omniture

Coway Dianugerah Red Dot Design Award ke-18 untuk BEREX Massage Bed

Coway Co., Ltd.
2024-04-22 10:25 2

SEOUL, Korea Selatan, 22 April 2024 /PRNewswire/ -- Coway, "Best Life Solution Company," menerima Red Dot Award 2024, menandakan kemenangan kali ke-18 yang berturut-turut. Kejayaan yang berterusan ini merupakan bukti komitmen syarikat yang tidak berbelah bahagi kepada reka bentuk yang inovatif.

Coway's BEREX Massage Bed Wins Red Dot Design Award 2024
Coway's BEREX Massage Bed Wins Red Dot Design Award 2024

Red Dot Design Award ialah pertandingan antarabangsa berprestij yang meraikan kecemerlangan reka bentuk berserta anugerah-anugerah unggul yang lain seperti iF dan IDEA.

Pada tahun ini, Coway menerima anugerah untuk BEREX Massage Bed yang dinamakan sebagai 'Pemenang' dalam kategori Produk Penjagaan Kesihatan. Anugerah ini mengiktiraf pendekatan rintis produk ini untuk mereka bentuk, yang mencabar sempadan apa yang mungkin terhasil untuk perkakas dalaman.

BEREX Massage Bed pemenang anugerah ini merupakan katil urut elektrik yang memberikan urutan mendalam dan berkuasa sambil berbaring. Ia mendapat pujian tinggi atas reka bentuk dalamannya yang sesuai, bergabung dengan indah ke dalam mana-mana rumah sambil menggabungkan fungsi katil urut dan estetika seperti perabot. Ia direka bentuk untuk digunakan sebagai kedua-dua sofa gaya bangku dalam kehidupan harian namun dapat dibuka dengan mudah menjadi katil urut demi kecekapan ruang yang lebih besar. Pelanggan memuji gayanya yang kontemporari dan palet warna neutral yang berharmoni dengan hiasan rumah yang lain.

Selain daripada Red Dot Design Award 2024, BEREX Massage Bed sebelum ini memenangi Good Design Award 2023 Korea Selatan dan juga PIN UP Design Award 2023.

Seorang pegawai Coway berkata, "Kami membuat penyelidikan berterusan untuk mereka bentuk produk dalam jenama tidur dan kesejahteraan BEREX yang bukan sahaja memenuhi keperluan kefungsian, tetapi turut membawakan tahap keselesaan premium yang baharu kepada kehidupan pelanggan." Mereka menambah, "Fokus kami tetap kepada gaya hidup pelanggan kami apabila kami memperkenalkan produk premium dengan fungsi yang inovatif dan reka bentuk estetik yang bergabung dengan indah pada sebarang ruang."

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga terkini syarikat, jenama BEREX, bermatlamat untuk menambah baik tidur dan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kepada kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards