omniture

Pertunjukan Cahaya Iringan Muzik Menara LED Halloween Tahunan Empire State Realty Trust dan iHeartMedia Kembali dengan Penuh Keterujaan

Empire State Realty Trust
2014-10-17 19:25 179

NEW YORK, 17 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini, Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) serta rakan kongsinya iHeartMedia dengan rasminya mengumumkan pertunjukan cahaya iringan muzik menara LED Halloween tahunannya di Bangunan Empire State (ESB). Ikon global itu akan menyegerakkan cahaya menara LED mereka yang terkenal seluruh dunia mengikut lagu Halloween klasik yang disiarkan melalui stesen radio terkemuka iHeartMedia Z100 dan 103.5 KTU dan melalui iHeartRadio pada pukul 8:30 malam hari Jumaat, 31 Oktober 2014. Pereka pencahayaan yang terkemuka seluruh dunia Marc Brickman akan mereka tari persembahan yang menguja itu diiringi runut bunyi lagu menyeramkan yang disiarkan dari atas ESB.

Persembahan memukau itu boleh dilihat semua orang yang menyambut Hari Halloween serta pelancong sepanjang laluan perarakan Halloween tahunan ke-41 di Greenwich Village di New York, serta dari beberapa tempat strategik di sekeliling Bandar Raya New York dan kawasan Tiga Negeri. Video persembahan penuh akan dimuat naik dalam saluran YouTube Bangunan Empire State (www.youtube.com/esbnyc) sejurus selepas pertunjukan itu tamat bagi dinikmati pula para peminat seluruh dunia. Peminat boleh menggunakan kata kunci #ESBoo di saluran media sosial bagi menyertai keseronokan ini.

"Pertunjukan cahaya Halloween Bangunan Empire State dan iHeartMedia menarik tumpuan penonton global pada tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan telah menjadi acara tahunan penuh sensasi yang tersebar luas," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif serta Presiden ESRT. "Pertunjukan cahaya iringan muzik ESRT dan iHeartMedia ialah persembahan tahunan yang wajib ditonton dan sinonim dengan musim perayaan ini dan acara istimewa di Bandar Raya New York dan di seluruh dunia."

"Kami teruja dapat bekerjasama sekali lagi dengan Bangunan Empire State untuk membawakan persembahan tahunan yang wajib ditonton semasa sambutan Halloween ini bagi para peminat dan pendengar," kata Tom Poleman, Presiden Platform Pemprograman Kebangsaan, iHeartMedia. "Apa lagi cara yang lebih baik untuk meraikan Halloween di Bandar Raya New York selain pertunjukan cahaya bertema dari atas Bangunan Empire State yang disegerakkan dengan muzik daripada stesen radio terkenal New York Z100 dan 103.5 KTU."

Latar Belakang Bangunan Empire State

Tersergam 1,454 kaki di pusat bandar Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki Empire State Realty Trust, Inc. ialah "Bangunan Pejabat Paling Terkenal di Dunia". Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, infrastruktur, kawasan awam dan juga kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik kedatangan penyewa kelas pertama dalam pelbagai industri dari seluruh dunia. Teknologi penyiaran pencakar langit itu yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State telah diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam tinjauan pendapat yang dikendalikan oleh Institut Arkitek Amerika, dan Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu tarikan paling digemari seluruh dunia sebagai destinasi pelancong No.1 rantau itu. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg.

Latar Belakang Empire State Realty Trust

Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan harta tanah (REIT) terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, membeli dan turut menetapkan semula kedudukan harta tanah pejabat dan runcit di Manhattan dan kawasan metropolitan besar New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan pejabat paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, portfolio pejabat dan runcit Syarikat itu merangkumi 10.0 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 15 Julai 2014, terdiri daripada 9.3 juta kaki persegi boleh sewa dalam 14 harta tanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Daerah Fairfield, Connecticut serta dua di Daerah Westchester, New York; dan kira-kira 732,000 kaki persegi kawasan boleh sewa dalam portfolio runcit. Syarikat itu juga memiliki tanah di Stamford, Pusat Pengangkutan Connecticut yang menyokong pembangunan kira-kira 380,000 kaki persegi kawasan bangunan pejabat dan garaj yang boleh sewa.

Latar Belakang iHeartMedia

Dengan 245 juta pendengar bulanan di A.S., 97 juta pengguna digital tersendiri bulanan dan 196 juta pengguna bulanan Rangkaian Lalu Lintas dan Cuaca Lengkap, iHeartMedia mempunyai jangkauan paling luas bagi sebarang saluran radio atau televisyen di Amerika. Ia berkhidmat untuk lebih 150 pasaran melalui 859 stesen radio milik mereka, manakala stesen radio dan kandungan syarikat itu boleh didengari melalui radio AM/FM, radio digital HD, radio satelit, melalui Internet di iHeartRadio.com dan di laman web stesen radio syarikat itu, melalui app mudah alih iHeartRadio, dalam papan pemuka automatik dipertingkat, melalui iPad dan telefon pintar, serta melalui konsol permainan.

iHeartRadio, platform radio digital iHeartMedia, ialah perkhidmatan audio digital semua dalam satu No. 1 dengan lebih 430 juta muat turun; ia mencecah angka 20 juta pengguna berdaftar mereka yang pertama lebih pantas berbanding apa jua perkhidmatan digital dalam sejarah Internet dan mencecah angka 50 juta pengguna lebih pantas berbanding apa jua perkhidmatan muzik digital, malah lebih pantas berbanding Twitter, Facebook dan juga Pinterest. Pengendalian syarikat itu termasuklah penyiaran radio, dalam talian, mudah alih, media digital dan sosial, konsert dan acara langsung, pensindiketan, perkhidmatan penyelidikan muzik serta perwakilan media bebas.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi "kenyataan pandang ke hadapan". Kenyataan pandang ke hadapan boleh dikenal pasti dengan penggunaan perkataan seperti "percaya", "menjangka", "mungkin", "akan", "patut", "ingin", "kira-kira", "berniat", "merancang", "pro forma", "anggaran", "mempertimbangkan", "menyasarkan", "terus", atau "mengagak" ataupun maksud berlawanan semua perkataan dan frasa ini mahupun perkataan atau frasa yang mirip. Faktor berikut, antara lainnya, boleh menyebabkan keputusan sebenar dan kejadian masa hadapan jelas berbeza daripada yang dinyatakan atau dipertimbangkan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu: faktor ini terkandung dalam Laporan Tahunan Syarikat itu dalam Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2013, termasuk yang dinyatakan di bawah tajuk "Faktor Risiko", "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan serta Keputusan Pengendalian", "Perniagaan" dan juga "Harta Tanah". Walaupun kenyataan pandang ke hadapan mencerminkan kepercayaan dan keyakinan Syarikat, ia tidak menjamin prestasi masa hadapan. Syarikat menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula secara awam sebarang kenyataan pandang ke hadapan bagi mencerminkan perubahan dalam andaian atau faktor terselindung atau maklumat, data ataupun kaedah baharu, kejadian masa hadapan mahupun perubahan lain selepas tarikh siaran akhbar ini, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang. Bagi perbincangan lanjut tentang semua in dan faktor lain yang boleh memberi impak kepada keputusan, prestasi, atau urusniaga masa hadapan Syarikat, lihat seksyen bertajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 dan risiko lain yang digambarkan dalam dokumen yang difailkan selepas itu oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Bakal pelabur tidak patut membuat kebergantungan tidak berasas pada sebarang kenyataan pandang ke hadapan, yang hanya dibuat berdasarkan maklumat yang sedia didapati untuk Syarikat (ataupun kepada pihak ketiga yang membuat kenyataan pandang ke hadapan itu).

Maklumat Perhubungan Media: 
Matthew Frappier, Edelman 
+1-212-277-3786 
Matthew.Frappier@Edelman.com

Source: Empire State Realty Trust
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Music Radio Real Estate Travel