omniture

InterSystems bekerjasama dengan Imagelink Software dalam memesatkan transformasi digital bagi kerajaan dan perniagaan Malaysia dengan penyelesaian pengurusan dokumen yang terkini

InterSystems
2024-04-24 14:01 1

Platform data InterSystems IRIS membolehkan Imagelink membangun dan mengatur penyelesaian saling kendalian dengan cepat untuk menyimpan, mengelola, dan menyusun data, sambil membentuk semula aliran kerja perniagaan yang lebih efisien.

KUALA LUMPUR, Malaysia, April 24, 2024 /PRNewswire/ -- InterSystems, penyedia teknologi data kreatif yang khusus dalam membantu pelanggan menyelesaikan masalah kebolehskalaan, saling kendalian dan kelajuan yang paling kritikal, hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan Imagelink Software, peneraju dalam penyelesaian pengurusan kandungan perusahaan, untuk memesatkan transformasi digital bagi kerajaan dan perniagaan Malaysia. Pelanggan utama Imagelink termasuklah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Hospital Columbia Asia.

Kenneth Kuek, Country Lead, Data Platforms, InterSystems with Gwee Chee Seng, CEO and Founder, Imagelink Software Sdn Bhd
Kenneth Kuek, Country Lead, Data Platforms, InterSystems with Gwee Chee Seng, CEO and Founder, Imagelink Software Sdn Bhd

Kerajaan Malaysia telah menggesa agensi-agensi kerajaan supaya meningkatkan kualiti data awam, inovasi awam, serta perkhidmatan awam dengan menggunakan cara yang lebih holistik. Penyelesaian pengurusan dokumen terbaharu Imagelink membantu organisasi di Malaysia mendepani cabaran pendigitalisan, pengurusan dokumen dan pengautomasian aliran kerja. Penyelesaian ini memperkasa agensi-agensi kerajaan dan perniagaan untuk membayangkan semula dan mereka semula aliran kerja serta proses mereka demi menyampaikan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

Dibina di atas platform data InterSystems IRIS®, penyelesaian pengurusan dokumen ini membolehkan organisasi menyimpan dan memproses pelbagai jenis data dengan mudah, mengatur aliran kerja, mengenal pasti jurang proses, serta memanfaatkan kuasa AI dan pembelajaran mesin atau Machine Learning pihak ketiga. InterSystems IRIS mempercepat usaha penggabungan dan membolehkan Imagelink membenamkan keupayaan baharu seperti teknologi kalis kuantum dengan cepat. Ciri utama InterSystems IRIS termasuklah pangkalan data berprestasi tinggi dan berbilang model yang menyediakan storan data dan dokumen berbilang dimensi; enjin aliran kerja dan keupayaan penyusunan grafik berkod rendah bagi pengautomasian aliran kerja yang lancar; dan papan pemuka kecerdasan perniagaan interaktif untuk analisis dan pandangan.

InterSystems IRIS memudahkan integrasi teknologi pihak ketiga seperti AI dan pembelajaran mesin (machine learning) secara lancar. Ini mengukuhkan keupayaan untuk memberikan pandangan dan membuat keputusan dengan segara. Salah satu contohnya adalah penggabungan teknologi Signature Pre-Image Proof (SPP) dalam penyelesaian pengurusan dokumen Imagelink yang membantu syarikat-syarikat untuk tahan kuantum dengan cara menguatkan kesahihan dan pengesahan dokumen serta kandungan digital mereka.

"Sama ada anda ialah agensi kerajaan yang berusaha untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan awam, atau sebuah perusahaan yang mencari jalan untuk memperbaik hasil perniagaan, pendigitalisan dan proses aliran kerja yang direka dengan baik akan membantu organisasi anda meningkatkan kecekapan dan menambah kepuasan pelanggan; di samping mencepatkan masa-ke-pasaran bagi produk dan perkhidmatan baharu," kata Gwee Chee Seng, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Imagelink Software. "Kerjasama kami dengan InterSystems menandakan langkah maju dalam pembentukan semula cara perniagaan di Malaysia dalam pengurusan dokumen dan aliran kerja mereka. Gabungan kepakaran Imagelink dengan pengurusan data berprestasi tinggi serta keupayaan saling kendalian InterSystems IRIS akan memperkasa organisasi untuk mencapai kecekapan dan kecemerlangan operasi yang belum pernah dialami sebelum ini."

"Ekonomi digital Malaysia sedang tumbuh dengan pesat, dipacu oleh generasi baharu usahawan teknologi yang tidak takut mencabar norma. Pembangun perisian, penyedia penyelesaian dan rakan kongsi perlaksanaan membawa idea-idea dan pengetahuan baharu bagi membantu organisasi membayangkan semula aliran kerja dan proses mereka untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan menyampaikan perkhidmatan awam yang lebih baik. Sebagai rakan kongsi teknologi data mereka yang dipercayai, kami teruja untuk memainkan peranan kami dalam membantu merealisasikan visi mereka," kata Kenneth Kuek, Direktur Negara, Platform Data, InterSystems. "Kami kagum dengan pasukan Perisian Imagelink dengan pengetahuan industri dan kepakaran teknikal mereka serta hubungan pelanggan yang kukuh. Dengan platform data InterSystems IRIS membentuk asas kukuh bagi penyelesaian pengurusan dokumen mereka, Imagelink boleh segera menghubungkan data dengan silo aplikasi, dan membina suatu penyelesaian yang kaya dengan ciri-ciri serta berprestasi tinggi yang boleh disesuaikan dengan keperluan pelanggan." 

Di InterSystems, penyelesaian platform data kami membebaskan kuasa data dan memacu inovasi dalam seni bina data pada tahap perusahaan. Ini membolehkan organisasi membuat penyesuaian mengikut peredaran industri, memenuhi keperluan pengawalseliaan yang sentiasa berubah, di samping mencepatkan proses membuat keputusan. Dengan produk utamanya iaitu platform data InterSystems IRIS ini, InterSystems sedang memacu inovasi dalam pengurusan data.

InterSystems IRIS menyokong penggabungan dengan pelbagai jenis standard dan protokol terbuka seperti SQL, REST, SOAP, HL7, FHIR, dan lain-lain. Ini membolehkan para pembangun perisian membina aplikasi di atas InterSystems IRIS yang mematuhi amalan dan protokol standard industri, justeru menggalakkan saling kendalian dengan sistem-sistem dan teknologi lain.

Perihal InterSystems

Ditubuhkan pada tahun 1978, InterSystems merupakan peneraju dalam penyediaan penyelesaian baharu bagi transformasi digital perusahaan dalam sektor penjagaan kesihatan, kewangan, perkilangan dan rantaian bekalan. Platform datanya yang menggunakan teknologi awan menyelesaikan masalah saling kendalian, kelajuan dan kebolehskalaan untuk organisasi besar di seluruh dunia. InterSystems komited terhadap kecemerlangan melalui sokongan pelanggan dan rakan kongsinya di lebih 80 negara yang beroperasi 24x7 dan telah memenangi anugerah. Sebuah syarikat swasta yang beribu pejabat di Cambridge, Massachusetts, InterSystems mempunyai 39 pejabat di 28 negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati InterSystems.com.

Source: InterSystems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Contracts Data Analytics