omniture

Huawei Diiktiraf di Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik Frost & Sullivan 2014

Huawei
2014-10-21 09:04 222

SINGAPURA, 20 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Huawei telah dianugerahkan dengan Anugerah Kepimpinan Inovasi Produk Penyelesaian Komunikasi Bersatu Industri Perbankan dan Pembezaan Barisan Produk Peralatan Rangkaian di Anugerah Amalan Terbaik Asia Pasifik Frost & Sullivan 2014.

(Left) Huawei Vice President of Southern Pacific Enterprise Solution Sales, William Dong receiving the Awards from Andrew Milroy, Senior Vice President, Frost & Sullivan.
(Left) Huawei Vice President of Southern Pacific Enterprise Solution Sales, William Dong receiving the Awards from Andrew Milroy, Senior Vice President, Frost & Sullivan.

Suis daripada siri Agile Switch S12700 Huawei memanfaatkan kekuatan teknologi Huawei dengan suis berkemampuan-SDN dan boleh diprogramkan sepenuhnya dengan kebolehan penghantaran tinggi serta reka bentuk prestasi pensuisan untuk perusahaan bagi menyokong rangkaian kampus berwayar dan wayarles. Mereka telah meraih Anugerah Pembezaan Barisan Produk Peralatan Rangkaian.

"Pembeza utama untuk Huawei ialah Pemproses Rangkaian Ethernet (ENP). Syarikat tersebut telah berjaya melaksanakan penyelesaian dalam pelbagai projek pelanggan meliputi pelbagai sektor industri, dan juga seluruh pasaran global termasuk Eropah, Amerika, Amerika Latin serta Afrika," kata Danni Xu, Penganalisis Industri bagi Pusat Data dan Amalan Awan Asia Pasifik, Frost & Sullivan.

Penyelesaian Mesin Juruwang Maya Huawei (VTM) telah dipilih sebagai penerima anugerah 'Kepimpinan Inovasi Produk Penyelesaian Komunikasi Bersatu Industri Perbankan'. Anugerah ini mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan dalam pembangunan, pemasaran serta pelancaran penyelesaian dan juga perkhidmatan komunikasi bersatu (UC) khusus industri bagi sektor perbankan.

"Huawei ialah salah satu vendor perintis dalam membangunkan dan mengimplementasikan VTM di China. Penyelesaian tersebut telah berjaya dilaksanakan oleh beberapa bank komersil dan milik negara yang besar di China. Ia dijangka akan memperluas capaian bank untuk pelanggan di negara Asia lain pada masa hadapan," kata Jessie Yu, Pengurus Industri, Kolaborasi dan Komunikasi Bersatu, Amalan ICT Asia Pasifik, Frost & Sullivan.

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) peringkat global yang terkemuka. Didorong oleh inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei telah mewujudkan portfolio penyelesaian ICT hujung-ke-hujung yang memberi pengguna kelebihan daya saing bagi telekomunikasi dan rangkaian perusahaan, peranti serta pengkomputeran awan. Seramai 150,000 kakitangan Huawei seluruh dunia komited untuk menghasilkan nilai maksimum untuk pengendali telekomunikasi, perusahaan serta para pengguna. Penyelesaian, produk dan juga perkhidmatan ICT kami yang inovatif telah digunakan di lebih 170 negara dan wilayah, lalu menyediakan perkhidmatan kepada lebih satu pertiga penduduk dunia. Diasaskan pada tahun 1987, Huawei ialah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh para pekerjanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari Perusahaan Huawei Dalam Talian: http://enterprise.huawei.com

Sila berhubung dengan kami:

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/8521406098

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards