omniture

CHEP Lantik Laurent Le Mercier bagi Menerajui Aktiviti Automotif Globalnya

CHEP
2014-10-20 10:00 262

COLOGNE, Jerman, 20 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- CHEP Automotive and Industrial Solutions, peneraju global bagi penyelesaian pengumpulan bekas dalam rantaian bekalan Automotif, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Laurent Le Mercier untuk jawatan Naib Presiden Kanan, Global Automotive.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141020/710139)

En. Le Mercier akan bertanggungjawab untuk menerajui dan mengubah perniagaan automotif tempatan CHEP di serata dunia, kepada unit perniagaan tunggal dan global serta berteraskan pelanggan. Dengan beroperasi sebagai perniagaan global bersatu, CHEP Automotive and Industrial Solutions akan berada pada kedudukan yang baik untuk bekerjasama dengan para pengeluar serta pembekal automotif di semua rantau, bagi membantu mereka memacu kecekapan operasi, meningkatkan kemampanan serta mengurangkan jumlah kos rantaian bekalan.

Terdapat banyak pengeluar dan pembekal automotif yang turut beroperasi pada peringkat global, yang menjadikan pendekatan global CHEP sebagai peralihan biasa yang akan membantu perniagaan untuk memenuhi jangkaan para pelanggannya secara tekal pada peringkat perkhidmatan dan inovasi di serata dunia.

Sebelum beliau dilantik, En Le Mercier telah memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Negara untuk CHEP Pallets di Perancis selama empat tahun. Bagi peranan tersebut, beliau telah menerajui strategi untuk meningkatkan kepuasan pelanggan serta prestasi kos, dan turut menggalakkan inovasi melalui pelancaran palet kadbod berlapisan. Sejak julung kali menyertai CHEP pada tahun 2004 bagi membantu penyusunan semula fungsi Khidmat Jualan dan Pelanggan untuk CHEP Eropah, beliau turut memainkan peranan sebagai Pengarah Akaun Utama untuk Eropah sebagai pengurus besar CHEP untuk Poland dan kemudiannya untuk Eropah Tengah.

Sebelum menyertai CHEP, En Le Mercier telah bekerja untuk Automobiles Peugeot dalam pelbagai peranan jualan dan operasi di Eropah. Selain itu, sebagai Perunding Strategi, beliau telah membantu membina strategi hubungan pelanggan pada peringkat global untuk perniagaan yang menerajui pasaran dalam industri keluli dan automotif. Beliau beroleh MBA dari INSEAD, Fontainebleau, Perancis.

Latar Belakang CHEP 

CHEP, peneraju global bagi perkhidmatan pengumpulan bekas dan palet, mengeluarkan, mengumpul, menentukan dan turut mengeluarkan semula lebih 13 juta bekas boleh guna semula dan juga 240 juta palet daripada rangkaian global pusat perkhidmatan. Pekerja syarikat seramai lebih 8,000 orang bertugas di lebih 50 negara, memberi sokongan kepada lebih 500 pusat perkhidmatan. Sejak tahun 1975, CHEP Automotive and Industrial Solutions telah membantu pengeluar kereta, pembekal automotif serta syarikat daripada sektor industri lain melalui perkhidmatan pengumpulan bekas yang mesra alam, menjimatkan kos serta dikongsi dengan pelbagai pengguna bagi mengurangkan jumlah kos rantaian bekalan bagi setiap bahagian di samping meningkatkan kecekapan serta jejak alam sekitar mereka. Pada masa kini, empat daripada 10 pengeluar kereta terbesar dan juga sembilan daripada 15 pembekal Tahap Satu teratas menggunakan perkhidmatan CHEP. CHEP adalah sebahagian daripada Brambles Limited, beribu pejabat di Sydney, Australia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.chep.com/automotive.

Hubungi CHEP:
Thorben Steinke
Pengurus Pemasaran
CHEP Deutschland GmbH
+49(0)221/935-71-330
thorben.steinke@chep.com

Maklumat perhubungan akhbar:
Tobias Wolff
Perunding PR
pr people
+49(0)221/534-10-88-37
t.wolff@pr-people.de

Source: CHEP
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Personnel announcements