omniture

Yili Innovation Center Europe Mulakan Penaiktarafan Menyeluruh

Yili Group
2024-04-23 23:27 11

WAGENINGEN, Belanda, 23 April 2024 /PRNewswire/ -- Pada 18 April, waktu tempatan di Belanda, sempena menyambut ulang tahun ke-10 penubuhan Yili Innovation Center Europe (YICE), sebuah majlis bertemakan "Berhubung Secara Global untuk Memacu Inovasi" ("Connect Globally to Drive Innovation") telahpun diadakan di Wageningen University bagi meraikan penaiktarafan di YICE dan penubuhan YMINI (Yili Maternal & Infant Nutrition Institute, YMINI) Global.

Yili Innovation Center Europe Upgrade Ceremony
Yili Innovation Center Europe Upgrade Ceremony

Hampir 130 tetamu menghadiri acara tersebut, termasuk Laurence Rycken, Ketua Pengarah International Dairy Federation (IDF); Hartmut Michel, pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Kimia dan anggota German Academy of Sciences serta wakil-wakil daripada Wageningen University & Research, China Dairy Industry Association (CDIA), International Life Sciences Institute, Springer Nature Group, Royal Society of New Zealand, Kedutaan China di Belanda, University of Cambridge dan Massey University of New Zealand.

Sebagai rakan kongsi penting YICE, Presiden Lembaga Eksekutif Wageningen University, Sjoukje Heimovaara menyatakan: "Yili ialah salah satu rakan kongsi yang paling disegani dalam ekosistem Wageningen yang menyumbang kepada projek dan inisiatif yang berkaitan dengan inovasi dan kolaborasi."

Di majlis tersebut, Liu Chunxi, Presiden Eksekutif Yili Group, memperkenalkan bagaimana Kumpulan ini berkolaborasi dengan rakan kongsi daripada segmen huluan dan hiliran dalam rantaian bekalan industri global selama bertahun-tahun untuk berusaha mencapai inovasi.

Di lapangan, YICE mendedahkan sepuluh pencapaian inovasi utama yang meliputi bidang seperti penyelidikan susu ibu, pembangunan probiotik, inovasi keju, pengurangan gula, keselamatan makanan serta pembangunan dan aplikasi produk teknologi AI. Ia turut memberi pencerahan tentang hala tuju penyelidikan masa depan, bermula daripada penyelidikan teknologi disruptif, pembangunan ramuan fungsian dan pembangunan makanan untuk tujuan perubatan khas, hinggalah aplikasi teknologi digital AI. Sementara itu, satu keputusan telahpun dibuat untuk melancarkan YMINI Global dan untuk memperkenalkan The Publication of The Science of Breast Milk dengan kerjasama Nature, jurnal berwibawa di peringkat antarabangsa.

Berhubung pencapaian YICE, Isabelle Guelinckx, Pengarah Eksekutif International Life Sciences Institute berkata: "Hala tuju inovasi masa depan Yili sejajar dengan apa yang diperlukan oleh perniagaan dan juga apa yang diminta oleh pasaran dan pengguna. Saya berharap dapat meneruskan kolaborasi ini bersama Yili dengan semangat terbukanya untuk kolaborasi bersama rakan sekerja, ahli akademik dan dorongan mereka untuk mencapai inovasi."

Stephen Pincock, Naib Presiden Penyelesaian Impak di Springer Nature Group berkata, "Saya berbesar hati daripada menjadi sebahagian daripada perkongsian bersama Yili yang membawakan kajian mengenai susu ibu kepada komuniti yang lebih luas."

Di acara tersebut, makmal standard tinggi yang mendapat pelaburan dan dibina oleh Yili Group mula beroperasi secara rasmi. Makmal ini mengupayakan operasi bersepadu untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, pengesahan keberkesanan dan pengeluaran skala-rintis serta berperanan sebagai platform inovatif untuk Yili menjalin kerjasama R&D bersama rakan kongsi.

Memajukan kerjasama penyelidikan-universiti-industri juga merupakan bahagian yang penting dalam penaiktarafan ini. YICE akan berganding bahu dengan tapak pengeluaran Ausnutria di Belanda, iaitu syarikat pemegangan subsidiari Yili Group dan pasukan penyelidikan mereka di Wageningen University untuk memanfaatkan selanjutnya kesan sinergistik entiti pengeluaran dan R&D antarabangsa Yili Group. Pencapaian penyelidikan saintifik yang terkini oleh European Center of the National Center of Technology Innovation for Dairy turut membuat kemunculan sulung mereka di tapak acara.

Mengulas mengenai model pembangunan berpandukan inovasi daripada Yili, Laurence Rycken, Ketua Pengarah IDF, berkata, "Inovasi dan teknologi, seperti yang terdapat di pusat ini yang memfokuskan kepada penyelidikan dan kolaborasi, penting untuk kemajuan kami."

 

The high-standard laboratory was officially put into use
The high-standard laboratory was officially put into use

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Computer/Electronics Food/Beverages Health Care/Hospital Publishing/Information Service