omniture

Mengurus Simptom Refluks Anda: Aplikasi Food4GERD

Takeda Pharmaceuticals International GmbH
2014-10-20 11:58 117

ZURICH, 20 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati melalui epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/111920/ -

Penyakit refluks gastroesofagus (GERD), yang sering disebut sebagai pedih hulu hati, merupakan masalah besar untuk ramai orang di seluruh dunia.[1] Pilihan makanan[2] dan tabiat makan[3] barangkali memberi kesan terhadap simptom GERD. Takeda telah membangunkan aplikasi mudah alih Food4GERD untuk membantu orang ramai mengurus simptom refluks mereka.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141020/712191-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141020/712191-b )

Aplikasi Food4GERD merupakan aplikasi mudah alih yang menyediakan maklumat terhadap makanan dan minuman biasa, menjadikannya alat yang berguna untuk menyemak bahan serta kesannya yang mungkin terhadap simptom refluks. Hal yang telah diketahui umum ialah perubahan diet dan gaya hidup secara beransur-ansur adalah disyorkan bagi memperbaiki simptom berkaitan GERD. [4]

"Semakan Bahan" yang dimuatkan dalam aplikasi Food4GERD membantu pesakit mengamati pilihan makanan kegemaran mereka yang baik dan makanan yang perlu dielakkan. Bagi versi terkininya, para pesakit juga boleh menambahkan makanan dan minuman mereka sendiri serta melindungi akses kepada aplikasi dengan kod pin.

"Penjejak Simptom" bersepadu membolehkan para pengguna merekodkan keterukan simptom refluks seperti pedih hulu hati, sakit tekak mahupun sakit dada. Di samping itu, aplikasi tersebut turut menawarkan kemungkinan untuk mengesan masa terjadinya simptom, selain menentukan pencetus peribadi seperti tekanan atau tabiat makan yang tidak teratur, serta bahan yang mungkin berkaitan dengan simptom. Diari peribadi boleh disemak semula dalam "Sejarah Simptom" dan kesemua data boleh dieksport, yang merupakan alat berguna memandangkan para pesakit dapat menggunakan keputusan tersebut bagi perbincangan bersama doktor mereka: Penggunaan aplikasi Food4GERD sebagai sebahagian daripada komunikasi susulan antara pesakit dan doktor tentang perkembangan penyakit dapat membantu kedua-duanya bagi mengoptimumkan rawatan.[5]

Aplikasi Food4GERD boleh didapati untuk semua peranti mudah alih biasa (termasuk iOS dan Android). Baru-baru ini ia telah menerima kemas kini bahasa Sepanyol pertamanya, yang bakal disusuli dengan lebih banyak terjemahan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari http://www.food4gerd.com.

Latar Belakang GERD

Penyakit refluks gastroesofagus (GERD) atau penyakit refluks asid (ARD), ialah keadaan biasa yang terhasil apabila refluks isi perut menyebabkan simptom atau komplikasi yang mengganggu.[6] Simptom biasa adalah seperti kesakitan atau kepedihan di bahagian dada dan kesukaran untuk menelan, namun GERD yang tidak dirawat boleh menyebabkan asma, perubahan suara ataupun suara serak.[7]

Prevalens GERD telah meningkat sejak 20 tahun lalu[8], terutamanya di negara perindustrian barat[1],[8], dan memberi kesan kepada semua peringkat usia.[7] Anggaran prevalens adalah antara 18 hingga 28 peratus di Amerika Utara dan 9 hingga 26 peratus di Eropah.[1]

Latar Belakang Takeda Pharmaceuticals International GmbH

Beribu pejabat di Zurich sebagai syarikat subsidiari milik penuh Takeda Pharmaceutical Company Limited, Osaka, Jepun; syarikat tersebut mempunyai kehadiran komersil yang merangkumi lebih 70 negara, dengan kekuatan khususnya di Asia, Amerika Utara, Eropah dan juga pasaran baru muncul yang pantas berkembang termasuk Amerika Latin, Rusia-CIS serta China. Bidang tumpuan termasuklah kardiovaskular dan metabolik, onkologi, respiratori serta imunologi, sistem saraf pusat, perubatan umum dan juga vaksin.

Takeda ialah syarikat global berasaskan penyelidikan dengan tumpuan utamanya terhadap farmaseutikal. Sebagai syarikat farmaseutikal terbesar di Jepun dan salah satu peneraju global dalam industri ini, Takeda komited untuk berusaha demi kesihatan yang lebih baik untuk orang ramai di seluruh dunia melalui inovasi terkemuka dalam bidang perubatan. Melalui integrasi Millennium Pharmaceuticals dan Nycomed, Takeda telah melakukan transformasi, memperluas kepakaran terapeutik dan jangkauan geografinya.

Maklumat tambahan tentang Takeda boleh didapati menerusi laman web korporatnya, http://www.takeda.com.

---------------------------------------------

1. El-Serag HB et al. Gut, 13 Jul 2013 (Penerbitan elektronik sebelum cetakan); doi:10.1136/gutjnl-2012-304269.

2. Mansour-Ghanaei F et al. Int J Mol Epidemiol Genet 2013; 4:175-182.

3. Fujiwara Y et al. Am J Gastroenterol 2005; 100:2633-2636.

4. Heidelbaugh JJ et al. Am Fam Physician 2003; 68:1311-1318.

5. McColl E et al. Am J Gastroenterol. 2005; 100:11-18.

6. Vakil N et al. Am J Gastroenterol 2006; 101:1900-1920.

7. Koop H et al. Z Gastroenterol 2005; 43:163-164.

8. El-Serag HB. Clin Gastroenterol Hepatol 2007; 5:17-26.

Hubungi:

m:werk GmbH & Co. KG
Humboldtstraße 11
D-65189 Wiesbaden
Tel.: +49(0)611-16086-0
Faks: +49(0)611-16086-15
E-mel: reflux@m-werk.de

Sumber: Takeda Pharmaceuticals International GmbH

Source: Takeda Pharmaceuticals International GmbH
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services