omniture

Ketika Tersebar Berita Pekerja Kesihatan Kedua di Dallas Diuji Positif dengan Ebola Jururawat Kebangsaan Menggesa Presiden Obama untuk Mengeluarkan Arahan Eksekutif Mengarahkan Hospital Mematuhi Piawaian Tertinggi untuk Membanteras Ebola

National Nurses United
2014-10-17 10:50 127

-- 11,500 Jururawat Berdaftar (RN) Sertai Seruan Persidangan Kebangsaan untuk Jururawat agar Bersiap Sedia

OAKLAND, California, 17 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Ekoran kebimbangan yang semakin meningkat di seluruh A.S. berkenaan ancaman wabak Ebola yang lebih meluas, Pertubuhan Jururawat Kebangsaan (NNU) hari ini menggesa Presiden Barack Obama untuk "menggunakan kuasa eksekutif beliau" bagi mengarahkan semua hospital di A.S. agar mematuhi "keseragaman, piawaian kebangsaan dan protokol" tertinggi bagi "melindungi pesakit, kesemua pekerja penjagaan kesihatan serta masyarakat umum dengan selamat."

Permohonan tersebut, yang dihantar melalui surat kepada Presiden, tiba pada hari NNU, organisasi jururawat terbesar di A.S., menganjurkan persidangan seruan kebangsaan yang menghimpunkan 11,500 RN dari seluruh A.S. untuk bersama-sama membincangkan langkah yang perlu diambil untuk menghadapi penyakit yang mudarat itu, yang telah digelar oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai krisis kesihatan paling signifikan dalam sejarah moden.

Melalui seruan tersebut, RN dari California, Daerah Columbia, Florida, Massachusetts, Michigan, New York, Oregon serta Texas telah menggambarkan kebimbangan meluas di hospital mereka tentang persediaan yang tidak mencukupi pada satu-satu masa, kerana sekurang-kurangnya dua jururawat telah disahkan positif dengan virus Ebola di hospital yang mempunyai seorang pesakit yang telah menemui maut setelah dijangkiti oleh penyakit tersebut.

Seruan tersebut dikeluarkan hanya beberapa jam selepas NNU mengeluarkan kenyataan oleh RN yang bekerja di Texas Health Presbyterian Hospital, Dallas untuk menyuarakan kekecewaan serta kebimbangan terhadap apa mereka lihat sebagai kekurangan persediaan dan latihan di hospital mereka, yang merupakan hospital pertama di A.S. dengan pesakit dijangkiti Ebola yang akhirnya maut, dan kini seorang RN pula telah dijangkiti virus berkenaan.

Dalam kenyataan tersebut, RN dari Texas telah menyatakan kekeliruan di hospital itu terhadap dasar untuk menangani pesakit yang dijangkiti Ebola, latihan lanjutan yang tidak mencukupi serta ketersediaan peralatan perlindungan diri yang sesuai, selain garis panduan yang kian berubah. Akhirnya, para jururawat menyatakan mereka merasa "tidak dibantu, tidak bersedia serta diabaikan ketika mengendalikan keadaan itu secara bersendirian."

"Malangnya, masalah yang dinyatakan oleh RN yang berani dari Texas Health Presbyterian Hospital itu telah diramalkan dalam sistem penjagaan kesihatan swasta kami yang berpecah belah dan tidak terurus, serta memperlihatkan kebimbangan yang pernah kami dengari daripada para jururawat di seluruh A.S.," kata Pengarah Eksekutif NNU RoseAnn DeMoro.

Keadaan di Dallas telah memperlihatkan kebimbangan para jururawat di seluruh A.S., melalui seruan itu dan tinjauan NNU dalam talian yang diisi oleh lebih 2,500 jururawat. Keadaan itu telah mendorong NNU untuk menggesa Presiden Obama bagi memberikan mandat agar piawaian keselamatan ditingkatkan di kemudahan kesihatan A.S.

"Pesakit, jururawat mahupun pekerja penjagaan kesihatan tidak patut diletakkan dalam risiko disebabkan oleh kekurangan persediaan di kemudahan penjagaan kesihatan," kata DeMoro dalam surat beliau kepada Presiden Obama. "Amerika Syarikat seharusnya menjadi contoh yang menunjukkan cara membendung dan membasmi virus Ebola ini."

Surat tersebut turut menyatakan:

"Setiap majikan penjagaan kesihatan perlu diarahkan untuk mematuhi Prinsip Pencegahan dan memulakan amalan berikut:

  • Peralatan perlindungan diri yang optimum untuk Ebola yang mematuhi piawaian tertinggi seperti yang digunakan oleh Pusat Perubatan Universiti Nebraska
  • Sut hazmat seluruh badan yang mematuhi piawaian F1670 Persatuan Amerika untuk Pengujian dan Bahan (ASTM) bagi penembusan darah, piawaian F1671 ASTM untuk penembusan virus, dan tidak membiarkan kulit terdedah atau tidak dilindungi serta respirator pembersih udara berkuasa yang diluluskan Institut Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan faktor perlindungan yang ditentukan bernilai sekurang-kurangnya 50 – atau piawaian lebih tinggi yang sesuai.
  • Hendaklah terdapat sekurang-kurangnya dua jururawat berdaftar penjagaan langsung yang merawat setiap pesakit Ebola dengan tambahan RN ditugaskan sesuai dengan keperluan berdasarkan penilaian profesional jururawat RN penjagaan langsung tanpa tugasan tambahan bagi penjagaan pesakit.
  • Latihan interaktif berterusan perlu diwujudkan bersama RN yang terdedah dengan pesakit. Selain itu, akan ada latihan serta pendidikan diperbaharui yang berterusan untuk semua RN yang responsif terhadap sifat kian berubah penyakit ini. Ini akan memerlukan latihan interaktif berterusan dan juga kepakaran dari kemudahan tempat pengawalan terkini terhadap penyakit sedang dilakukan.
  • Jika Majikan mempunyai program dengan piawaian melebihi apa yang digunakan oleh Pusat Perubatan Universiti Nebraska, piawaian lebih tinggi akan digunakan.

Wabak Ebola dan pendedahan virus tersebut kepada pekerja penjagaan kesihatan memperlihatkan bahaya masa kini yang jelas terhadap kesihatan awam.

Kita mengetahui tanpa mandat ini untuk kemudahan penjagaan kesihatan, kita sedang meletakkan para jururawat berdaftar, pakar perubatan dan juga pekerja penjagaan kesihatan lain dalam risiko yang amat tinggi. Mereka merupakan barisan pertahanan pertama kita. Kita tidak akan menghantar askar ke medan perang tanpa perisai dan senjata.

Kesimpulannya, tiada lagi pesakit, jururawat mahupun pekerja penjagaan kesihatan yang akan diletakkan dalam risiko disebabkan oleh kekurangan persediaan di kemudahan penjagaan kesihatan. Amerika Syarikat seharusnya menjadi contoh yang menunjukkan cara membendung dan membasmi virus Ebola ini.

"Mandat daripada pihak tuan agar piawaian optimum dikenakan amat dihargai oleh para jururawat di negara ini," seperti yang disimpulkan dalam surat daripada DeMoro kepada Presiden.

Source: National Nurses United
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Public Safety