Taman Pintar Jentera Tolak Tanah Bandar Perindustrian Pintar Zoomlion Sahaja telah mengurangkan 80,000 tan karbon pada tahun 2023, bersamaan dengan menanam lima juta batang pokok
CHANGSHA, China, 23 April 2024 /PRNewswire/ -- Sempena menyambut Hari Bumi 2024 di bawah tema "Plastik lwn. Planet," Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 01157.HK) mengetengahkan komitmennya untuk mencapai pengeluaran rendah-karbon yang meliputi seluruh proses pengeluaran dengan melaksanakan hala tuju pembangunan hijau bersepadu.
Strategi Pembangunan Hijau. Tatkala negara-negara berganding bahu untuk mengatasi cabaran mengurangkan pencemaran plastik dan pemuliharaan alam sekitar, Zoomlion menerajui transformasi industri menerusi strategi pembangunan hijau yang memfokuskan kepada reka bentuk, pembuatan, produk, standard dan pengurusan hijau.
Komponen Teras Tenaga Baharu. Zoomlion melancarkan pelbagai komponen teras tenaga baharu, asas bagi membangunkan jentera pembinaan tenaga baharu, meliputi seluruh rantaian teknologi, termasuk pembangunan bateri, kawalan elektrik dan pengeluaran jentera keseluruhan.
Pada tahun 2022, Zoomlion melancarkan sembilan komponen bateri litium teras, menyediakan penyelesaian bersepadu melibatkan penyelesaian tenaga hidrogen termasuk pengeluaran hidrogen, penyimpanan, pengangkutan, penjanaan tenaga elektrik dan teknologi enjin utama.
Pengembangan Barisan Produk Mampan. Setakat Disember 2023, pembangunan tenaga baharu berkelompok Zoomlion mengeluarkan 177 produk tenaga baharu yang meliputi 13 barisan produk utama, termasuk elektrik tulen, hibrid dan bahan api hidrogen.
Tapak Pembinaan Pintar Hijau. Kumpulan ini mewujudkan tapak pembinaan pintar hijau pertama dalam industri ini, yang mana 11 jenis peralatan jentera elektrik tulen dan berautonomi berskala besar beroperasi untuk mencapai pembinaan tanpa pemandu. Tapak ini memendekkan tempoh pembinaan sebanyak 30 peratus dan meningkatkan kecekapan manual sebanyak 300 peratus sekali gus menjamin emisi sifar.
Kemudahan Pintar. Dengan Bandar Pintar Zoomlion sebagai teras, kumpulan ini membina 23 kilang pintar yang terkemuka di dunia. Menjelang akhir Jun 2023, ia telah memulakan operasi sejumlah lima kilang pintar utama dan 170 barisan pengeluaran pintar, lalu mencapai pengeluaran hijau dalam proses penuh. Di kilang pintar kren menara kren terbesar di dunia, Zoomlion mencapai pengurangan wasap kimpalan sebanyak 90 peratus, pengurangan emisi VOC sebanyak 70 peratus dan memulihara 15 peratus tenaga.
Sempena menyambut Hari Bumi 2024, Zoomlion memperkukuh komitmennya untuk menerajui amalan lestari dalam industri jentera pembinaan. Tindakan syarikat ini pada hari ini penting demi masa depan yang lestari, menjamin agar keperluan hari ini dipenuhi tanpa menjejaskan keupayaan generasi-generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka.