BEIJING, 18 April 2024 /PRNewswire/ -- JA Solar, dengan kerjasama INPOS, bermurah hati menyumbang sistem fotovolta (PV) mudah alih kepada Vietnam Electric Power University (EPU), bagi memperkasa pelajar untuk mendalami bidang teknologi tenaga boleh baharu. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan pengalaman secara langsung kepada pelajar, lalu meningkatkan kepakaran dan kemahiran mereka dalam sektor tenaga.
Dicipta oleh INPOS dan dilengkapi dengan modul PV berkualiti terbaik JA Solar, sistem PV mudah alih ini berfungsi sebagai platform praktikal untuk pelajar EPU, memudahkan penglibatan langsung dengan teknologi dan aplikasi PV. Pengalaman yang tidak ternilai ini dapat memperkayakan pemahaman dan kecekapan mereka dalam domain tenaga.
Sebagai sebuah firma teknologi tenaga boleh baharu yang terkemuka, INPOS mengkhusus dalam reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian tenaga boleh baharu. Memanfaatkan pengalaman luasnya, INPOS memastikan penyerahan lancar sistem PV mudah alih, memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar EPU dengan kepakaran teknikal mereka.
Sebagai sebuah syarikat PV global yang terkemuka, JA Solar sentiasa komited untuk menyokong bidang pendidikan dan membantu memupuk bakat untuk industri PV. Syarikat ini menubuhkan Pusat Penyelidikan Pendidikan JA Solar bagi mendorong kerjasama antara industri dan bidang akademik serta mencapai pelbagai hasil. Ia telahpun menubuhkan Xingtai Vocational and Technical College of New Energy, institusi vokasional tinggi pertama di Wilayah Hebei yang dikhususkan untuk tenaga boleh baharu. JA Solar turut bekerjasama dengan beberapa universiti ternama bagi menyediakan latihan vokasional dan prospek pekerjaan kepada pelajar, seterusnya merapatkan jurang antara pendidikan dan tuntutan industri.