SINGAPURA, 24 April 2024 /PRNewswire/ -- SINGAUTO, sebuah syarikat teknologi yang mengkhusus dalam kenderaan sejuk pintar tenaga baharu dan penyelesaian yang berkaitan, memperoleh USD 45 juta dalam pendanaan bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran, mempercepatkan pembangunan kenderaan percubaan dan memperhalusi barisan produk dan penyelesaian perisiannya.
Produk unggulan syarikat ini, kenderaan rangkaian sejuk tenaga baharu S1 berserta kenderaan komersial pintar V1 dan kenderaan cas sendiri E1, didedahkan pada September 2023. Model S1 mempunyai kapasiti penyimpanan 18 meter padu, jarak 300km menggunakan teknologi bateri fosfat besi litium termaju dan penyelesaian pengecasan semula yang fleksibel. Ia akan membawakan keupayaan pemanduan autonomi sepenuhnya dengan penampilan sulung global ditetapkan pada Mei tahun ini dan penghantaran dijangka bermula pada tahun 2025.
"Produk kami menunjukkan lonjakan ke hadapan dalam reka bentuk dan fungsian kenderaan komersial tenaga baharu," kata Liu Yuqiang, pengasas SINGAUTO. "Khususnya, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami menghasilkan produk pengawal domain kenderaan komersial canggih yang dikuasakan oleh NVIDIA dan SOC berprestasi tinggi daripada Horizon. Kesemua ini dapat menyokong pemanduan terbantu tahap L2 dan direka bentuk untuk memenuhi keperluan pemanduan autonomi tahap L3 dan L4 dalam masa terdekat."
Pengelektrikan kenderaan komersial semakin maju di peringkat domestik dan global. Mengambil maklum tentang impak alam sekitar yang signifikan daripada peralihan ini, Liu menambah, "Walaupun kereta penumpang kebanyakannya menggunakan gasolin, kenderaan komersial biasanya beroperasi menggunakan diesel. Analisis kami menunjukkan bahawa salah satu kenderaan komersial tenaga baharu kami dapat mengimbangi emisi karbon 50 buah kereta berkuasa gasolin."
Sebagai sebuah syarikat Singapura, visi SINGAUTO jauh melangkaui pasaran Cina. "Kami menganggap syarikat kami sebagai entiti global," kata Liu. "Memandang ke hadapan, kami sedang bersiap sedia untuk pelancaran produk di rantau seperti Asia Tenggara (SEA) dan Timur Tengah (ME), di mana iklim menuntut penggunaan pengangkutan sejuk sepanjang tahun, membawakan peluang pasaran yang besar untuk kenderaan kami."
Dengan perkongsian strategik mendorong laluannya, SINGAUTO tetap komited untuk menyampaikan nilai yang tiada tandingan pada skala global. Syarikat ini kini bersedia untuk memulakan pengeluaran besar-besaran, dengan sasaran untuk menyerahkan lebih 20,000 unit menjelang tahun 2025 dan meningkatkan pengeluaran kepada 100,000 unit menjelang tahun 2027.
Latar Belakang SINGAUTO
SINGAUTO ialah sebuah syarikat teknologi yang beribu pejabat di Singapura, memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan produk logistik penyuap, pembangunan perisian dan perkhidmatan teknologi serta komited untuk mencipta jenama nombor satu di dunia bagi trak sejuk pintar tenaga baharu.