omniture

Menerajui Jalan: Pencapaian Kemampanan Global LiuGong pada 2024 dan Selanjutnya

LiuGong
2025-01-02 22:11 1

LIUZHOU, China, 2 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Bermula dengan amalan perintis hinggalah kepada kolaborasi yang memberi impak, LiuGong (000528.SZ) tekal memperlihatkan dedikasinya untuk masa depan lestari. Baru-baru ini, LiuGong menyambut ulang tahun pertama Green Alliance yang menyaksikan satu tahun usaha kemampanan yang penting dan mengesahkan sekali lagi komitmennya terhadap pembangunan mampan yang berterusan.


LiuGong’s Global Sustainability Milestones in 2024.

Memajukan Kemampanan dengan Green Alliance

Pada penghujung tahun 2023, LiuGong mengambil langkah penting ke arah kemampanan dengan membentuk Green Alliance melalui kolaborasi bersama pelanggan utama, pengedar dan beberapa pertubuhan bukan untung. Inisiatif ini bertujuan untuk memperuntukkan sebahagian daripada hasil jualan tahunan produk elektrik LiuGong kepada projek kebajikan di Afrika, lalu memperkukuh komitmennya terhadap tanggungjawab sosial.

Dalam Mei 2024, Green Alliance mencapai kejayaan dengan pelancaran projek amal telaga air di Afrika Selatan. Projek ini memperkenalkan jentera penggali elektrik pertama Afrika. Menjelang bulan Ogos, LiuGong menyelesaikan fasa pertama projek ini di Mabeskraal, Afrika Selatan. Telaga sedalam 150 meter yang dilengkapi dengan pam berkuasa solar kini menyediakan air bersih kepada lebih 25,000 isi rumah.

Selain daripada Green Alliance, komitmen LiuGong terhadap kemampanan jelas terbukti menerusi usahanya dalam aspek-aspek lain.

Mempelopori Pembuatan Pintar Hijau dengan Inisiatif Elektrifikasi

LiuGong memajukan penyelidikan dan pembangunan teknologi peralatan elektrik serta elektrifikasi produk. Sebuah institut penyelidikan khusus yang memberikan sokongan teknikal dan menggalakkan industrialisasi komponen, bagi membina sebuah ekosistem perindustrian. Setakat ini, barisan produk elektrik LiuGong merangkumi 11 kategori dengan pilihan kuasa yang pelbagai bagi memupuk ekosistem hijau. Dengan lebih 6,500 unit terjual di seluruh dunia, ia mengurangkan emisi karbon sebanyak 330,000 tan, bersamaan dengan menanam lebih 18 juta batang pokok. Sepanjang tahun 2023, LiuGong memperjuangkan elektrifikasi global, dengan lebih 10% daripada jualan antarabangsa bulanannya ialah produk elektrik, lalu mengurangkan dengan ketara jejak karbon dan memberi inspirasi kepada pelaburan terhadap masa depan lestari.

Syarikat ini turut menggiatkan pembangunan bebas bagi komponen utama, dengan fasa pertama kilang pek bateri telahpun siap dan pelbagai kemudahan pengisian semula tenaga dilancarkan. Pencapaian penting dalam teknologi pintar termasuk penggunaan jentera angkut dan penggelek autonomi di lombong dan lebuh raya, mencapai penjadualan dan pengurusan yang tepat, mengurangkan kos dengan berkesan serta meningkatkan kecekapan.

Meningkatkan Pengurusan Alam Sekitar dengan Tindakan Proaktif

LiuGong menyasarkan pencemaran sifar dan kitar semula sumber yang maksimum. Pada tahun 2023, syarikat ini melabur sebanyak 41.61 juta yuan dalam mengurus kitaran hayat produk, memfokuskan pada pengabadian tenaga dan pengurangan emisi. Pelepasan air sisa dan ekzos memenuhi piawaian pematuhan dan sisa berbahaya diurus dengan berkesan, tanpa sebarang insiden pencemaran dilaporkan.

Sepanjang tahun, 27 projek menyasarkan VOC, asap kimpalan dan banyak lagi, mengurangkan emisi dan pencemaran. Penggunaan tenaga dioptimumkan melalui inisiatif dasar dan fotovolta, dengan kuasa solar tempatan dijangka menjana 52 juta kWj setiap tahun, lalu mengurangkan emisi. Latihan pekerja dan advokasi budaya hijau menyokong selanjutnya LiuGong yang mesra alam.

Membina Rantaian Bekalan Hijau dengan Kolaborasi Strategik

LiuGong bermatlamat untuk mewujudkan sistem yang cekap melalui pelbagai inisiatif. Pemerolehan hijau menjadi tumpuan utama, menyepadukan amalan mesra alam daripada analisis permintaan kepada penerimaan produk, seperti mengutamakan produk dan perkhidmatan cekap tenaga, menggantikan pembungkusan kayu dan kadbod dengan alat boleh guna semula dan banyak lagi.

Pengurusan pembekal adalah mantap, menerusi audit dan penilaian dalam aspek kewangan, kapasiti, kualiti dan ESG, seterusnya memupuk kerjasama dalam tempoh jangka panjang. Pendigitalan melalui platform SRM menjimatkan 4.3 tan kertas setiap tahun. Platform awan kolaboratif memudahkan interaksi masa nyata dengan lebih 1,500 pembekal, lalu meningkatkan kecekapan rantaian industri serta memajukan rantaian bekalan LiuGong.

Dalam tahun yang akan datang, LiuGong bersedia untuk mengekalkan komitmennya yang berterusan untuk mengintegrasikan kemampanan ke dalam amalan perniagaannya. Sementara itu, Green Alliance akan memajukan misinya dengan membina telaga air kedua di Gambia, seterusnya memperkukuh dedikasinya terhadap kemampanan global.

Jenama dan Pemasaran Global LiuGong, overseas.marketing@liugong.com; Tiffany, zhangtianyi@liugong.com

 

LiuGong’s Global Sustainability Milestones in 2024.
LiuGong’s Global Sustainability Milestones in 2024.

Source: LiuGong
Related Stocks:
Shenzhen:000528
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Utilities Corporate Social Responsibility General Manufacturing Cision Influencer List - ESG