omniture

Timekettle Umum Kemas Kini Perisian Utama, Lancar AI Translation Lab

Timekettle
2024-04-19 13:57 17

SHENZHEN, China, 19 April 2024 /PRNewswire/ -- Timekettle, penginovasi penyelesaian komunikasi rentas bahasa yang berkembang pantas, mengumumkan kemas kini perisian yang penting menerusi pelancaran AI Translation Lab yang akan berfungsi sebagai platform baharu untuk memperkenalkan ciri-ciri teknologi termaju dengan pantas sekali gus mengumpul maklum balas yang segera daripada pengguna untuk mengelakkan daripada melancarkan fungsi-fungsi kurang maju.

AI Translation Lab in Apple App
AI Translation Lab in Apple App

AI Translation Lab menonjolkan kemajuan besar dalam menjadikan komunikasi digital yang lebih bersifat peribadi, tepat dan berciri pendidikan merentas pelbagai bahasa. Ia memperkenalkan pelbagai ciri utama yang bertujuan untuk benar-benar meningkatkan ketepatan serta kelancaran terjemahan.

Memahami kepentingan terjemahan yang tepat untuk kata nama khas dan istilah khusus dalam perbualan harian, AI Translation Lab membawakan Custom Lexicon, yang membolehkan pengguna mencipta istilah mereka sendiri yang dipautkan kepada terjemahan tertentu, bagi memastikan ketepatan setiap masa. Apabila pengguna menambah lebih banyak istilah dari masa ke masa, mereka akan dapat melihat terjemahan yang semakin tepat dengan glosari yang diperibadikan ini.

Sebagai usaha untuk mengatasi rasa mekanikal daripada alat terjemahan konvensional, AI Translation Lab meningkatkan ciri suaranya bagi memasukkan pilihan yang meniru kualiti nada seperti manusia dengan nuansa emosi yang halus. Kini, pengguna mempunyai kebebasan untuk memilih antara suara lelaki dan wanita, bagi memastikan pengalaman auditori yang lebih organik tanpa menjejaskan kecekapan.

Disesuaikan untuk individu yang bergelut dengan halangan bahasa praktikal seperti pendatang atau kakitangan perniagaan antarabangsa, AI Language Tutor memanfaatkan teknologi AI yang sofistikated untuk memudahkan pengalaman pembelajaran yang interaktif, dengan fokus untuk meningkatkan kelancaran dan sebutan. Dengan mengintegrasikan AI Language Tutor ke dalam ekosistem mereka, Timekettle bukan semata-mata meleraikan halangan komunikasi, tetapi turut melengkapkan pengguna dengan kemahiran yang diperlukan untuk interaksi dunia sebenar.

Ketika ini, AI Translation Lab daripada Timekettle menyokong bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol. Sebagai sebahagian daripada komitmennya yang berterusan untuk menjadikan dunia lebih saling terhubung, Timekettle menumpukan perhatian untuk menambah lebih banyak bahasa dalam kemas kini yang akan datang, selaras dengan matlamatnya untuk mencipta dunia di mana orang ramai boleh berkomunikasi dengan mudah dalam bahasa asli mereka.

Dalam dunia bersifat global hari ini, teknologi dan peranti yang disediakan oleh Timekettle menjadi penting bukan sahaja untuk pengembara, tetapi juga untuk perniagaan antarabangsa yang memerlukan komunikasi yang jelas tanpa halangan kelewatan atau kesilapan ekoran terjemahan yang lemah. Penciptaan AI Translation Lab menonjolkan dedikasi Timekettle untuk membangunkan teknologi yang bertindak balas kepada apa yang benar-benar diinginkan oleh pengguna.

Membuka peluang untuk pengguna berkembang maju daripada hanya menggunakan teknologi dan peranti kepada menyumbang secara aktif untuk membentuk masa depan, Timekettle mengundang pengguna global untuk meneroka AI Translation Lab, menemui tawaran terkini, berkongsi maklum balas dengan segera dan menyertai jenama ini untuk memecahkan halangan bahasa melalui teknologi yang inovatif.

Latar Belakang Timekettle 

Ditubuhkan pada tahun 2016, Timekettle ialah penyedia penyelesaian komunikasi rentas bahasa yang terkemuka dalam industri dan memenangi anugerah. Beribu pejabat di Shenzhen, China, Timekettle turut mengendalikan sebuah pusat pelanggan di Los Angeles, Amerika Syarikat. Produk-produknya yang luar biasa diiktiraf menerusi pelbagai anugerah antarabangsa termasuk CES Innovation Award, iF Design Award dan Japan Good Design Award.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.timekettle.co/

Source: Timekettle
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Artificial Intelligence