omniture

Dr. Rongxiang Xu, Pemilik Paten Penumbuhan Semula Organ Rosak, Keutamaan Tinggi yang Disebut dalam Ucapan State of The Union 2013, Mengumumkan Rancangan "Menghasilkan 10,000 Manusia Tumbuh Semula"

Dr. Rongxiang Xu
2014-10-17 10:46 131

LOS ANGELES, 17 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Dr. Rongxiang Xu, pemilik Paten sains hayat tumbuh semula yang dinyatakan dalam Dasar Negara AS sebagai "Menumbuhkan Semula Organ Rosak", sedang menawarkan kaedah amalan pemakanan bahan tumbuh semula beliau bagi mengaktifkan fungsi hidup tumbuh semula PRC (sel tumbuh semula berpotensi) kepada 10,000 pesakit seluruh dunia yang menghidap penyakit seperti gastritis atrofi kronik dalam saluran gastrousus yang berusia, penyakit jantung koronari yang memberi petunjuk rawatan pembedahan, ataupun barah paru-baru peringkat akhir. Sains beliau yang terbukti menyebabkan pembaikan semula tumbuh semula penyakit organ refraktori yang gagal dirawat oleh perubatan farmaseutikal serta menjana semula proses balik muda dan pembaikan semula organ yang menua sebelum masanya melalui terapi PRC dilindungi paten selama lima tahun selepas pelaksanaan amalan pemakanan bahan tumbuh semula beliau yang terkemuka seluruh dunia.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141015/152414

Penemuan saintifik Dr. Xu yang menyeluruh telah menunjukkan pemulihan semula organ yang menghidap penyakit diketahui ramai yang tidak dapat disembuhkan dan keputusan sebenar pemulihan semula organ yang menua kepada keadaan yang lebih muda dan sihat. Dengan memulakan pelan 10,000 Manusia Tumbuh Semula, Dr. Xu mahu orang ramai seluruh dunia menyaksikan keseluruhan proses kelahiran Manusia Tumbuh Semula dan manfaat sains hayat tumbuh semula PRC yang diterbitkan daripada keputusan penyelidikan aplikasi klinikal beliau yang membuktikan sel PRC yang sedia wujud dalam tisu hidup kecederaan luka terbakar yang dalam telah diaktifkan dan ditukarkan di dalam tubuh menjadi sel stem pluripoten kulit K-19, diikuti oleh pertumbuhan semula dalam tubuh untuk organ kulit baharu yang mematuhi prosedur pembentukan kulit normal. Sains hayat tumbuh semula PRC milik Dr. Xu ialah sistem sains hayat baharu, yang hak patennya telah dimohon pada tahun 2001 dan telah diberikan hak paten di beberapa negara termasuk AS dan banyak lagi di seluruh dunia.

Dr. Rongxiang Xu kini mengaplikasikan kaedah saintifik beliau untuk menumbuhkan semula organ kulit dengan PRC dalam tubuh kepada kajian tentang penumbuhan semula dalam tubuh untuk pelbagai organ manusia lain, yang telah menunjukkan PRC dalam pelbagai organ manusia boleh menggunakan fungsi penumbuhan semula dalam tubuh untuk menumbuh semula sel baharu bagi menggantikan sel yang menua sebelum masanya secara automatik, sel yang tidak berfungsi akibat kecederaan, malah sel yang bermutasi atau kematian sel yang tidak normal akibat ketiadaan perangsang, lalu berjaya menghasilkan pembaikan pulih tumbuh semula organ yang rosak dan proses balik muda tumbuh semula organ yang mengalami penuaan pramatang.

Tambahan lagi, proses beliau telah membuktikan amalan pemakanan bahan tumbuh semula untuk mengaktifkan fungsi hidup tumbuh semula PRC bagi pesakit barah peringkat akhir boleh mengembalikan kesihatan mereka dan pemulihan yang menyokong keseluruhan hidup mereka melalui hayat tumbuh semula mereka sendiri, lalu menawarkan usia yang semakin panjang. Pelan Dr. Rongxiang Xu untuk membantu 10,000 pesakit menjadi Manusia Tumbuh Semula dibuat berdasarkan keputusan eksperimen beliau yang menunjukkan tikus jantan kekal semakin muda dan mengekalkan keadaan yang lebih muda dan sihat, lalu menghasilkan jangka hayat yang berganda selepas permulaan hidup tumbuh semula PRC. Lebih-lebih lagi, hasil eksperimen awal Manusia Tumbuh Semula telah menunjukkan 208 sukarelawan yang telah melaksanakan amalan pemakanan tumbuh semula selama 5 tahun juga telah menunjukkan kesihatan yang semakin baik dan jangka hayat yang semakin panjang.

Matlamat Dr. Xu adalah untuk mengulang semula aplikasi klinikal beliau bagi 10,000 pesakit untuk membantu orang ramai tahu dengan cepat yang mereka mempunyai potensi untuk kehidupan yang boleh tumbuh semula dan mereka boleh menikmati kehidupan tumbuh semula mereka sendiri dengan serta-merta melalui amalan pemakanan bahan tumbuh semula yang memberikan mereka kemampuan untuk menjalani hidup yang lebih sihat dan panjang. PRC sudah ada dalam tubuh manusia sejak lahir, yang diterbitkan daripada mekanisme pembangunan sel stem pluripoten dalam proses keseluruhan pembentukan tubuh manusia daripada peringkat embrio, serta daripada proses penumbuhan semula organ dan tisu selepas kelahiran. PRC wujud dalam tubuh semua orang, jadi semua orang mempunyai mekanisme tumbuh semula ini. Selagi makanan dengan khasiat tumbuh semula dimakan dalam spektrum khasiat penuhnya, tubuh manusia mampu mengaktifkan dan mengkultur PRC lalu membenarkan tubuh manusia mencipta hidup tumbuh semula yang membolehkan pembaikan semula dan pembaharuan semula tumbuh semula organ dan tisunya sendiri dalam tubuh itu sendiri.

Ini merupakan teras saintifik paten ciptaan Dr. Rongxiang Xu. Bagi ciptaan ini, Dr. Rongxiang Xu telah dianugerahkan hadiah GOLDEN BIATEC pada tahun 2013, yang telah dianugerahkan kepada pemenang terdahulu seperti bekas Presiden George W. Bush, Presiden Vladimir Putin serta bekas Presiden Perancis Jacques Chirac. Sebahagian daripada ciptaan itu, "menjana semula organ rosak" telah disebut dalam Ucapan State of the Union Presiden Obama pada tahun 2013 semasa beliau berucap tentang masa hadapan dasar negara AS tentang pembangunan sains hayat.

Dalam temu bual terkini oleh pelbagai media utama, Dr. Rongxiang Xu menjelaskan istilah baharu inisiatif beliau yang dinamakan "Manusia Tumbuh Semula" dan kepentingan revolusi bersejarah ini bagi dunia kehidupan tumbuh semula manusia. Dr. Xu telah mengatakan sains hayat tumbuh semula manusia diterbitkan daripada mekanisme tumbuh semula PRC yang sudah sedia ada dalam tubuh manusia yang ditemui dan diaktifkan oleh beliau. Apabila sudah diaktifkan, PRC secara automatiknya boleh melakukan pelbagai fungsi tumbuh semula dan balik muda fisiologi bagi memulihkan semula tubuh manusia menjadi muda semula, daripada segi keadaan patologi dan fisiologi semasa seperti kecederaan organ, penuaan, penyakit serta tumor.

Apabila tubuh melalui mekanisme pemulihan semula kendiri dan pengaktifan PRC pada masa yang diperlukan, mereka akan memecahkan had fisiologi asal serta jangka hayat dan akan maju secara automatik bagi mencipta "Manusia Tumbuh Semula" dengan fungsi penumbuhan semula kendiri dan balik muda. Mulai saat ini, di samping pelaksanaan pelan Dr. Xu untuk membantu 10,000 orang di seluruh dunia, Manusia Tumbuh Semula akan muncul di setiap sudut dunia bagi membentuk kumpulan peneraju generasi pertama "Manusia Tumbuh Semula" dan memperkenalkan dunia yang serba baharu kepada bangsa manusia.

Berikut merupakan sedutan daripada temu bual soal jawab yang dijalankan Dr. Xu tentang konsep teras sains baharu itu, yang diterbitkan sebagai rencana muka hadapan Scientific Chinese (isu September 2014).

Artikel penuh boleh dibaca: artikel penuh

Wartawan: Kami mendapati yang ada banyak konsep baharu dalam Sains Pemulihan Semula Tumbuh Semula Tubuh Manusia (HBRRS), seperti Manusia Tumbuh Semula, manusia primer, proses balik muda tumbuh semula, dan lain-lain lagi. Konsep ini masih tidak diketahui orang ramai, sila jelaskan maksudnya secara ringkas.

Rongxiang Xu: Sains hayat tumbuh semula manusia (juga dikenali sebagai HBRRS) ialah sains hayat yang serba baharu. Ia melibatkan banyak konsep asas, dan untuk membantu orang ramai memahaminya, kita akan terangkan secara ringkas beberapa konsep teras asas. "Hayat primer" yang disebut dalam sains ini merujuk kepada hayat yang dicipta oleh sel daripada pembentukan organ manusia; sementara istilah "hayat tumbuh semula" merujuk kepada hayat yang dicipta oleh PRC selepas pembentukan organ manusia. "Manusia primer" dalam kosa kata kami merujuk kepada manusia yang hanya mempunyai hayat primer yang diterbitkan daripada pembentukan tubuh tetapi tidak mengaktifkan fungsi tumbuh semula; sementara mereka yang mengaktifkan fungsi tumbuh semula, lalu mempunyai hayat primer dan hayat tumbuh semula dinamakan "Manusia Tumbuh Semula".

"PRC" ialah konsep teras sains ini, merujuk kepada sejenis sel soma yang wujud dalam tisu dan organ manusia dan boleh diaktifkan bagi menjalankan fungsi sel stem untuk menjana semula sel, tisu dan juga organ baharu dalam tumbuh. "Bahan Tumbuh Semula" merujuk kepada kandungan spektrum nutrisi yang khususnya dapat mengaktifkan PRC dan menyuburkan PRC serta sel stem. Tubuh manusia mempunyai 206 jenis PRC, oleh itu ada 206 jenis bahan tumbuh semula. Teras sains kami adalah untuk mencapai pemulihan semula tumbuh semula, proses balik muda tumbuh semula, dan selanjutnya melalui penggunaan bahan tumbuh semula untuk mengaktifkan dan menyuburkan PRC bagi memainkan fungsi sel stem.

Di sini, "pemulihan tumbuh semula" bermaksud struktur dan fungsi organ manusia bertukar daripada keadaan tidak normal menjadi keadaan normal agar penyakit organ refraktori boleh disembuhkan, manakala "proses balik muda tumbuh semula" pula merujuk kepada perubahan kepada penampilan lebih muda dan status morfologi lebih muda bagi bahagian tisu seni organ manusia dan ciptaan hayat tumbuh semula melalui proses balik muda dan pemulihan tumbuh semula.

Latar Belakang Dr. Rongxiang Xu:
Dr. Rongxiang Xu ialah pencipta dan pengasas "Sains Pemulihan Semula Tumbuh Semula Tubuh Manusia" (HBRRS) dan pemegang paten untuk kaedah saintifik penumbuhan semula organ yang rosak – keutamaan tinggi yang disebut dalam Ucapan State of the Union 2013 Presiden Obama, pencipta kaedah teknologi paten yang menukarkan sel soma manusia menjadi sel stem pluripoten dan menumbuhkan semula tisu dan organ fisiologi, serta pencipta paten Sel Tumbuh Semula Berpotensi (PRC).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi: Jane Westgate: +1-336-209-9276, jane@westgatecom.com, atau Cheryl Riley: +1-703-683-1798, cherylrileypr@comcast.net

Source: Dr. Rongxiang Xu
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries