, Huawei sedang memecut pembangunan teknologi NFV mereka dan pembentukan rangkaian terbuka NFV yang terbuka sepenuhnya.
Sehingga kini, Huawei telah menjalankan lebih 60 projek inovasi bersama NFV dan Rangkaian Tentuan Perisian (SDN) dengan lebih 20 pembawa telekomunikasi, termasuk Telefonica, Vodafone serta China Telecom. Huawei juga mencapai beberapa pengaturan penggunaan komersil yang berjaya pada tahun 2014, termasuk projek awan Wo berasaskan SDN dengan kerjasama China Unicom, dan juga projek bersama vIMS berasaskan NFV dengan pengendali terkemuka Eropah.
Huawei komited untuk memudahkan pemiawaian NFV. Huawei bertindak sebagai presiden bersama Kumpulan Seni Bina Asas ETSI ISG NFV, dan terlibat dalam pembangunan kesemua sembilan aplikasi NFV di ETSI ISG NFV, empat daripadanya diterajui Huawei.
Latar Belakang Huawei
Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global utama dengan wawasan untuk memperkaya kehidupan melalui komunikasi. Dipacu oleh inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei telah membentuk portfolio penyelesaian ICT hujung ke hujung yang memberi pelanggan kami kelebihan daya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan syarikat, peranti serta pengkomputeran awan. 150,000 kakitangan Huawei seluruh dunia komited untuk mencipta nilai maksimum bagi pengendali telekomunikasi, syarikat dan juga pengguna. Penyelesaian ICT, produk serta perkhidmatan kami yang inovatif telah digunakan di lebih 170 negara dan rantau, sebagai perkhidmatan kepada lebih satu pertiga populasi dunia. Setelah ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei merupakan syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangan mereka.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Huawei dalam talian: www.huawei.com atau ikuti kami melalui:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei