omniture

Hannover Messe 2024: Shanghai Electric Perkenalkan Buat Julung Kali Penyelesaian Industri Termaju dengan Penyelesaian Peralatan Tenaga Bersepadunya

Shanghai Electric
2024-04-24 21:23 4

HANNOVER, Jerman, 24 April 2024 /PRNewswire/ -- Buat kali pertama dalam tempoh lima tahun, Shanghai Electric ("Syarikat") (SEHK:2727, SSE:601727) kembali ke Hannover Messe, pameran perdagangan industri yang terkemuka di dunia, membawakan penyelesaian peralatan industri inovatifnya kepada rakan industri Eropah dan global, berserta penyelesaian peralatan tenaga utamanya. Di acara selama lima hari ini, Shanghai Electric akan mengadakan pameran di Dewan 12, Gerai Pameran D66, Pusat Pameran Hannover, di mana Syarikat ini akan mempamerkan keupayaannya dalam memacu transformasi dan automasi tenaga industri di bawah tema "Memberi Tenaga Kepada Automasi Industri Anda" ("Energize Your Industrial Automation").

Hannover Messe 2024: Shanghai Electric Debuts Advanced Industrial Solutions with Its Integrated Energy Equipment Solution.
Hannover Messe 2024: Shanghai Electric Debuts Advanced Industrial Solutions with Its Integrated Energy Equipment Solution.

Bermula daripada sistem kuasa canggih kepada taman perindustrian karbon sifar, serta barisan pembuatan pintar dan pemacu industri yang cekap, hadirin akan berupaya menyaksikan penyelesaian dan pencapaian teknologi terkini Syarikat merentas pelbagai dimensi.

Inovasi di Barisan Hadapan: Shanghai Electric Turut Membawakan Penyelesaian Tenaga Pintar Rintis untuk Pembangunan Mampan Global.

Syarikat ini mempersembahkan penyelesaian peralatan tenaga mampannya yang terbukti dalam industri termasuk:

  • Turbin Angin Luar Pesisir 16MW+: Turbin angin luar pesisir terapung 16MW+, digandingkan dengan platform Poseidon, membawakan lebih 40 peningkatan teknologi ketersesuaian utama berbanding turbin angin luar pesisir tetap. Kemajuan ini memastikan prestasi yang andal dalam persekitaran yang kompleks, dengan kelebihan teras dalam keandalan, penyelenggaraan pintar dan kebolehskalaan modular.
  • Penyelesaian Fotovolta (PV) Bersepadu: Syarikat mempersembahkan rangkaian penyelesaian integrasi PV yang sesuai untuk pelbagai senario, termasuk penjanaan kuasa terma PV dan solar tergabung, storan tenaga terma solar, penyahgaraman berkuasa solar dan pemanasan terma solar jimat tenaga, berserta peralatan dan penyelesaian yang diperlukan. Medan ujian (sandbox) penting bagi penjanaan kuasa hibrid PV 950 MW unggulannya di Dubai termasuk menara kuasa solar ("CSP") tertumpu 100 MW, tiga loji CSP palung parabola 200 MW dan 250 MW kapasiti PV.
  • Pelbagai Penyelesaian Storan Tenaga: Memenuhi keperluan pasaran antarabangsa dengan paparan komprehensif pelbagai bentuk storan tenaga seperti storan tenaga roda tenaga, bateri litium dan teknologi bateri aliran, antara lain. Melalui pendekatannya yang proaktif dalam pelbagai arah, ia berupaya menawarkan perkhidmatan sehenti untuk pelbagai pilihan storan unggul serta peralatan dan perkhidmatan bersepadu untuk pampasan kuasa reaktif. Memanfaatkan faedah bersepadu pelbagai jenis peralatan, ia bertujuan untuk menangani ketidakstabilan kuasa angin dan solar, menawarkan pelbagai peralatan dan penyelesaian teknologi storan tenaga untuk penghantaran grid serta peningkatan kestabilan.
  • Penyepaduan Tenaga Hidrogen: Mendemonstrasikan produk penghasilan H2 elektrolisis PEM utama berserta peralatan elektrolisis Air Alkali serta penyelesaian sistem "penghasilan-penyimpanan-pemindahan-penggunaan" bersepadu.
  • Penyelesaian Kuasa Kitar Hayat Transmisi dan Pengagihan Komprehensif: Pameran ini mempamerkan bidang utama yang diliputi oleh peralatan transmisi dan pengagihan kuasa 1000kV dan ke bawah semasa, termasuk transformer, wayar dan kabel, komponen suis, elektronik kuasa, set lengkap peralatan suis dan substesen jenis-kotak. Ia membentuk seluruh sistem rantaian industri yang menampilkan peralatan primer dan sekunder digital, mesra alam, pintar, reka bentuk dan kejuruteraan bersepadu dan perkhidmatan profesional.
  • Pembinaan Taman Perindustrian Karbon Sifar: Menangani isu-isu perpecahan dalam pembinaan taman karbon sifar melalui penerokaan yang meluas dan memimpin rakan kongsi global untuk mencapai peralihan rendah karbon bermula daripada peringkat perancangan dan reka bentuk, menerusi pembinaan sehinggalah kepada operasi.

Menerobos Sempadan dalam Pembuatan Pintar

Shanghai Electric mempamerkan kemajuan yang melangkaui sempadan pembuatan pintar:

  • Barisan Automasi Pengeluaran Bateri Litium: Shanghai Electric mendemonstrasikan penyelesaiannya yang merangkumi semua yang disediakan kepada pengguna global, termasuk perancangan dan reka bentuk untuk pengeluaran automasi bateri, realisasi proses, bantuan kuasa dan kawalan persekitaran. Penyelesaian ini menjangkau seluruh kitaran pengeluaran bateri, bermula dengan menghasilkan buburan bateri elektrod hingga penyalutan, penggerusan dan penghirisan, pelipatan, penggelekan, pemasangan, pembentukan dan pemisahan, modul, Kit Konfigurasi Pemasangan Pempakejan (PACK) dan logistik, memenuhi keperluan automasi, pendigitalan dan penghasilan kecerdasan pelanggan sepenuhnya.
  • Penyelesaian Pemasangan Automatik Aeroangkasa: Broetje Automation, di bawah naungan syarikat ini, menampilkan robot kolaboratif di acara ini. Mengkhusus dalam perkhidmatan pemasangan automatik untuk sektor aeroangkasa, Broetje Automation memfokuskan kepada proses perivetan dan pemasangan untuk bahagian pesawat besar yang diperbuat daripada logam atau gentian karbon. Tawarannya merangkumi sistem penggerudian dan perivetan automatik, peralatan untuk memproses bahan komposit, perkhidmatan untuk mengoptimumkan aliran proses dan penyepaduan barisan pengeluaran, berserta perkhidmatan pengupayaan yang penting.
  • Komponen Industri Asas: Syarikat ini mendemonstrasikan galas seramik berprestasi tinggi untuk motor kenderaan elektrik dengan sistem pemanduan P1 yang cemerlang dalam persekitaran berkelajuan tinggi, mampu bertahan daripada suhu tinggi dan tahan terhadap kedua-dua hakisan magnet dan elektrik. Sistem HALO, direka bentuk daripada aloi titanium gred 5 berkekuatan tinggi untuk reka bentuk yang ringan, dilaksanakan dalam perlumbaan Formula 1 bagi menjamin keselamatan pemandu dengan menawarkan kekuatan galas beban yang tiada tandingan.
  • Motor Kelas-80MW untuk Penyelesaian LNG: Penyelesaian LNG elektrik-penuh yang membawakan motor segerak kalis letupan frekuensi boleh ubah berkelajuan ultra tinggi dan penyongsang pengatur kelajuan. Produk ini direka bentuk dengan mengutamakan kecekapan, kestabilan dan keandalan, menjadikannya sesuai untuk penggunaan yang meluas dalam industri-industri seperti minyak dan gas, petrokimia, tenaga baharu dan metalurgi.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian yang dipamerkan, sila kunjungi kami di Dewan Reruai 12, Gerai Pameran D66 di Pusat Pameran Hannover atau terokai laman web syarikat di https://www.shanghai-electric.com/ 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Construction/Building Electrical Utilities Electronic Components Electronic Design Automation Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news General Manufacturing