omniture

Vantage Foundation sokong aktiviti pendidikan di Pejabat Rantau Asia Selatan UNESCO di New Delhi, India

Vantage Foundation
2024-04-25 08:29 15

 SINGAPURA, 25 April 2024 /PRNewswire/ -- Kemestian global untuk meningkatkan akses dan kualiti pendidikan terus menjadi amat penting. Dalam hal ini, badan amal bebas Vantage Foundation menyatakan bahawa India telah mengambil langkah penting dalam sistem pendidikannya, dengan petunjuk kukuh menunjukkan kepada usaha penting negara berkenaan untuk meningkatkan hasil pembelajaran.

Vantage Foundation supports education activities of the UNESCO South Asia Regional Office in New Delhi in India
Vantage Foundation supports education activities of the UNESCO South Asia Regional Office in New Delhi in India

Vantage Foundation khususnya mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam mempermudah peralihan India ke arah masyarakat yang diperkasa secara digital. Pandangan mendalam UNESCO, diperlihatkan melalui State of Education Report (SOER) yang diterbitkan UNESCO New Delhi Office, berperanan sebagai bukti kepada komitmennya untuk memacu pembaharuan pendidikan yang positif.

"UNESCO New Delhi menghasilkan laporan utama kami mengenai isu-isu yang berkaitan dengan domain pendidikan di India seperti kecerdasan buatan dalam pendidikan, pendidikan teknikal dan vokasional, pendidikan iklim dan sebagainya," jelas Joyce Poan, Pakar Program dan Ketua Sektor Pendidikan, UNESCO New Delhi. "Kami berkolaborasi dengan Vantage berhubung topik kecerdasan buatan dan pendidikan. Laporan ini bermanfaat untuk penggubal dasar kerana ia menyediakan maklumat yang dikemas kini dan sepuluh cadangan konkrit, khusus untuk India."

"SOER merupakan hasil daripada penyelidikan yang teliti oleh pakar dan direka bentuk untuk kegunaan praktikal. Justeru itu, kita boleh menjadi saksi kepada kesan ketaranya di India pada hari ini," kata Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation. "Lebih penting lagi, pandangan sejagatnya berpotensi untuk menerobos sempadan, menawarkan manfaat luas yang melangkaui India."

Joyce turut mengetengahkan kes penggunaan laporan yang luas. "Laporan kami berfungsi sebagai kompilasi penting bagi amalan terbaik, melangkaui sekadar memaklumkan penggubal dasar. Ia turut mewakili repositori pengetahuan yang penting mengenai topik yang dipilih, bertujuan untuk mendidik guru, pelajar mahupun orang ramai," jelas beliau.

Apabila ditanyakan mengenai kemas kini masa depan kepada pangkalan pengetahuan pertubuhan ini, Joyce menjelaskan, "Tahun ini, UNESCO New Delhi akan mengutamakan pendidikan kebudayaan dan kesenian di India. Laporan kami yang akan datang akan menonjolkan amalan terbaik dari negeri-negeri India yang berbeza dan strategi-strategi untuk meningkatkan pendidikan kebudayaan dan kesenian di seluruh negara ini."

Melalui usaha kolaboratif mereka, Vantage Foundation dan UNESCO New Delhi menunjukkan dedikasi bersama untuk memupuk kecemerlangan pendidikan dan kemajuan masyarakat. Inisiatif ini dibangunkan untuk memberi inspirasi kepada generasi seterusnya untuk berusaha meraih pencapaian yang lebih besar, baik di India mahupun pada skala global.

Latar Belakang Vantage Foundation

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dilancarkan di McLaren Technology Centre di UK dengan sokongan daripada UN Refugee Agency (UNHCR) dan pasukan NEOM McLaren Extreme E pada tahun 2023. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation

Source: Vantage Foundation
Keywords: Art Banking/Financial Service Education Hispanic-oriented news Licensing/marketing agreements Not for profit Survey, Polls & Research DEI Page Cision Influencer List - ESG