NYON, Switzerland, 20 Oktober 2014 /PRNewswire/ --
Osteoporosis boleh mengakibatkan keretakan yang menyakitkan, kehilangan upaya serta kematian awal, namun terus dipandang ringan oleh orang ramai serta diabaikan oleh para doktor ketika pemeriksaan fizikal rutin dijalankan
Dapatan daripada tinjauan baharu yang dikeluarkan pada Hari Osteoporosis Sedunia oleh Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF), menunjukkan secara purata, 90 peratus daripada 13,258 individu dewasa yang dibanci tidak menyedari kebiasaan keretakan osteoporosis dalam kalangan lelaki. Dengan seorang daripada lima individu lelaki berusia 50 tahun atau ke atas mengalami penyakit tersebut, data tersebut mengesahkan walaupun osteoporosis biasa berlaku, serius dan mempunyai potensi untuk mengancam nyawa, penyakit itu kekal sebagai isu kesihatan yang dipandang ringan serta diabaikan. Tinjauan multinasional, yang dijalankan dalam kalangan individu dewasa dari 12 negara menunjukkan kejahilan ini adalah sejagat dan tidak bergantung pada jantina ataupun faktor geografi.
Prof. John Kanis, Presiden, IOF, berkata: "Realiti yang menyedihkan adalah dengan tidak mengetahui risiko ini, lelaki mendedahkan diri mereka terhadap kesakitan, kehilangan upaya dan mungkin kematian awal pada masa akan datang. Masalah ini bertambah buruk disebabkan doktor yang tidak menekankan kesihatan tulang terhadap para pesakit mereka ketika melakukan pemeriksaan rutin." Menurut tinjauan tersebut, lelaki dalam kumpulan umur 50 tahun ke atas yang pernah menjalani pemeriksaan adalah kurang berkemungkinan sebanyak 18 peratus untuk mempunyai apa-apa bentuk penilaian kesihatan tulang dibandingkan dengan wanita pada umur yang sama. Perbezaan ini adalah lebih ketara di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat (31 peratus), Brazil (30 peratus), Belgium (23 peratus) serta Sepanyol (22 peratus).
Tinjauan tersebut mendedahkan:
Latar belakang tinjauan
Semua angka, melainkan dinyatakan sebaliknya, adalah daripada YouGov Plc. Kerja lapangan telah dijalankan secara dalam talian pada Julai 2014* di negara/saiz sampel berikut: Australia (1000), Belgium (1000), Brazil (1001), China (1031), India (1045), Jordan (1001), Mexico (1032), Afrika Selatan (502), Sepanyol (1029), Emiriah Arab Bersatu (1026), United Kingdom (2424), Amerika Syarikat (1167). Setiap angka telah diwajarkan dan mewakili kesemua individu dewasa (berusia 18 tahun ke atas) di negara masing-masing.
*Lembaran fakta tinjauan: http://www.worldosteoporosisday.org/press-centre
Hari Osteoporosis Sedunia, diadakan setiap tahun pada 20 Oktober, bagi menandakan kempen sepanjang tahun http://www.worldosteoporosisday.org
Hari Osteoporosis Sedunia disokong pada peringkat global melalui geran pendidikan tanpa had daripada Amgen, UCB, Fonterra, Lilly, MSD, Pfizer Consumer Healthcare
Latar Belakang Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF)
IOF merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan terbesar di dunia yang dikhususkan untuk pencegahan, diagnosis dan juga rawatan osteoporosis serta penyakit rangka otot yang berkaitan. http://www.iofbonehealth.org
Maklumat perhubungan media
Charanjit K. Jagait, IOF
Telefon +41-79-874-52-08, cjagait@iofbonehealth.org
Sumber: The International Osteoporosis Foundation (IOF)