omniture

Signature Group Holdings Membeli Pengitar Semula Aluminium Bebas Terbesar Dunia

Signature Group Holdings, Inc.
2014-10-20 11:38 166

* Pemerolehan Bernilai $525 Juta

* Saham Pasaran #1 di Amerika Utara dan Eropah

* Perjanjian Transformatif dengan Sasaran untuk Menjana Hasil Tahunan Kira-kira $1.5 bilion

SHERMAN OAKS, California dan CLEVELAND, 17 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Signature Group Holdings, Inc. ("Signature" atau "Syarikat") (OTCQX: SGGH) hari ini mengumumkan yang ia telah memasuki perjanjian pembelian saham muktamad untuk membeli perniagaan Global Recycling and Specification Alloys ("GRSA") bagi syarikat pegangan swasta Aleris Corporation ("Aleris") sebanyak $525 juta. Lembaga Pengarah Signature secara sebulat suara telah meluluskan urusniaga yang diusulkan itu. Urusniaga itu tertakluk dengan keadaan penutup lazim termasuk kelulusan kawal selia dan penjelasan di bawah Akta Penambahbaikan Antitrust Hart-Scott Rodino.

Ini menandakan kemasukan Signature ke dalam pasaran aluminium yang muncul semula di Amerika Utara dan Eropah. GRSA, pengitar semula aluminium bebas terbesar di dunia, berada dalam kedudukan yang utama untuk memanfaatkan penambahbaikan asas bagi membentuk semula pasaran aluminium global. Sektor seperti automotif, aeroangkasa, pembungkusan, bangunan serta pembinaan mengalami penggunaan aluminium yang meningkat. Sektor automotif terutamanya, menggunakan lebih banyak aluminium kerana mandat kerajaan mensyaratkan pengurangan pembebasan karbon dan mewajibkan pengeluar kenderaan untuk meningkatkan kecekapan bahan api.

"Perjanjian ini membawa perubahan besar bagi Signature dalam industri yang cukup saya kenal," kata Craig Bouchard, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Signature. "GRSA kini merupakan pengeluar berkos rendah dan peneraju utama pasaran di dua benua, dengan prospek pertumbuhan yang kukuh dan kelebihan daya saing mampan. Kami sangat gembira kerana memperoleh kumpulan pelanggan utama. Urusniaga ini mengotakan janji yang kami buat kepada para pemegang saham kami untuk mencari pemerolehan yang besar, akresi, dan dinilai dengan baik. Ini langkah penting bagi kami sambil kami terus membina Signature menjadi syarikat yang signifikan dan menguntungkan."

Signature menjangka akan melantik Terry Hogan, kini naib presiden kanan dan ketua perniagaan Recycling and Specification Alloys Aleris di Amerika Utara, sebagai presiden perniagaan GRSA berkuat kuasa mulai masa pemerolehan itu dimuktamadkan. Russell Barr, naib presiden dan ketua perniagaan kitar semula Aleris di Eropah dijangka akan berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif, Eropah. "Terry dan Russell ialah pengurus yang cemerlang dan ketua dengan pasukan mantap yang boleh bersaing di platform yang lebih besar," menurut Bouchard.

Penggunaan aluminium yang dikitar semula pada peringkat global diunjurkan akan bertumbuh sebanyak 6.7 peratus setahun dalam masa sepuluh tahun berikutnya, dibandingkan dengan penggunaan aluminium primer sebanyak 4.5 peratus, menurut Freedonia Group.

GRSA merupakan peneraju pasaran global dalam pengitaran semula aluminium, menukarkan sekerap dan sanga aluminium menjadi logam yang boleh digunakan dan aloi spesifikasi dalam bentuk cair, jongkong dan bentuk lain.

Bagi tempoh dua belas bulan yang berakhir pada 30 Jun 2014, Aleris melaporkan pendapatan GRSA sebelum faedah, cukai, susut nilai dan juga pelunasan, pada asas tunggal terlaras ("EBITDA Terlaras") adalah bernilai $74.9 juta. Turut dilaporkan oleh Aleris, EBITDA Terlaras GRSA semasa suku tahun yang berakhir pada 30 September 2014 dijangka akan menjadi $4.6 juta hingga $7.6 juta lebih tinggi berbanding EBITDA Terlaras pada suku tahun yang berakhir 30 September 2013. Keputusan suku tahun ketiga 2014 GRSA ialah anggaran dan tertakluk kepada perubahan berdasarkan semakan akhir pengurusan Aleris untuk keputusan kewangan sewaktu tempoh itu.

Kira-kira 65 peratus daripada perniagaan GRSA dikendalikan di Amerika Utara, dengan 35 peratus di Eropah. GRSA mengendalikan sejumlah dua puluh empat kemudahan di enam negara.

Butiran Urusniaga

Di bawah terma persetujuan pembelian saham itu, Signature akan memperoleh GRSA pada harga pembelian sebanyak $525 juta yang terdiri daripada $495 juta dalam bentuk tunai dan $30 juta dalam bentuk saham terpilih dalam Signature. Harga pembelian mewakili anggaran gandaan 6.5 kali EBITDA Terlaras GRSA seperti yang digambarkan di atas menggunakan titik tengah penambahbaikan anggaran dalam keputusan suku tahun ketiga.

Signature menjangka akan membiayai pemerolehan itu dengan kombinasi tunai dalam tangan dan hasil keuntungan bersih daripada hutang dan pembiayaan ekuiti. Ini termasuklah pengeluaran bon bercagar senior sebanyak kira-kira $300 juta dalam penempatan persendirian kepada pembeli berinstitusi berkelayakan dan warga bukan A.S. tertentu, serta tawaran berdaftar untuk saham biasa Signature, dan juga tawaran hak terkepil berdaftar untuk syer tambahan bagi saham biasanya kepada pemegang saham Signature, pada tarikh yang akan ditentukan kelak. Sebahagian daripada tawaran hak itu akan diperkukuh oleh Zell Credit Opportunities Fund, L.P., syarikat gabungan Equity Group Investments, firma pelaburan swasta yang diasaskan oleh Sam Zell. Berhubung dengan urusniaga ini, Goldman Sachs akan mengetuai pembiayaan jejambat terikat bersama Deutsche Bank. General Electric Capital Corporation akan menyediakan kemudahan pinjaman berasaskan aset bernilai $175 juta bagi membiayai pertumbuhan syarikat itu. Komitmen ini semuanya bergantung pada kepuasan keadaan piawai.

Deutsche Bank Securities, Inc. bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif, manakala Crowell & Moring pula bertindak sebagai penasihat undang-undang, kepada Signature. Credit Suisse dan KeyBanc Capital Markets, Inc. bertindak sebagai penasihat kewangan, dan Fried Frank pula bertindak sebagai penasihat undang-undang, kepada Aleris.

Signature akan menganjurkan panggilan persidangan untuk pelabur pada 8:30 pagi, Waktu Timur, pada hari Selasa 21 Oktober 2014. Bagi butiran panggilan masuk, layari laman web Syarikat di www.signaturegroupholdings.com.

Siaran berita ini tidak patut dianggap sebagai tawaran untuk sebarang sekuriti untuk dijual. Sebarang nota terjamin senior yang akan ditawarkan dalam penempatan persendirian yang dirujuk di atas tidak akan dan tidak pernah didaftar di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda, dan tidak boleh ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat tanpa pendaftaran atau pengecualian tertakluk daripada keperluan pendaftaran. Tiada tawaran untuk membeli sebarang saham biasa Signature, termasuk menurut sebarang tawaran hak terkepil, boleh diterima manakala tiada bahagian harga pembelian itu boleh diterima sehinggalah kenyataan pendaftaran telah berkuat kuasa, dan sebarang tawaran sedemikian rupa boleh ditarik balik atau dibatalkan, tanpa sebarang tanggungjawab atau komitmen dalam apa jua bentuk, pada bila-bila masa sebelum pemberitahuan penerimaannya diberikan selepas tarikh kuat kuasa.

Global Recycling and Specification Alloys

GRSA, beribu pejabat di Cleveland, Ohio, mewakili kira-kira 30 peratus daripada jumlah hasil Aleris pada $1.5 bilion. Pada tahun 2013, perniagaan itu telah menghantar aluminium terkitar semula seberat 1.2 juta tan. GRSA menggaji kira-kira 1,600 orang di dua puluh empat kemudahan di Amerika Utara dan Eropah, dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 300 pelanggan seluruh dunia. Sebagai peneraju di Amerika Utara dan Eropah daripada segi pengitaran semula pihak ketiga, GRSA bersedia untuk memanfaatkan banyak asas positif dalam industri ini. Dengan kepimpinan dalam perkhidmatan terkhusus, seperti pembekalan aluminium dalam bentuk cair, GRSA mempunyai kepakaran dan kelenturan pengendalian untuk menumbuhkan lagi syer pasarannya.

Latar Belakang Signature Group Holdings, Inc.

Signature ialah syarikat pegangan yang bertapak di Amerika Utara yang ingin melabur modalnya dalam perniagaan besar, terurus dengan baik dan sentiasa menguntungkan yang bertumpu khususnya dalam pasaran perindustrian dan komersil Amerika Syarikat. Signature mempunyai sumber modal signifikan, dan baki bawa ke hadapan cukai kerugian pengendalian bersih persekutuan sebanyak hampir $900 juta. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Signature, layari laman web korporatnya di www.signaturegroupholdings.com.

Kenyataan Waspada Berkenaan Kenyataan Pandang ke Hadapan

Siaran ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan, yang dibuat berdasarkan jangkaan, anggaran dan juga unjuran semasa kami tentang perniagaan dan prospek Syarikat dan GRSA, serta kepercayaan pengurusan, selain andaian tertentu yang dibuat oleh pihak pengurusan. Perkataan seperti "mengagak", "menjangka", "berniat", "merancang", "percaya", "ingin", "menganggar", "mungkin", "patut", "akan", dan bentuk lain semua perkataan ini diadakan bagi tujuan mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan sebegini benar hanya setakat tarikh yang tersebut di dalam sini dan tertakluk kepada perubahan. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk menyemak semula atau mengemas kini secara awam sebarang kenyataan pandang ke hadapan bagi apa-apa sebab sekali pun. Kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan tentang perluasan dan strategi perniagaan Syarikat dan GRSA; kemampuan Syarikat untuk memuaskan syarat pemerolehan GRSA dan pembiayaan berkaitan, dan akhirnya menyempurnakan pemerolehan GRSA ini; peluang pertumbuhan yang dijangka; jumlah modal terkumpul yang diperlukan bagi melaksanakan semua strategi itu, serta prestasi, pertumbuhan, hasil pengendalian, keadaan kewangan serta prospek masa hadapan. Kenyataan sebegitu tidak menjamin prestasi masa hadapan dan tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan juga andaian tertentu yang sukar untuk diramalkan. Oleh itu, keputusan sebenar boleh berbeza secara ketara dalam cara yang buruk daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu sebagai hasil pelbagai faktor. Faktor penting yang boleh menyebabkan perbezaan seperti itu termasuklah, tetapi tidak terhad kepada kemampuan Syarikat untuk mengenal pasti, menyempurnakan dan turut menyepadukan dengan berjaya pemerolehan GRSA dan/atau perniagaan lain; perubahan dalam perniagaan ataupun keadaan pasaran lain; kesukaran mengekalkan pertumbuhan perbelanjaan pada paras berpatutan sambil meningkatkan hasil; kemampuan Syarikat untuk mempertahankan diri dengan jayanya terhadap perkara litigasi semasa dan baharu: serta permintaan oleh bank pelaburan untuk tuntutan pertahanan diri, ganti rugi serta sumbangan; mendapatkan faedah penubuhan semula yang dijangka; kemampuan Syarikat untuk mengakses dan merealisasikan nilai daripada baki bawa ke hadapan cukai kerugian pengendalian bersih persekutuan; dan juga risiko lain yang diperincikan dari masa ke masa dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Syarikat itu, termasuklah tetapi tidak terhad kepada Laporan Tahunan yang baru-baru ini difailkan dalam Borang 10-K serta laporan seterusnya yang difailkan dalam Borang 10-Q dan 8-K.

Maklumat Perhubungan Media: Dan Wilson, Ogilvy
+1-212-880-5346

PENYESUAIAN LANGKAH KEWANGAN BUKAN GAAP

Langkah kewangan bukan GAAP ialah ukuran berangka untuk prestasi kewangan masa lalu atau masa hadapan, kedudukan kewangan atau aliran tunai yang mengecualikan amaun, atau tertakluk kepada pelarasan yang menyebabkan kesan pengecualian amaun, yang termasuk dalam ukuran paling setanding secara langsung yang dihitung dan dinyatakan menurut GAAP dalam kunci kira-kira, kenyataan pengendalian, ataupun kenyataan aliran tunai; atau termasuklah amaun, atau tertakluk kepada pelarasan yang menyebabkan kesan merangkumi amaun, yang dikecualikan daripada ukuran paling setanding secara langsung seperti yang dihitung dan dinyatakan. EBITDA dan EBITDA Terlaras bukan langkah kewangan yang diiktiraf di bawah GAAP. EBITDA dan EBITDA Terlaras dinyatakan dan dibincangkan kerana pihak pengurusan percaya ia meningkatkan lagi kefahaman tentang prestasi kewangan pengendalian Signature dan GRSA oleh pihak pelabur dan pemberi pinjam. Sebagai pelengkap langkah kewangan yang diiktiraf di bawah GAAP, pihak pengurusan percaya EBITDA dan EBITDA Terlaras membantu para pelabur yang mengikuti amalan sesetengah juruanalisis pelaburan yang menyelaraskan langkah kewangan GAAP bagi mengecualikan item yang mungkin mengaburi prestasi dasar dan memutarbalikkan kebolehbandingan. Memandangkan EBITDA dan EBITDA Terlaras bukan langkah yang teriktiraf di bawah GAAP, ia tidak patut dinyatakan di dalam sini sebagai pengganti pendapatan bersih sebagai petunjuk prestasi pengendalian. EBITDA dan EBITDA Terlaras sebahagian besarnya merupakan ukuran prestasi yang dijangka mahu digunakan oleh pihak pengurusan kanan Syarikat serta Lembaga bagi menilai beberapa keputusan pengendalian tertentu.

Signature dan Aleris menghitung EBITDA dan EBITDA Terlaras sebagai pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan juga pelunasan, atau EBITDA, yang kemudiannya diselaraskan bagi mengeluarkan atau memasukkan semula beberapa item, ataupun EBITDA Terlaras. Semua item ini dikenal pasti di bawah dalam penyesuaian pendapatan bersih GRSA mengikut EBITDA dan EBITDA Terlaras. Pendapatan bersih ialah ukuran GAAP yang paling setanding secara langsung dengan EBITDA dan EBITDA Terlaras.

Perhitungan Signature dan Aleris untuk EBITDA dan EBITDA Terlaras mungkin berbeza daripada perhitungan yang digunakan oleh syarikat lain bagi langkah kewangan bukan GAAP dengan nama yang sama atau hampir sama; oleh itu, ia tidak boleh dibandingkan dengan syarikat lain.

Jadual berikut mewakili penyesuaian Signature dan Aleris bagi pendapatan bersih dengan EBITDA dan EBITDA Terlaras bagi GRSA selama dua belas bulan yang berakhir pada 30 Jun 2014:



Dua Belas

Bulan Berakhir


(Dalam juta dolar)


30 Jun 2014


Pendapatan bersih hasil usaha GRSA


$

23.0


Faedah



-


Cukai



5.5


Susut nilai dan pelunasan



22.4


EBITDA



50.9


Perbelanjaan Jualan, Am & Pentadbiran korporat teruntuk



18.3


Lain-lain, bersih



5.7


EBITDA Terlaras


$

74.9


 

 

Source: Signature Group Holdings, Inc.
Related Stocks:
OTC:SGGH OtherOTC:SGGH
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Acquisitions, mergers, takeovers Conference call announcements Conservation/Recycling