omniture

Chatime menang Anugerah Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik di QSR Media Asia Tabsquare Awards 2024

Chatime
2024-04-24 04:33 82

HSINCHU, 24 April 2024 /PRNewswire/ -- Chatime, jenama teh bebola hitam kenyal dan minuman inovatif global yang terkemuka, memenangi Anugerah Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik di QSR Media Asia Tabsquare Awards 2024 hari ini. La Kaffa International, syarikat induk Chatime, turut dianugerahkan Anugerah Pengiktirafan Khas.

(Left to Right)Henry Wang, Chairman of La Kaffa International & Teresa Wang, Co-Founder of Chatime
(Left to Right)Henry Wang, Chairman of La Kaffa International & Teresa Wang, Co-Founder of Chatime

"Kami berbesar hati kerana diiktiraf atas dedikasi kami terhadap tanggungjawab sosial dan anugerah ini menjadi bukti usaha kolektif kami dalam memperkayakan komuniti dan memupuk perubahan yang positif. Kami amat berbangga dengan pencapaian ini dan tetap teguh dalam komitmen kami untuk terus memberi inspirasi kepada inisiatif yang bermakna dan mampan demi kebaikan masyarakat dan alam sekitar," kata Teresa Wang, Pengasas Bersama Chatime.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat Global Chatime, CommuniTea, memanfaatkan kuasa teh bebola hitam kenyal untuk memacu perubahan sosial dan bertindak sebagai suara komuniti global Chatime. Melalui acara The Hope Project, Chatime bekerjasama dengan organisasi-organisasi seperti EAP (Early Autism Project) di Malaysia, Autism Society of Taiwan dan Taiwan Autism Family Care Association untuk meningkatkan kesedaran mengenai autisme dan memberi peluang pekerjaan kepada anak muda yang menghidap autisme pada tahun 2023.

Anugerah ini berperanan sebagai sumber inspirasi dan motivasi buat Chatime untuk terus berinovasi, berkolaborasi dan memimpin melalui teladan dalam industri ini dan seterusnya. Chatime merakamkan ucapan terima kasihnya yang tulus ikhlas kepada pelanggannya, rakan kongsi dan pihak berkepentingan atas sokongan dan kolaborasi mereka dalam menerima inisiatif tanggungjawab sosial jenama ini.

Sementara itu, selama lebih dua dekad, La Kaffa International berjaya mengendalikan lebih daripada 10 jenama F&B dengan kehadiran perniagaan di 63 negara. Komitmen La Kaffa kepada inovasi dan keselamatan produk terbukti dalam pemerolehan salah satu kilang bebola hitam kenyal yang terbesar di Asia, menjamin kualiti ramuan, mampan dan rantaian bekalan stabil bagi menyokong kedai-kedai globalnya.

Tatkala perjalanan menuju kecemerlangan diteruskan, La Kaffa International tetap berdedikasi untuk mempelopori inovasi, kawalan kualiti, penyepaduan rantaian bekalan, pembangunan kedai dan impak bermakna melangkaui kejayaan perniagaan. Untuk maklumat lanjut mengenai Chatime dan inisiatif tanggungjawab sosialnya, sila kunjungi: https://www.chatime.com.tw/en/

 

 

Source: Chatime
Related Stocks:
Taiwan:2732
Keywords: Food/Beverages Awards