GUANGZHOU, China, 17 April 2024 /PRNewswire/ -- Pada 12 April, GAC TECH DAY 2024 menjadi tumpuan utama di GAC Research Institute di Guangzhou, China, di bawah tema "Melihat Dunia dengan Penglihatan Baharu" ("See the World with New Vision"). Persidangan ini dihadiri oleh kira-kira 260 outlet media asing dan tempatan serta tetamu yang disegani termasuk pemimpin-pemimpin Wilayah Guangdong dan Bandar Guangzhou yang berkenaan, Zeng Qinghong, Pengerusi GAC Group serta Feng Xingya, Presiden GAC Group.
Pada hari tersebut, GAC, pelopor bagi kemajuan automotif, mendedahkan beberapa teknologi rintis yang bersedia untuk merevolusikan pengalaman pemanduan.
Pertama, Sistem Pemanduan Pintar Garcia, penyelesaian pemanduan pintar berasaskan penglihatan semata-mata tanpa peta perintis, menjanjikan pengalaman pemanduan yang lancar dan imersif. Tidak seperti sistem tradisional yang bergantung kepada peta berkejituan tinggi dan LiDAR, Garcia memanfaatkan sensor visual dan algoritma AI untuk melihat dunia dengan kejituan seperti manusia. Dengan tiga keupayaan utama dalam pengecaman visual, Garcia menawarkan ketepatan dan keandalan yang tiada tandingan dalam senario lalu lintas yang kompleks.
GAC turut mengumumkan penemuan penting dalam teknologi bateri kuasa keadaan-pepejal-sepenuhnya, menetapkan standard baharu untuk ketumpatan, keselamatan dan kapasiti tenaga. Bateri yang inovatif ini menjanjikan jarak lanjutan melebihi 1000km dan peningkatan keselamatan di bawah keadaan ekstrem.
Kedua-dua inovasi dijadualkan untuk pengeluaran besar-besaran dan penggunaan menjelang tahun 2026.
Selain daripada penemuan teknologi, GAC mempamerkan pelbagai teknologi canggih dan produk berpusatkan pengguna termasuk sistem ampaian elektromagnet, casis papan selaju dan GOVE, penyelesaian mobiliti eVTOL pertama syarikat ini yang telahpun menyempurnakan penerbangan sulungnya Mac ini.
Segmen kenderaan komersial ringan pintar iGLCA baharu daripada GAC—MIRACO Motor—turut membuat penampilan sulung rasminya di GAC TECH DAY 2024 menerusi pelancaran model unggulan "MiraLounge". Direka bentuk terutamanya untuk perkhidmatan pengangkutan penumpang, kenderaan ini membolehkan pengasingan kabin dan ruang pemanduan bagi mencapai derivasi berbilang model melalui teknologi "MiraBoard 2.0". Kenderaan ini menyokong pemanduan pintar tahap L2 hingga L4 dan dijadualkan memasuki pasaran dalam suku keempat tahun 2024.
Acara berkenaan turut menandakan pelancaran E9 Edisi Welfare, PHEV MPV mewah GAC. Versi baharu kenderaan 7 tempat duduk ini dapat memenuhi keperluan pengguna yang menghadapi cabaran mobiliti dengan kerusi elektrik boleh tanggalnya yang unik.
Usaha mengejar inovasi tanpa henti oleh GAC menekankan visinya untuk membentuk semula landskap automotif dan memacu pertumbuhan mampan. Dengan fokus kepada pembangunan berpacukan teknologi, GAC bermatlamat untuk terus menerobos sempadan kecemerlangan automotif, seterusnya menetapkan penanda aras baharu untuk industri ini.