Pilihan untuk merawat diri dengan penuh kasih sayang dan perhatian adalah pilihan peribadi, di mana pendapat negatif tidak mempunyai tempat dalam perjalanan kecantikan peribadi.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 April 2024 /PRNewswire/ -- RELIFE, bahagian dermatologi dan perubatan estetik A. Menarini yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Menarini − sebuah syarikat farmaseutikal Itali dengan sejarah lebih daripada 135 tahun akan memulakan sebuah kempen untuk mendukung keyakinan diri dan pilihan peribadi untuk mencabar norma masyarakat setempat mengenai standard kecantikan. Pada masa yang sama, RELIFE by A.Menarini juga akan berganding bahu dengan pakar estetik seperti Dr Hew Yin Keat, pengasas Klinik M.A.C can salah seorang ahli pengasas Malaysian Society of Aesthetic Medicine, bersama Dr Rachel Chew, pengasas Klinik Rachel Chew, untuk menormalkan perbualan mengenai prosedur estetik oleh pakar-pakar perubatan estetik bertauliah atau pakar-pakar kesihatan profesional.
(dari kiri) Josie Ong, Pengarah Komersial A. Menarini Singapore Pte Ltd (cawangan Malaysia) melancarkan kempen "Fragments of Beauty' oleh RELIFE oleh A. Menarini dengan bekerjasama dengan pakar perubatan estetik seperti Dr Hew Yin Keat, pengasas Klinik M.A.C dan salah seorang ahli pengasas Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, bersama Dr Rachel Chew, pengasas Klinik Rachel Chew, untuk menormalisasi perbualan mengenai prosedur estetik.
Josie Ong, Pengarah Komersil, A. Menarini Singapore Pte Ltd (Cawangan Malaysia) berkongsi, "Setelah menganalisis suara sosial di lebih 12 negara, RELIFE by A.Menarini mendapati bahawa setiap hari, berjuta-juta wanita menjadi mangsa buli siber di media sosial kerana penampilan dan usia mereka. Apabila seorang wanita memutuskan untuk menjalani rawatan estetik, dia diejek kerana tidak semula jadi, manakala jika dia memutuskan untuk tidak menjalani rawatan, dia dikritik kerana kedutan di muka. Oleh itu, inisiatif "Fragments of Beauty" di mana artis Swiss, Simon Berger telah membina karya seni di mana sebuah dinding kaca yang mengandungi komen-komen menyakitkan hati mengenai umur tua, termasuk komen yang ditujukan ke seorang model yang berusia dan memecahkan kata-kata yang menyakitkan ini untuk mencipta sebuah potret yang indah."
"Di RELIFE by A.Menarini, fokus kami adalah untuk membantu mereka yang ingin mendapatkan estetik dan anti-penuaan bagi diri mereka sendiri. Karya seni "Fragments of Beauty" adalah sebuah medium untuk menyampaikan mesej harga diri, penghormatan dan keterangkuman untuk semua. Walaupun Hari Wanita Sedunia telah berlalu, ianya adalah penting untuk memperjuangkan kebebasan wanita yang ingin memilih penampilan mereka dan menerima proses penuaan. Kempen ini berfungsi sebagai seruan yang berterusan untuk semua bertindak dalam dunia di mana wanita telah diberi kuasa untuk memilih penampilan mereka tanpa tekanan dari masyarakat. Kita harus merayakan autonomi wanita ke atas badan mereka dan hak untuk menjadi tua dengan anggun menggariskan perjuangan yang berterusan terhadap standard kecantikan yang sering memegahkan cita-cita yang tidak realistik. Kami mahu terus memberi sokongan dan menggalakkan wanita untuk mendakap identiti mereka, di mana mereka boleh berkembang dengan bebas untuk menentukan standard kecantikan mereka dengan sendiri dan menjadi tua mengikut terma peribadi," tambah Ong lagi.
Kesan Psikologi dan Meningkatkan Keyakinan Melalui Rawatan Estetik
Rawatan estetik sering dilihat sebagai tertumpu kepada memuja diri sendiri sahaja. Walau bagaimanapun, mereka memainkan peranan penting dalam memupuk kesihatan holistik dan keyakinan diri. Menurut Tinjauan Global 2022 mengenai Prosedur Estetik/Kosmetik oleh Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS)[1], terdapat peningkatan sebanyak 41.3% dalam prosedur estetik sepanjang empat tahun yang lalu, dengan prosedur bukan pembedahan mengalami peningkatan yang ketara sebanyak 57.8% dalam tempoh yang sama. Prosedur estetik bukan pembedahan ialah rawatan di mana individu mencari peremajaan atau peningkatan melalui pengisi atau microdermabrasion.
"Stres adalah faktor biasa dalam dunia yang dipercepatkan dan kehidupan yang kita jalani. Berdasarkan bukti saintifik, stres mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan fizikal dan mental kita, dan ia boleh mempercepatkan proses penuaan. Langkah pertama yang boleh dilakukan oleh semua orang untuk menguruskan penuaan akibat tekanan ialah menggunakan teknik pengurangan tekanan seperti meditasi kesedaran, senaman yang kerap dan tidur yang berkualiti. Jangan kita hanya menilai orang tetapi haru jadikan ianya perkara normal jika seseorang itu memilih untuk menyerlahkan penampilan mereka yang melambangkan kecergasan dalaman mereka untuk memupuk kesejahteraan mental dan keyakinan diri. Prosedur-prosedur estetik, terutamanya yang melibatkan prosedur bukan invasif seperti fillers boleh memberi kesan yang ketara kepada keyakinan dan harga diri, dan dapat membawa kepada perubahan positif dalam pelbagai aspek kehidupan seharian. Rawatan ini meningkatkan keyakinan diri dan memberi kesan positif kepada hubungan peribadi dan profesional. Mereka juga boleh membantu individu berasa lebih selesa dalam kulit mereka, mengutamakan kesejahteraan keseluruhan daripada mematuhi piawaian kecantikan. Ianya juga boleh membantu individu berasa lebih selesa dalam kehidupan seharian dengan mengutamakan kesejahteraan keseluruhan daripada mengikut standard kecantikan," kata Dr Hew Yin Keat, Pakar Perubatan Estetik, Pengasas dan Pengarah Perubatan Klinik M.A.C.
Mengurangkan Tanggapan yang Salah dengan Pendidikan Yang Betul
Setiap hari, wanita-wanita di seluruh dunia dibuli kerana berumur di platform sosial, semata-mata oleh kerana penampilan mereka. Sama ada mereka memilih penambahbaikan estetik atau menerima mereka akan menjadi tua dengan semula jadi, mereka sentiasa menerima kritikan yang tidak wajar. Adalah penting untuk bersama-sama menegakkan hak wanita untuk menentukan kecantikan mereka dan menerima baik perjalanan penuaan dengan anggun.
Dr Rachel Chew, Pakar Perubatan Estetik, Klinik Rachel Chew berkata, "Terdapat perubahan ketara dalam cara kita melihat ke estetika kulit dewasa ini. Apabila seseorang memilih untuk melakukan sebarang rawatan estetik, ini bukan semata-mata untuk mematuhi piawaian kecantikan. Ianya mengenai memperkasakan individu untuk membuat pilihan yang dapat meningkatkan kecantikan semula jadi mereka dan juga keyakinan mereka. Setiap orang mempunyai hak untuk kelihatan sebaik yang mereka rasa. Selalunya, badan akan menjadi tua lebih cepat daripada minda dan jiwa mereka. Walaupun anda mungkin berasa hebat, badan anda akan kelihatan letih. Kami percaya yang badan anda harus sentiasa nampak baik seperti yang anda rasa. Ia akan menjadi sebahagian daripada penjagaan gaya hidup anda. Terdapat prosedur-prosedur mudah seperti fillers yang menggunakan teknologi perubatan terkini untuk memenuhi keperluan semua, yang menawarkan hasil semula jadi sejajar dengan matlamat peribadi masing-masing. Lelaki, seperti wanita, juga melihat kepentingan estetik dalam penjagaan diri. Kami menggalakkan keterangkuman dan pemerkasaan dalam mengejar matlamat estetik sambil menjalani kehidupan yang seimbang sambil menyokong semua orang."
Pendekatan Rawatan Secara Peribadi
Di bidang estetika kini, ianya juga mengenai personalisasi yang tidak menggunakan pendekatan satu saiz untuk semua. Pakar perubatan estetik dan ahli dermatologi akan menyesuaikan rawatan agar sesuai dengan keperluan setiap orang tanpa mengikut trend atau standard yang tidak realistik. Evolusi ini penting untuk meraikan perbezaan individu, meningkatkan ciri semula jadi secara tulen, menangani kebimbangan khusus dengan berkesan, dan memupuk kepercayaan dan keselesaan melalui penjagaan peribadi. Ini memastikan hasil terbaik dan meningkatkan keyakinan, meningkatkan pengalaman rawatan secara keseluruhan.
Dr Chew tambah lagi, "Pendekatan rawatan kecantikan jenis umum tidak lagi digunakan. Kini, personalisasi adalah lebih penting di dalam dunia estetik. Ianya tentang memahami keperluan unik setiap pesakit dan menyesuaikan rawatan untuk mencapai hasil yang mereka inginkan, bukan sekadar mengejar trend atau mematuhi standard yang tidak realistik."
"Ingat, keselamatan diri adalah kunci. Jadi pengguna yang bijak - buat penyelidikan anda sendiri, dan pilih klinik yang bertauliah untuk sebarang prosedur termasuk rawatan bukan invasif seperti fillers Atas sebab keselamatan, prosedur estetik perubatan hanya boleh dilakukan oleh pengamal yang bertauliah dan berlesen di premis-premis berlesen. Lawati pengamal perubatan berdaftar yang diklasifikasikan sebagai pakar dan bukan pakar. Jawatankuasa Credentialing and Privileging perlu mendaftarkan mereka sebagai pengamal untuk Amalan Perubatan Estetik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan itu, individu boleh meneruskan rawatan estetik dengan yakin sambil menjaga kesejahteraan mereka dan mencapai hasil yang terbaik," Dr Hew tambah lagi.
Dalam dunia hari ini, perbualan tentang rawatan estetik adalah penting, kerana ia mengiktiraf kesannya terhadap kesihatan dalaman, luaran dan mental. Ianya bukan hanya untuk memenuhi piawaian kecantikan tetapi meningkatkan kecantikan semula jadi seseorang sambil berasa baik tentang diri sendiri. Mari kita normalkan perbualan tentang cara-cara kita boleh merawat diri kita dengan kasih sayang dan perhatian, di mana penilaian dan pendapat negatif tidak mempunyai tempat dalam perjalanan kecantikan peribadi.
Mengenai Menarini Asia-Pasifik
Di Menarini Asia-Pasifik, dedikasi kami adalah untuk meningkatkan kualiti hidup orang ramai. Kami percaya bahawa kesihatan yang baik akan memperkasakan orang ramai untuk mencapai potensi penuh mereka. Diperkukuhkan oleh warisan Menarini yang terkenal sejak 1886 dan rangkaian rakan kongsi global kami, Menarini Asia-Pasifik hari ini merangkumi 13 pasaran utama di rantau ini - mencergaskan kehidupan rakyat dan komuniti di mana kami berkhidmat.
Menarini Asia-Pasifik ialah anak syarikat milik penuh syarikat farmaseutikal terkemuka Itali Menarini Group. Kami menggabungkan kekuatan sumber global kami dengan pandangan pelanggan kami untuk membawa inovasi perubatan terbaik kepada hospital dan penyedia penjagaan kesihatan.
Mengenai RELIFE
RELIFE ialah syarikat Dermatologi dan Perubatan Estetik sedunia yang berakar umbi di dalam Menarini Goup dan kerjasama rapat dengan Profesional-profesional Penjagaan Kesihatan terkemuka di seluruh dunia untuk membangunkan cara rawatan kulit yang serba baharu. Sebagai sebahagian daripada Menarini Group, RELIFE mempunyai asas yang dibina dengan warisan saintifik syarikat induk dan standard berkualiti tinggi serta menghormati standard tertinggi dalam semua proses-proses kami.
[1] 2022 Global Survey from ISAPS Reports a Rise in Aesthetic Surgery Worldwide - https://www.isaps.org/discover/about-isaps/global-statistics/reports-and-press-releases/global-survey-2022-full-report-and-press-releases/ |