omniture

Pameran Yiwu - Alternatif Pameran Canton

Yiwu International Commodities Fair Organizing Committee
2014-10-17 16:15 120

YIWU, China, 17 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Ketika bunga osmanthus memekar pada musim luruh, Pameran Yiwu ke-20 secara dasarnya telah melengkapkan kerja persediaan dan lengkap untuk majlis pembukaan rasmi. Pameran tersebut, yang akan berlangsung pada 21 hingga 25 Oktober tahun ini, merupakan salah satu daripada pameran produk pengguna yang paling berpengaruh dan berkesan. Ia telah berjaya mengadakan sebanyak 19 sesi sejak beberapa tahun lalu. Dengan daya tarikannya yang tersendiri, ia turut menarik pelbagai pembeli domestik dan asing, serta dibangunkan sebagai platform penting untuk banyak syarikat bagi mengeksploitasi kedua-dua pasaran antarabangsa dan domestik.

Ciri Istimewa Pameran Yiwu

Sebagai pameran antarabangsa utama yang pertama di China, Pameran Canton dianggap sebagai barometer untuk perdagangan luar negara. Dengan bergantung pada pasaran Yiwu, Pameran Yiwu telah menjadi penanda aras komoditi global. Kelebihan Pameran Yiwu terletak pada ekonomi serantau Yiwu yang tersendiri. Perkakas, peralatan elektronik dan elektrik; pakaian kait; barang kemas dan aksesori barang kemas; kraf tangan; keperluan harian; produk budaya, sukan & rekreasi; serta industri lain akan dipamerkan di Pameran Yiwu. Melalui kelebihan aglomerasi industri, para peniaga dapat menjimatkan sejumlah besar kos perolehan.

Di samping itu, pasaran Yiwu mempunyai hubungan perdagangan yang amat berkait rapat antara pasaran domestik dan pasaran asing. Sejak sekian lama, Pameran Yiwu sentiasa merebut kerja organisasi asing, dan menitikberatkan peningkatan jumlah pembeli antarabangsa berkualiti. Kelebihan alamiah Pameran Yiwu tidak boleh diabaikan oleh para pembeli – 75,000 gerai pameran dengan 1.8 juta jenis komoditi.

Hubungan Saling Melengkapi antara Pameran Yiwu dan Pameran Canton

Memandangkan Pameran Yiwu telah dinaik taraf sebagai pameran antarabangsa pada tahun 2002, para pembeli luar negara berhimpun untuk terlibat sama dan peluang perdagangan kian meningkat. Menurut statistik, Pameran Yiwu ke-19 berjaya menarik sejumlah 196,957 pelanggan dari 203 negara dan wilayah, peningkatan sebanyak 1.76 peratus, dengan jumlah ahli perniagaan asing sebanyak 22,201, peningkatan sebanyak 6.3 peratus. Sehingga kini, kedua-dua Pameran ini memiliki keunggulan tersendiri dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Ramai peniaga melihat Pameran Yiwu sebagai alternatif yang mungkin untuk Pameran Canton. Kedua-dua Pameran ini dilihat sebagai sangat melengkapi antara satu sama lain dalam tiga aspek:

1) pameran perniagaan; 2) pembeli; serta 3) masa pameran.

Dipercayai setelah pengumpulan sejak bertahun-tahun lamanya, Pameran Yiwu telah meraih kepentingan yang sukar dicari ganti dalam pasaran perniagaan global.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari en.yiwufair.com.

Source: Yiwu International Commodities Fair Organizing Committee
Keywords: