omniture

Keberkesanan Kos yang Tinggi -- Ciri Eksklusif Pameran Pencahayaan Antarabangsa Guzhen

China (Guzhen) International Lighting Fair
2014-10-21 03:37 169

GUZHEN, China, 21 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Pameran Pencahayaan Antarabangsa Guzhen ke-14 (Edisi Musim Luruh) akan berlangsung pada 22 hingga 26 Oktober 2014 di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen. Seramai hampir 1,000 peserta pameran terkenal akan turut terlibat dalam Pameran tersebut bagi mempamerkan produk terbaik dan terkini mereka di ruang utama dan empat pusat membeli-belah pencahayaan utama. Pameran tersebut berfungsi sebagai tapak borong dan sumber sehenti dengan keluasan 600,000 kaki persegi serta semua kategori dalam industri pencahayaan untuk para pembeli profesional, peniaga dan juga pemborong.

Keberkesanan Kos yang Tinggi

Guzhen merupakan tapak pengeluaran pencahayaan yang terkenal di dunia selain "Ibu Kota Pencahayaan" di China. Berikutan pembangunan selama 30 tahun, kualiti yang tinggi, kemudahan perdagangan dan kredibiliti yang tinggi telah menjadi beberapa ciri Pameran tersebut. Lebih 10,000 syarikat pencahayaan tempatan yang meliputi seluruh rantaian nilai industri bermula dengan bahan mentah dalam pembuatan kepada produk siap seperti pencahayaan hiasan, pencahayaan komersil, pencahayaan luar serta pencahayaan pintar boleh didapati di Pameran tersebut. Guzhen telah menjadi tapak borong dan sumber untuk para peniaga, pereka dan juga jurutera pencahayaan domestik.

Pameran tersebut mewujudkan hubungan inovatif antara pameran dan kedai serta diadakan dua kali setahun, pada Musim Bunga dan Musim Luruh. Edisi Musim Bunga memberi tumpuan kepada pasaran domestik manakala Edisi Musim Luruh pula bertumpu pada pasaran eksport. Syarikat domestik terkenal termasuk Opple, NationStar, Huayi Lighting serta KingLong, dan sebagainya telah mengambil bahagian dalam beberapa edisi sebelumnya. Pada tahun 2013, Pameran tersebut berjaya menarik 95,112 pembeli profesional dari 103 negara dan juga wilayah.

Kelebihan Pembeli

Bagi melayani para pengunjung dan pembeli profesional dengan lebih baik, selain mempromosikan kualiti pameran tersebut, pihak penganjur akan menawarkan khidmat pra-pendaftaran secara percuma, sistem pertanyaan bantu diri pempamer, perkhidmatan ulang-alik percuma dan juga perkhidmatan Kumpulan Pembeli yang dipertingkat. Para pengunjung boleh mendaftar masuk ke halaman pra-pendaftaran berikut (http://www.gzlightingfair.com/guanzhongfuwu/guanzhongyudengji/) dan melengkapkan pendaftaran dengan dua langkah mudah, lalu dikecualikan daripada yuran pendaftaran sebanyak RMB100 yang dikenakan jika mendaftar di tapak pameran itu sendiri. Sehingga kini, lebih 3,000 pembeli domestik dan luar negara telah memanfaatkan perkhidmatan pra-pendaftaran percuma ini. Para pengunjung yang membuat pra-pendaftaran boleh menikmati secara eksklusif fungsi jemputan tersebut bagi mengajak rakan sekerja, rakan serta rakan kongsi mereka ke Pameran tersebut. Pihak penganjur akan turut menyediakan khidmat pengeposan lencana sebelum acara tersebut, maklumat pameran, katering percuma di lokasi dan juga Ruang Istirahat VIP untuk kumpulan pembeli yang terdiri daripada 10 atau lebih pengunjung.

Nota Editor

Anda boleh melihat dan membeli produk pencahayaan berikut:

Pencahayaan Ruang Dalam, Pencahayaan LED, Pencahayaan Komersil, Sumber Cahaya Elektrik, Pencahayaan Luar, Aksesori Pencahayaan.

Pameran Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China ke-15 (Musim Bunga): 18 hingga 21 Mac 2015

Laman Web Rasmi: http://www.gzlightingfair.com/

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news