omniture

HOZON AUTO TANDATANGANI SECARA RASMI PERJANJIAN BERSAMA, PEROLEH PELABURAN MELEBIHI 5 BILION RMB

NETA AUTO
2024-04-22 21:37 116

TONGXIANG, China, 22 April 2024 /PRNewswire/ -- Pada 15 April, Hozon Auto mencapai persetujuan pelaburan dengan beberapa perusahaan pelaburan Cina sebanyak lebih 5 bilion RMB, mengukuhkan lagi keupayaan kewangannya. Menerusi penyelarasan pelbagai sumber yang berkaitan, Hozon Auto akan mempercepatkan proses IPOnya dan terus meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan produk dan inovasi teknologi. Di samping itu, ia akan memperluaskan pusat penyelidikan dan pembangunan rangkaian pintarnya bagi mempermudah pengembangan skala luar negara Hozon Auto.

Tongxiang Municipal People's Government Mayor Wang Jian, Hozon Auto Founder Fang Yunzhou, and Hozon Auto Co-founder Zhang Yong attended the ceremony and delivered speeches
Tongxiang Municipal People's Government Mayor Wang Jian, Hozon Auto Founder Fang Yunzhou, and Hozon Auto Co-founder Zhang Yong attended the ceremony and delivered speeches

Tongxiang Government Capital Investment Operation Co., Ltd., Yichun Jinheng Equity Investment Co., Ltd. dan Nanning Minsheng New Energy Industry Investment Partnership Enterprise (Limited Partnership) bersama-sama menandatangani "Perjanjian Bersama untuk Pembangunan Berkualiti-Tinggi Hozon Auto" dengan wakil-wakil daripada Hozon Auto. Wakil-wakil pemegang saham Hozon Auto, Beijing Huading Xindong Power Equity Investment Fund, Chengdu Hongjing Technology Co., Ltd. dan Ningbo Meishan Bonded Port Area Wendeng Investment Co., Ltd., menyaksikan majlis menandatangani perjanjian ini.

Datuk Bandar Kerajaan Rakyat Perbandaran Tongxiang Wang Jian, pengasas Hozon Auto Fang Yunzhou, pengasas bersama Hozon Auto Zhang Yong dan wakil-wakil daripada pihak-pihak yang berkaitan menghadiri majlis menandatangani perjanjian ini bersama-sama.

Latar Belakang NETA Auto
NETA Auto, jenama daripada Hozon New Energy Automobile Co., Ltd. (Hozon), merupakan penginovasi yang terkemuka dalam industri kenderaan elektrik pintar. Dengan fokus kepada "Teknologi untuk semua" dan "Menjadikan EV pintar untuk semua", NETA Auto membangunkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi dan teknologi canggih. Barisannya termasuk model-model popular seperti NETA GT, NETA S, NETA X, NETA AYA (NETA V-II) dan NETA V. NETA Auto menumpukan perhatian kepada pasaran pengguna massa, memperkenalkan model-model baharu setiap tahun dan meliputi segmen-segmen A0-B arus perdana. Jenama ini turut membangunkan "Shanhai Platform," iaitu platform kereta pintar dan selamat serta jenama HOZI Technology, bagi memenuhi permintaan pengguna dan menggalakkan kebolehcapaian teknologi canggih.

 

 

 

Source: NETA AUTO
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Contracts