omniture

Zendure Mara Ke Hadapan dengan BOÉ Motorsports dalam Kejohanan Dunia MotoGP 2024

Zendure DE GmbH
2024-04-23 13:24 73
  • Pegawai MotoGP membeli secara pukal SuperBase M Zendure untuk bantuan di lapangan
  • Logo Zendure dipaparkan pada peralatan kulit dan motosikal penungggang David Muñoz dan Joel Kelso
  • Penyelesaian storan tenaga menyediakan kuasa lestari kepada pasukan dan penonton

BARCELONA, Sepanyol, 23 April 2024 /PRNewswire/ -- Zendure – sebuah syarikat pemula EnergyTech yang berkembang pantas – mengumumkan penajaan lanjutan pasukan BOÉ Motorsports bagi musim Kejohanan Dunia MotoGP 2024 susulan kejayaan pada tahun lalu. Zendure akan mengiringi pemandu-pemandu David Muñoz dan Joel Kelso menuju perlumbaan global, memberi sokongan di lapangan dengan sumber tenaga mampan.


Penyelesaian Tenaga Hijau Berimpak dalam MotoGP

Perlumbaan MotoGP  merupakan antara yang paling mengujakan di seluruh dunia, dengan para penunggang terbaik bersaing, disorak oleh kumpulan peminat yang besar. Pasukan Boé Motorsports ialah pasukan lumba motosikal Sepanyol, ditubuhkan oleh penunggang MotoGP Aleix Espargaró. Pasukan ini telahpun mengambil bahagian dalam peringkat Moto3 Kejohanan Dunia Motosikal sejak tahun 2014. Para penunggang bagi musim 2024 ialah Joel Kelso dan David Muñoz.

Bekalan tenaga yang stabil penting untuk persediaan perlumbaan. Produk Zendure akan tersedia di trek perlumbaan untuk pengecasan peranti. Tahun lalu, stesen janakuasa SuperBase V menyediakan tenaga boleh baharu untuk pelbagai peranti, termasuk alat pemanasan tayar untuk motosikal BOÉ Motorsports. Pada tahun 2024, para pegawai MotoGP menggabungkan SuperBase M untuk pengecasan di lapangan. Mempelopori penggunaan tenaga bersih, pasukan Boé Motorsports meningkatkan MotoGP dengan memberi kuasa kepada trek perlumbaan menerusi SuperBase M. Kolaborasi ini menonjolkan dedikasi Zendure kepada pengurangan CO2, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan pembangunan mampan, seterusnya menunjukkan kejayaan penyepaduan antara tenaga bersih dan perlumbaan MotoGP.

Peminat Tenaga Hijau dan peminat sukan lumba dialu-alukan ke bilik pameran di lapangan Zendure di litar lumba. Pengunjung boleh meninjau produk seperti SuperBase V, SuperBase Pro dan SuperBase M, memanfaatkan stesen pengecasan untuk peranti mereka dan menemui lebih banyak produk yang disesuaikan untuk pelbagai senario tenaga hijau.

Visi untuk MotoGP Lestari 

"Kami berbesar hati untuk meneruskan kerjasama bersama BOÉ Motorsports pada musim ini," jelas Jolene Shang, Ketua Pegawai Pemasaran di Zendure. "Sejajar dengan slogan kami pada tahun ini, 'Capai Cas Lampau, Cetuskan Impak' ('Get Supercharged, Make Impact'), kami bermatlamat untuk memberi impak secara positif kepada sukan ini dan mengukuhkan penggunaan tenaga bersih dalam dunia permotoran. Kami menantikan masa dipenuhi tenaga bersama-sama dan semoga semua orang yang mengambil bahagian, terutamanya penunggang BOÉ Motorsports kami, David Muñoz dan Joel Kelso, menikmati musim yang mengujakan dan berjaya."

Susulan perlumbaan penuh peristiwa di AS, acara seterusnya ialah Gran Premio de España mulai 26 hingga 28 April di Jerez, GP tempat sendiri untuk penunggang BOÉ Motorsports David Muñoz: "Kolaborasi yang berterusan bersama Zendure untuk Kejohanan Dunia ini membolehkan kami menyumbang kepada persekitaran yang lebih lestari. Bersama-sama, kami dapat menarik perhatian kepada kelestarian yang lebih tinggi dalam sukan permotoran dan cuba mencetuskan kesan yang positif."

Latar Belakang Zendure 

Ditubuhkan pada tahun 2017, Zendure ialah salah satu syarikat pemula EnergyTech yang berkembang paling pantas dan terletak di hab teknologi Silicon Valley, AS serta Kawasan Teluk Besar, China, Jepun dan Jerman. Misinya adalah untuk menyampaikan tenaga bersih yang andal dan berpatutan untuk isi rumah di seluruh dunia dengan mempopularkan EnergyTech yang terkini.

Hubungi 
Chris Qiu
chris.qiu@zendure.com

Source: Zendure DE GmbH
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Sporting Events Sports Transportation Utilities Licensing/marketing agreements