omniture

Moomoo Malaysia Melepasi 100,000 Pelanggan; Menjadi Aplikasi Kewangan No. 1 Dimuat Turun di Malaysia

Moomoo Malaysia
2024-04-22 22:33 10

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 April 2024 /PRNewswire/ -- Moomoo Malaysia, broker teknologi generasi baharu, dengan pantas melepasi pencapaian penting 100,000 pelanggan dalam tempoh enam minggu selepas pelancarannya. Pencapaian ini juga melonjakkan moomoo sebagai aplikasi kewangan paling banyak dimuat turun di Malaysia, mencerminkan impak transformatif terhadap cara rakyat Malaysia berinteraksi dengan pasaran kewangan dan menandakan peralihan ke arah penyelesaian pelaburan inovatif dan mengutamakan digital.

Moomoo Malaysia Surpasses 100,000 clients in 6 weeks and becomes No. 1 Most downloaded financial app in Malaysia
Moomoo Malaysia Surpasses 100,000 clients in 6 weeks and becomes No. 1 Most downloaded financial app in Malaysia

Sejak pelancarannya, moomoo telah menarik lebih 200,000 pengguna Malaysia ke platformnya, di mana 80% daripadanya adalah golongan muda yang celik teknologi dan digital. Golongan demografi ini secara aktif membentuk semula persepsi kesediaan kewangan dan secara proaktif membuat persediaan untuk masa depan mereka, menuntut kawalan langsung ke atas kekayaan mereka dengan memanfaatkan kemajuan teknologi terkini untuk menguruskan hal kewangan mereka dengan cekap—ciri-ciri yang moomoo telah penuhi dengan mahir menerusi platform canggihnya.

Mendefinisikan Semula Pelaburan di Malaysia melalui Aksesibiliti dan Teknologi Canggih

Moomoo menawarkan akses yang tiada tandingan kepada pasaran global, termasuk saham, ETF, REITs dan banyak lagi daripada pasaran AS dan Malaysia dalam satu platform bersepadu. Platform ini menggunakan teknologi canggih untuk menyediakan rangkaian alatan kewangan dan data masa nyata yang komprehensif, memperkasakan pelabur untuk membuat keputusan termaklum secara effisien.

Mendukung komitmen moomoo untuk menyediakan akses pasaran dan alatan pelaburan yang unggul ialah perkongsian strategiknya dengan Nasdaq. Kolaborasi ini telah membolehkan moomoo menawarkan pelabur Malaysia akses eksklusif kepada Nasdaq TotalView—suapan data masa nyata yang memberikan pandangan paling mendalam tentang pesanan pasaran. Ini bukan sahaja mendayakan kesamaan maklumat melalui akses kepada data berkualiti profesional, malah meningkatkan keupayaan pelabur runcit untuk membuat keputusan dagangan yang bermaklumat. Integrasi analitik dan data Nasdaq yang berkuasa, dengan antara muka pengguna moomoo yang mesra pengguna memperlihatkan sinergi di antara teknologi terkemuka dan perkhidmatan kewangan yang mudah diakses.

Ivan Mok, Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia, menekankan kepentingan perkongsian ini: "Bekerjasama dengan Nasdaq membolehkan kami melengkapkan pelanggan dengan data pasaran yang komprehensif dan masa nyata, yang sebelum ini hanya tersedia kepada segelintir pengguna elit.  Tahap pemahaman sebegini adalah penting untuk membuat keputusan termaklum dalam pasaran yang pantas dan ia mengubah landskap pelaburan untuk pengguna kami."

Memperkukuh Literasi Kewangan dan Pelaburan Secara Kolektif Komuniti

Moomoo juga aktif mempromosikan literasi kewangan dengan mengintegrasikan sumber pendidikan dalam platformnya. Selain daripada perdagangan tradisional, platform ini menggabungkan sumber pendidikan komprehensif, menjadikan konsep kewangan yang kompleks mudah diakses kepada semua dari pedagang berpengalaman hingga pemula. Komitmen untuk menyediakan alatan pendidikan penting ini menunjukkan dedikasi Moomoo Malaysia terhadap kemasukan kewangan dalam sektor kewangan.

Selain daripada inisiatif pendidikannya, moomoo juga telah merintis konsep "pelaburan secara sosial" dengan mewujudkan komuniti dalam talian interaktif dan masa nyata dalam aplikasi tersebut, dinamakan komuniti 'Moo'. Platform ini menyokong pembelajaran dan interaksi sesama pelabur Malaysia, dengan akses kepada lebih 1,000 pakar dan komuniti global seramai 22 juta pelabur. Semakin ramai rakyat Malaysia kini terlibat dalam kursus pelaburan dalam komuniti dinamik ini,  memperoleh pengetahuan, serta bertukar-tukar pengalaman dan pandangan dengan pelabur lain di seluruh dunia.

"Dengan memandang ke hadapan, kami akan terus berinovasi dan memperkenalkan lebih banyak ciri-ciri dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk pelabur Malaysia. Landskap kewangan peribadi berkembang pesat, didorong oleh kemajuan teknologi dan jangkaan pelabur yang sentiasa berubah," kata Ivan Mok, Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia. "Misi kami adalah bukan sahaja untuk berkembang mengikut pasaran Malaysia, malah untuk menerajuinya, serta membentuk masa depan pelaburan di rantau ini."

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan moomoo, sila layari  https://www.moomoo.com/my.

Mengenai Moomoo Malaysia

Futu Malaysia Sdn. Bhd. ("Moomoo Malaysia") adalah pemegang Lesen Pasaran Modal  (Nombor Lesen eCMSL/A0397/2024). Moomoo Malaysia merupakan platform pelaburan digital canggih yang direka untuk memperkasakan pelabur daripada semua peringkat dengan alatan gred profesional, data pasaran mendalam dan pandangan pakar. Sebagai anak syarikat sebuah syarikat tersenarai di Nasdaq dan rakan kongsi global NYSE dan Nasdaq, Moomoo membawakan teknologi kewangan bertaraf dunia ke Malaysia.

Menduduki tangga pertama sebagai applikasi kewangan paling banyak dimuat turun di Malaysia sejak penampilan sulungnya pada Februari 2024, Moomoo telah menunjukkan kejayaan global di AS, Singapura, Hong Kong, Australia, Jepun dan Kanada. Gabungan ciri-ciri inovatif dan kemudahan penggunaan platform membolehkannya meraih pelbagai anugerah termasuk 'Teknologi Dagangan Terbaik', 'Teknologi Penyelidikan Pelaburan Terbaik', dan 'Platform Dagangan Terbaik' daripada Benzinga, Fintech Breakthrough dan banyak lagi. Moomoo juga diiktiraf oleh Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (SIAS) sebagai "Broker Runcit Terbaik". Moomoo kini merupakan applikasi pelaburan paling banyak dimuat turun di Singapura dengan lebih satu pertiga daripada penduduk tempatan berumur antara 20 hingga 70 tahun merupakan penggunanya..

Komited untuk mengubah senario pelaburan tempatan, Moomoo Malaysia menyediakan alatan dagangan yang inovatif dan sumber pendidikan yang boleh diakses oleh semua pelabur, menetapkan standard baharu dalam teknologi kewangan, dan mengukuhkan kedudukannya sebagai platform pelaburan digital yang terkemuka di rantau ini. Ketahui lebih lanjut di https://www.moomoo.com/my

 

Source: Moomoo Malaysia
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Survey, Polls & Research Financial Technology