omniture

Moving More: SANY Bersedia Pamer Produk Hijau dan Terkininya di INTERMAT 2024

SANY Group
2024-04-17 19:17 73

CHANGSHA, China, 17 April 2024 /PRNewswire/ -- SANY Group ("SANY") sedang bersiap sedia untuk mengadakan pameran di Pameran Perdagangan INTERMAT 2024 di Paris mulai 24 hingga 27 April 2024 di reruai Ext 5 C 044. Reruai ini, berukuran seluas 2,728 m2 yang mengagumkan, akan mempamerkan 34 mesin canggih yang mencakupi mesin pengorek, jentera konkrit, jentera jalan raya, jentera pelabuhan dan beberapa bahagian hidraulik.

SANY Set to Showcase its Green and Latest Products at INTERMAT 2024
SANY Set to Showcase its Green and Latest Products at INTERMAT 2024

Para hadirin boleh mengharapkan untuk menyaksikan kelompok peralatan serba baharu, merangkumi mesin pengorek mini, mesin pengorek beroda tersuai Eropah, mesin cerucuk, penyusun capai, telepengendali, trak pencampur dan mesin jalan raya. Khususnya, agar selaras dengan tema utama acara pada tahun ini – "rendah-karbon", SANY akan membawakan 6 mesin elektrik-tulen ke pameran ini, termasuk dua forklift SCP35C6, sebuah mesin cerucuk SCM500E-10, sebuah penyusun capai SRSC45E5, sebuah trak pencampur SY408C-8FRBEV dan sebuah mesin pengorek mini SY19E, menekankan dedikasi syarikat kepada tanggungjawab terhadap alam sekitar dan mengurangkan emisi karbon dalam industri pembinaan.

Tambahan pula, pengunjung ke reruai SANY akan berpeluang untuk mengalami inisiatif pembuatan pintar dan pendigitalan syarikat melalui persembahan imersif pada skrin digital. Skrin ini akan berkongsi pemandangan sebenar kilang-kilang rumah api SANY di Changsha--No. 18 Factory, platform IIoT, indeks mesin pengorek dan pengkomputeran masa nyata untuk pengurusan dwi karbon.

Di samping itu, SANY akan mempersembahkan pertunjukan mesin pengorek, menggabungkan daya tarikan tangkas jentera berat dengan sentuhan romantis Perancis untuk semua pengunjung. Di Kelab Memandu, hadirin akan berpeluang untuk "mengalami" sendiri peralatan SANY melalui permainan "Construction Simulator 3".

"Dengan fokus kepada strategi kami iaitu "Globalisasi, Pendigitalan dan Penyahkarbonan," misi kami sentiasa jelas: untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan dengan keandalan tinggi kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Namun begitu, kami juga menyumbang kepada usaha global untuk memerangi perubahan iklim," ujar Xiang Wenbo, Pengerusi Bergilir SANY Group. "SANY sedang menggalakkan ciri pembangunan hijau dan mampan dalam semua aspek dengam membina rantaian pengeluaran hijau berdasarkan kepada pengurangan karbon dalam sumber, proses dan juga terminal. Ketika ini, SANY memiliki produk elektrik dalam hampir kesemua portfolio produk kami dan kami berharap dapat membawakan lebih banyak produk elektrik ke pasaran Eropah."

Menerusi tema "Moving more" ("Menggerakkan lebih banyak"), SANY sentiasa berada di barisan hadapan tatkala industri ini beralih ke arah masa depan yang lebih hijau. Nantikan perkembangan terkini secara langsung dan liputan eksklusif ketika SANY memaparkan visinya untuk masa depan yang lestari dan lebih hijau di INTERMAT 2024.

Source: SANY Group
Keywords: Construction/Building Electrical Utilities Environmental Products & Services Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Utilities Trade show news Future Events General Manufacturing